You are on page 1of 39

GGGCB6013

KAEDAH PENYELIDIKAN 1
NAMA AHLI KUMPULAN 1:

GLORIA ANAK AJIT

NO. MATRIKS:

GP03694

NAMA AHLI KUMPULAN 2:

KATINI MEDIK

NO. MATRIKS:

GP03700

PROGRAM PENGAJIAN:

SARJANA PENDIDIKAN (SOSIOLOGI PENDIDIKAN)

KUMPULAN:

DUA (PUSAT KUCHING)

PENSYARAH:

PROF. DR. RUHIZAN MOHD. YASSIN

REKA BENTUK EKSPERIMEN


QUASI
(QUASI EXPERIMENT)

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Ciri-ciri reka bentuk eksperimen quasi
3.0 Langkah-langkah
4.0 Kelebihan
5.0 Kelemahan
6.0 Kajian-kajian yang menggunakan reka bentuk
eksperimen quasi

1.0 PENGENALAN
Kajian

eksperimen quasi merupakan salah satu reka


bentuk kajian eksperimen selain kajian eksperimen
tulen, kajian eksperimen makmal, kajian
eksperimen lapangan dan eksperimen semula jadi.

Pada

amnya, kajian eksperimen merupakan sejenis


penyelidikan bagi mengenalpasti kesan sesuatu
ransangan atau stimulus (Creswell, 2009; Marican,
2005).

1.0 PENGENALAN
Penyelidik

akan secara sengaja dan sistematik


menggunakan ransangan untuk melihat perubahanperubahan yang akan berlaku.

Tempoh

kajian kuantitatif ini dijalankan adalah berbezabeza, sama ada dalam jangka masa yang pendek selama
sejam ataupun beberapa jam serta boleh dilakukan
dalam jangka masa yang panjang, iaitu dalam tempoh
beberapa bulan ataupun beberapa tahun.

1.0 PENGENALAN
Kaedah

kajian ini sering kali digunakan untuk


kajian jenis deskriptif atau penjelasan (Marican,
2005).

Data

yang diperoleh dari eksperimen merupakan


perubahan-perubahan yang berlaku ke atas
pembolehubah bersandar.

1.0 PENGENALAN
Pembolehubah

tidak bersandar pula akan


dimanipulasikan untuk melihat perubahan-perubahan
data.

Oleh

itu, kawalan yang tinggi dikatakan dilakukan oleh


penyelidik terhadap pembolehubah-pembolehubah dan
juga persekitaran yang dikaji.

1.0 PENGENALAN
Hal

ini menyebabkan kaedah eksperimen sukar


digunakan dalam penyelidikan sains sosial kerana
sukar untuk mengawal perubahan yang berlaku
pada persekitaran kajian.

2.0 CIRICIRI REKA BENTUK


EKSPERIMEN QUASI
Kajian

eksperimen quasi (quasi-experimental) juga dikenali sebagai kaedah


eksperimen separa (semi-experimental) (Bailey, 1994). Reka bentuk kajian
eksperimen quasi ialah di mana penyelidik tidak dapat memenuhi mana-mana
daripada kesemua syarat dalam kajian eksperimen tulen, iaitu tidak ada sama
ada beberapa syarat berikut:

1) Hanya

satu sahaja pembolehubah bersandar yang dimanipulasikan pada satusatu masa tertentu.
2) Kumpulan kawalan.
3) Responden perlu dipilih secara rawak sama ada dalam kumpulan kawalan atau
kumpulan eksperimen.
4) Kesemua pembolehubah perlu dikawal sama ada memanipulasi secara fizikal,
statistik atau pemilihan secara rawak (Creswell, 2009; Marican, 2005).

3.0 LANGKAH-LANGKAH
Dalam

kaedah eksperimen kuasi, langkah-langkah


kerja adalah seperti berikut:

Pertama,

penyelidik akan membuat hipotesis


terhadap pembolehubah bebas yang akan
menyebabkan berlakunya perubahan terhadap
pembolehubah bersandar.

Kedua,

pembolehubah bersandar akan diukur.

3.0 LANGKAH-LANGKAH
Ketiga,

pembolehubah bersandar akan diransang


oleh pembolehubah tidak bersandar.

Akhir

sekali, pembolehubah bersandar akan diukur


bagi melihat sama ada berlakunya perubahan
terhadap pembolehubah bersandar apabila
pembolehubah tidak bersandar dimanipulasikan
(Creswell, 2009; Marican, 2005).

3.0 LANGKAH-LANGKAH
Penyelidik

akan merekodkan mana-mana perubahan


dan tindak balas yang berlaku sepanjang
eksperimen dijalankan.

Penyelidik

juga akan memerhatikan perkaitan


antara ransangan dan pembolehubah bersandar
dengan membuat satu lagi ujian yang tidak
memberikan ransangan kepada subjek kajian, iaitu
kumpulan kawalan.

4.0 KELEBIHAN
Melalui

kaedah eksperimen ini, penyelidik akan lebih yakin bahawa


pembolehubah tidak bersandar telah menyebabkan perubahan ke
atas pembolehubah bersandar akibat faktor kawalan (Marican,
2005).

Selain

itu, penyelidik juga dapat menentukan pembolehubah yang


akan dikaji dan pembolehubah yang akan diambil kira bagi
mengukur perubahan yang berlaku.

Seterusnya,

kajian eksperimen quasi yang dijalankan dalam jangka


masa yang panjang juga memberi peluang kepada penyelidik untuk
melihat perubahan-perubahan yang berlaku merentasi masa.

5.0 KELEMAHAN
Terdapat

beberapa kelemahan bagi kaedah eksperimen.

Antaranya,

kajian yang dilakukan kemungkinan besar


tidak memberi gambaran atau mewakili populasi yang
lebih besar kerana rata-rata responden yang terlibat
dalam kajian sains sosial menawarkan dirinya secara
sukarela (Marican, 2005).

Selain

itu, responden juga mungkin mengubah tingkah


laku mereka kerana mereka diperhatikan.

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi
kesahan kaedah eksperimen quasi

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

1.

Faktor dalaman yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus dilakukan


oleh penyelidik

Sejarah

Masa yang berlalu


semasa eksperimen
dijalankan
mempengaruhi dapatan
kajian kumpulan
eksperimen berbanding
kumpulan kawalan.

Penyelidik boleh melakukan


eksperimen terhadap kumpulan
kawalan serta kumpulan
eksperimen berdasarkan situasi
luaran yang berlaku sepenjang
tempoh eksperimen.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

2.

Faktor dalaman yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus dilakukan


oleh penyelidik

Kematangan

Kematangan peserta
eksperimen dalam
tempoh kajian
mempengaruhi
keputusan kajian

Penyelidik boleh memilih


peserta yang mempunyai umur
yang sama.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

3.

Faktor dalaman yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus


dilakukan oleh penyelidik

Regresi

Pemilihan peserta
Penyelidik memilih peserta
eksperimen berdasarkan
yang tidak mendapat skor
skor yang tertinggi. Semasa terlalu ektrim.
eksperimen dijalankan,
responden ini mungkin
akan mengalami perubahan
skor.
Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

4.

Faktor dalaman yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus


dilakukan oleh penyelidik

Pemilihan

Responden yang
mempunyai ciri-ciri positif
sahaja cenderung dipilih
dalam kajian.

Pemilihan responden secara


rawak.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

5.

Faktor dalaman yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus


dilakukan oleh penyelidik

Mortaliti

Dapatan kajian bagi


peserta yang menarik diri
semasa eksperimen
berlangsung tidak akan
diketahui.

Penyelidik boleh memilih


kumpulan sampel yang
ramai atau membandingkan
keputusan peserta yang
menarik diri dengan yang
meneruskan eksperimen.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

6.

Faktor dalaman yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus


dilakukan oleh penyelidik

Pemberian rawatan

Peserta kumpulan
eksperimen dan rawatan
yang berkomunikasi antara
satu sama lain boleh
menjejaskan hasil
eksperimen.

Penyelidik boleh
mengasingkan kedua-dua
kumpulan semasa
eksperimen berlangsung.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor luaran yang mempengaruhi
kesahan kaedah eksperimen quasi

5.0 KELEMAHAN
Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

1.

Faktor luaran yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang
harus dilakukan
oleh penyelidik

Interaksi antara
pilihan dengan
rawatan

Sifat atau ciri peserta yang


terhad menyebabkan penyelidik
tidak dapat membuat
generalisasi terhadap peserta
yang tidak memiliki sifat atau
ciri yang sama.

Penyelidik perlu
menjalankan kajian
berasingan terhadap
peserta yang
mempunyai ciri-ciri
yang berbeza dari
kumpulan.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

2.

Faktor luaran yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang
harus dilakukan
oleh penyelidik

Interaksi antara
penetapan tempat
dengan rawatan

Penyelidik tidak dapat membuat


generalisasi terhadap peserta
yang ada di tempat yang
berbeza.

Penyelidik perlu
menjalankan kajian
di tempat yang
berbeza untuk
melihat persamaan
dalam dapatan
kajian.

Sumber: Creswell, 2009

5.0 KELEMAHAN
Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil.

3.

Faktor luaran yang


mempengaruhi
kesahan kaedah
eksperimen quasi

Penerangan

Tindakan yang harus


dilakukan oleh
penyelidik

Interaksi antara
sejarah dengan
rawatan

Penyelidik tidak dapat


membuat generalisasi
terhadap keputusan kajian
pada masa lalu atau pada
masa akan datang.

Penyelidik perlu
melakukan kajian
replikasi pada masa
akan datang untuk
mengenalpasti adakah
hasil kajian sama seperti
kajian sebelumnya.

Sumber: Creswell, 2009

6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG MENGGUNAKAN


REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI
1)

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK


dengan elemen nyanyian dan elemen pantun oleh A. Rahman
Haron et al. (2015).

2)

Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui


pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk
risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK.
Suzanawaty PG. Osman (2014).

6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG MENGGUNAKAN


REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI
3)

Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan


pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah
Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey
Hj Othman (2012)

4)

Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti


berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff
(2015)

6.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam


SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen
pantun oleh A. Rahman Haron et al. (2015).

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan SALAK DIDIK


elemen nyanyian dan elemen pantun terhadap kumpulan eksperimen
manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah semasa atau
tradisional.

Responden bagi kajian ini melibatkan 34 orang murid dalam


kumpulan kawalan dan 40 orang murid dalam kumpulan eksperimen.

Kesemua responden merupakan murid Tahun 4 yang telah dipilih dari


kelas-kelas yang sedia ada.

6.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam


SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen
pantun oleh A. Rahman Haron et al. (2015).

Murid-murid yang merupakan subjek kajian dipilih bukan


secara rawak atas arahan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.

Hasil kajian ini menunjukkan perubahan yang signifikan


terhadap pembolehubah tidak bersandar, iaitu penggunaan
pendekatan SALAK DIDIK dalam pengajaran karangan.

6.2 Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui


pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan
berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya
Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman (2014).

Kajian yang seterusnya menggunakan hanya satu kumpulan


responden yang sama bagi ujian pra dan ujian pasca, tidak
seperti kaedah eksperimen tulen yang mempunyai
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Sebelum faktor pembolehubah tidak bersandar diuji dan


dimanipulasikan, kumpulan responden yang terdiri dari 39
orang murid Tahun 5 diberi ujian pra.

6.2 Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui


pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan
berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya
Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman (2014).

Selepas itu, rawatan diberi kepada kumpulan responden


tersebut sebelum ujian pasca dijalankan.

Keputusan kajian ini menunjukkan perubahan yang


signifikan terhadap pembolehubah tidak bersandar, iaitu
kaedah pembelajaran penulisan berbentuk risalah.

3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam


pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di
sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei
Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman
(2012)

Populasi kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 10 dari dua


buah kelas, iaitu 10 B dan 10 C.

Kesemua sampel kajian merupakan 43 orang murid lelaki


dalam kelas yang sedia ada.

Sampel kajian tidak dipilih secara rawak.

3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam


pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di
sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei
Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman
(2012)

Kesemua murid dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan


kumpulan kawalan.

Kumpulan eksperimen diajar dengan kaedah peta minda


manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah tanpa peta
minda.

Seterusnya, penyelidik menjalankan ujian pra.

3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam


pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di
sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei
Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman
(2012)

Selepas itu, kedua-dua kumpulan diajar mengenai karangan jenis


argumentatif di mana kumpulan eksperimen menggunakan kaedah peta
minda.

Selepas 6 kali sesi pengajaran dan pembelajaran, ujian pasca dijalankan.

Kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan prestasi pelajar yang


mempelajari penulisan karangan argumentatif menggunakan kaedah
peta minda.

4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti


berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff
(2015)

Kajian ini dijalankan terhadap emam orang murid bermasalah


pembelajaran di tiga buah sekolah yang menjalankan Program
Pendidikan Khas Integrasi.

Peserta kajian ini tidak dipilih secara rawak.

Aktiviti membentuk doh dijalankan selama tiga bulan di sekolah


B dan C.

4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti


berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff
(2015)

Peserta dari Sekolah A merupakan kumpulan kawalan.

Analisis kajian ini mendapati terdapat peningkatan


pencapaian murid dalam kemahiran mengenal huruf bagi
murid bermasalah pembelajaran yang menerima rawatan
menggunakan aktiviti membentuk doh dan percikan
berbanding murid yang tidak menerima rawatan.

7.0 SENARAI RUJUKAN

A.Rahman Haron, Jamuludin Badusah dan Zamri Mahamod. 2015. Kemahiran


berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan
elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1): 53 60

Bailey, K.D. 1994. Methods of Social Research. Fourth Edition. New York: The
Free Press

Creswell, J.W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed


Methods Approaches. Third Edition. California: Sage Publications, Inc.

Marican, S. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor Darul Ehsan:


Pearson Prentice Hall

7.0 SENARAI RUJUKAN

Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff. 2015. Belajar kemahiran mengenal
huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1):
71 80

Yahya Othman dan Azmey Hj Othman. 2012. Keberkesanan penggunaan peta minda
dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah
menengah Arab di negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
2(2): 32 45

Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman. 2014. Keupayaan menguasai
kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan
berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(1): 19 29

SEKIAN, TERIMA KASIH


THANK YOU

You might also like