You are on page 1of 4

LOGO PENGAKAP

Logo Pengakap Malaysia hampir serupa dengan logo Pengakap


Sedunia.Logo ini mengandungi sebuah lambang asas yang berbentuk
kepala anak panah yang bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan
tiga prinsip asas yang terkandung di dalam persetiaan pengakap, iaitu :
 Cabang ke atas melambangkan persetiaan pertama – Taat Kepada Raja
dan Negara.
 Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua –Menolong
Orang Pada Setiap Masa.
 Cabang Ke Kiri melambangkan persetiaan yang ketiga –Menurut
Undang-undang Pengakap.

Ketiga-tiga cabang ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan


perpaduan di kalangan ahli-ahli pengakap.Ikatan ini juga mengingatkan ahli-
ahli pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.
Bintang pecah 14 yang terletak di tengah-tengah anak panah melambangkan
negeri-negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
Bulan Sabit yang terletak di bawah dan dua bintang yang terletak di kiri dan
kanan anak panah melambangkan agama islam sebagai agama rasmi negara
ini.
Logo ini menggunakan tiga warna iaitu warna merah, kuning dan hijau.
Warna merah melambangkan keberanian, kuning melambangkan kedaulatan
Raja dan Negara dan hijau merupakan warna rasmi pengakap.
Logo Pengakap sentiasa digunakan pada bendera pengakap, lencana-lencana
dan pakaian seragam pengakap.

COGAN KATA PENGAKAP


Cogankata pengakap sentiasa dilafazkan dan dihormati . Cogankata ini
berbeza-beza mengikut jenis pergerakan pengakap.
Bagi Pengakap Kanak-kanak cogankatanya “ Buat Habis Baik” .

You might also like