You are on page 1of 9

REKABENTUK

PENYELIDIKAN
KUASI EKSPERIMEN
KUASI EKSPERIMEN
Kajian ini biasanya digunakan untuk menilai
keberkesanan suatu program apabila
responden kajian tidak dapat diagihkan secara
rawak. Dua kumpulan responden yang dipilih
mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai
ciri-ciri yang sama. Rekabentuk kuasi
eksperimen digunakan untuk menggantikan
reka berbentuk eksperimen tulin apabila
dalam proses pemilihan responden kajian,
pengagihan secara rawak tidak dapat
dilakukan oleh penyelidik (Chua,2006).
Prosedur menjalankan Kuasi
eksperimen
Kajian kuasi-eksperimen menggunakan prosedur
persampelan secara kebetulan/ pensampelan
kesediaan (accidental atau convenience
sampling) dan persempelan bertujuan (purposive
sampling). Persampelan secara kebetulan,
penyelidik memilih mana-mana responden kajian
yang ditemuinya atau yang paling dekat
dengannya. Pemilihan responden kajian ini akan
menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka
kerana prosedur persampelan secara kebetulan
bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).
Jenis-jenis kuasi eksperimen
Terdapat tiga rekabentuk kuasi eksperimen ini
dijalankan

1) Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak
seimbang (nonequivalent groups pre-post test
design)

2) Reka bentuk regrasi tidak bersambungan
(regression-discontinuity design)
3) Reka bentuk siri masa (time series design).
Ujian pra-pasca kumpulan-
kumpulan tidak seimbang
Merupakan reka bentuk yang paling popular
digunakan dalam kajian keberkesanan dalam
bidang pendidikan.
Reka bentuk ini mempunyai dua kumpulan
responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan.
Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang
hampir sama.
Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian-t dan
Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan
perbezaan antara kedua-dua kumpulan
responden.
Rekabentuk tidak bersambungan
(regression-discontinuity design)

Reka bentuk regresi tidak bersambung
biasanya digunakan dalam kajian yang
melibatkan kumpulan khas.
Misalnya menilai keberkesanan program
pemulihan dan menguji keberkesanan
program kaunseling ke atas sikap pelajar
bermasalah disiplin.
Analisis menggunakan Ujian regrasi.
Reka bentuk siri masa
(time series design).
Reka bentuk siri masa merupakan kajian
jangka masa panjang yang memerlukan masa
dan tenaga yang banyak.
Reka bentuk ini tidak mempunyai kumpulan
kawalan. Penyelidik tidak dapat membuat
perbandingan sama ada rawatan yang
diberikan akan menghasilkan perubahan yang
diingini atau pun tidak (Mohd. Majid, 2000).

Pasca ujian akan dilakukan berulang ulang
sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan
perkembangan pencapaian akademik pelajar
yang didedahkan kepada KBSM. Analisis
dilakukan melalui pencapaian ujian yang lebih
baik.

You might also like