You are on page 1of 2

NOR HAMIZAH SAIDIN

P73811

CAUSAL RESEARCH (EXPERIMENTAL)
PENYELIDIKAN KUASI EKSPERIMEN

Definisi/
Maksud
1. Satu kajian mengenai kesan satu perkara ke atas perkara lain,
iaitu mengkaji hubungan antara dua perkara, dan menggunakan
hubungan jika..dan maka.
2. Reka bentuk ini mengkaji hubungan antara variabel bebas
dan bersandar.
3. Utamakan perbezaan antara kumpulan responden secara
semula jadi.
4. 2 atau lebih kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri yang
sama tidak diagih secara rawak .


Ciri-ciri 1. Reka bentuk ini menekankan sebab yang dijangka.
Contoh 1: Adakah program pendidikan pemulihan meningkatkan
prestasi 3M murid-murid yang lemah?
Contoh 2: Adakah program kaunseling individu meningkatkan
motivasi murid bermasalah?

2. Tafsiran sebab-akibat (cause-effect relationship)
Penyelidik perlu memastikan: Terdapat hubungan antara A dan
B; A datang dahulu daripada B; Tidak ada kesan pemboleh
ubah luaran terhadap A, B atau interaksi A dan B

3. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi,
sosiologi dan pendidikan (Neuman, 2000).

4. Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur persampelan
secara kebetulan/ pensampelan kesediaan (accidental atau
convenience sampling) dan persempelan bertujuan (purposive
sampling). Persampelan secara kebetulan, penyelidik memilih
mana-mana responden kajian yang ditemuinya atau yang paling
dekat dengannya. Pemilihan responden kajian ini akan
menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana prosedur
persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak
(Chua, 2006)

Tujuan 1. Digunakan untuk mengkaji peristiwa yang dijangka akan berlaku
2. Digunakan untuk menilai keberkesanan sesuatu program apabila
responden program tidak dapat diagihkan secara rawak.

Jenis
Instrumen
1. Mengikut Chua (2006), terdapat tiga reka bentuk kajian kuasi-
eksperimen yang biasa digunakan iaitu

a) Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang
(nonequivalent groups pre-post test design),
b) Reka bentuk regrasi tidak bersambungan (regression-discontinuity
design)
c) Reka bentuk siri masa (time series design)

2. Reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang
merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam
kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan
NOR HAMIZAH SAIDIN
P73811


3. Reka bentuk regresi tidak bersambung biasanya digunakan dalam
kajian yang melibatkan kumpulan khas misalnya menilai
keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan
program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin.

4. Reka bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa panjang
yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak

Sample 1. Melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan

2. Kumpulan kawalan akan melalui proses kajian secara normal,
manakala kumpulan rawatan akan melalui kajian bersama dengan
pemboleh ubah tak bersandar kajian.

3. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

4. Persampelan dalam kumpulan kajian ini digunakan untuk
mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri
tertentu mengikut kehendak penyelidik.

5. Dalam reka bentuk kuasi-eksperimen, kumpulan peserta adalah
sedia ada, iaitu dalam "natural setting". Penyelidik boleh
mentadbirkan treatment kepada kumpulan sedia ada dan
mengukur variabel dependent sama ada selepas treatment
(posttest), atau sebelum dan selepas treatment. Maka
perbandingan antara kumpulan masih boleh lakukan. Cuma
treatment ditadbirkan kepada kumpulan-kumpulan peserta yang
tidak dibahagikan secara rawak tetapi dalam keadaan semula jadi
(natural setting).

You might also like