You are on page 1of 10

SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SEJARAH TINGKATAN 2 ( TAHUN 2021)

BAHAGIAN A: 30 MARKAH

Arahan: Jawab semua soalan di bawah

1. “Penduduk Alam Melayu mempunyai ikatan keserumpunan”. Berdasarkan


penyataan tersebut, apakah aspek keserumpunan tersebut?

I. Agama
II. Bahasa
III. Budaya
IV. Ekonomi

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

2. Apakah kerajaan terawal sekali muncul di Alam Melayu?

A. Majapahit
B. Kedah Tua
C. Champa
D. Funan

3.

 Kerajaan ini diasaskan oleh Jayavarman II

 Kerajaan ini terletak di Lembah Sungai Mekong

Kerajaan Alam Melayu yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?

A. Funan
B. Angkor
C. Champa
D. Srivijaya
4. Konsep Bahasa Melayu juga boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa
serumpun yang dikaitkan dengan ____________________.

A. Bahasa Jawa
B. Bahasa Melayu
C. Bahasa Tagalog
D. Bahasa Melanau

5. Apakah dinasti yang terlibat dengan penghantaran sami-sami Buddha ke


Alam Melayu untuk menyebarkan agama tersebut?

A. Dinasti Maurya
B. Dinasti Chola
C. Dinasti Delhi
D. Dinasti Tang

6. Vyadhapura adalah pusat kerajaan __________________

A. Srivijaya
B. Kedah Tua
C. Champa
D. Funan

7. Apakah maksud Kurung Bnam?

A. Maharaja di Pulau
B. Raja segala Raja
C. Raja Gunung
D. Sapta Prabu

8. Rempah ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah …..

I. Bunga cengkih
II. Buah pala
III. Lada hitam
IV. Jintan manis

A. I , II dan III
B. II , III dan IV
C. I , II dan IV
D. Semua dia atas
9. Kekayaan sumber Alam Melayu menyebabkan pelbagai kegiatan ekonomi
dapat dijalankan. Kebijaksanaan pemerintah mengurus sumber alam dan
kegigihan rakyat bekerja telah memakmurkan Alam Melayu.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan


masyarakat Alam Melayu?

A. Bertoleransi dalam kehidupan


B. Tabah menghadapi cabaran
C. Bijak memanfaatkan dan mengurus alam sekitar
D. Kreatif dalam penciptaan

10. Apakah kepentingan hubungan diplomatik kepada kerajaan Alam Melayu?

A. Kesetiaan rakyat.
B. Kemakmuran negara.
C. Peningkatan penduduk.
D. Mengukuhkan kedudukan.

11. Berapakah bilangan pembahagian wilayah pentadbiran kerajaan Champa?

A. Sembilan buah
B. Empat buah
C. Tujuh buah
D. Lima buah

12. Apakah peranan Sapta Prabu dalam hierarki sistem pemerintahan dan
pentadbiran kerajaan Majapahit.

A. Memungut cukai
B. Mengetuai peperangan
C. Mentadbir kampung
D. Menasihati raja

13. Mengapakah binaan Daik dibina oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?

A. Menahan air/ mencegah banjir


B. Menyimpan makanan
C. Membekalkan rempah
D. Melindungi tiupan angin

14. Apakah tanaman rempah yang diusahakan oleh masyarakat tempatan di


Pulau Jawa?

A. Bunga cengkih
B. Kayu manis
C. Lada hitam
D. Buah pala

15. Apakah Kepentingan baray dalam Kerajaan Funan?

A. Pengairan
B. Petempatan
C. Pusat Ibadat
D. Perdagangan

16. Apakah kerajaan luar yang telah memperkenalkan Kalendar Saka yang
digunakan oleh kerajaan Funan?

A. Kerajaan Parsi
B. Kerajaan Mongol
C. Kerajaan China
D. Kerajaan India

17. Istilah Kavi berasal daripada bahasa Sanskrit. Apakah maksud istilah
tersebut?

A. Penulis
B. Penyair
C. Pentadbir
D. Pengarang

18. Dengan merujuk rajah di bawah, apakah peranan kumpulan X dalam struktur
masyarakat kerajaan Alam Melayu?

Golongan Pemerintah
X Golongan Diperintah

I. Pentadbir
II. Pedagang
III. Nelayan
IV. Ilmuan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

19. Apakah monumen yang membuktikan penyebaran agama Hindu di kerajaan


Alam Melayu?
A. Candi Muara Jambi
B. Candi Dong Duong
C. Candi Borobudur
D. Angkor Wat

20. Anda membuat kajian berkaitan dengan pembinaan Candi Bayon, Angkor.
Apakah aktiviti masyarakat yang diukir pada dinding candi tersebut?

A. Bercucuk tanam
B. Berburu binatang
C. Menimbang barang
D. Menangkap ikan
21. Parameswara berjaya memilih lokasi yang strategik untuk membentuk
kerajaan, iaitu di muara ___________________
A. Sungai Muar
B. Sungai Bertam
C. Sungai Klang
D. Sungai Linggi

22. Berdasarkan teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada


zuriat keturunan anak _____________________

A. Raja Madagaskar
B. Raja Palembang
C. Raja Srivijaya
D. Raja Melewar
23. Apakah keistimewaan sungai Melaka yang menyebabkan Parameswara
mengasaskan kerajaan di tempat berkenaan?

I. Tanahnya subur
II. Mudah memperoleh sumber makanan
III. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau
IV. Terlindung daripada tiupan angin monsoon

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
24.

Gambar di atas menunjukkan ______________________________ yang


digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan
kemangkatan raja.

A. Alat muzik
B. Alat tradisional
C. Alat kebesaran diraja
D. Alat istana
25. Apakah tugas utama Bendahara?

A. Menasihati raja
B. Memungut hasil atau ufti
C. Menjaga keselamatan
D. Menjaga raja

26. ____________________merupaka sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa


diberi upah.
A. Sistem perah
B. Sistem serah
C. Sistem kerah
D. Sistem parah
27.

Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan ____________________

A. Sultan Ahmad shah


B. Sultan Zainal Abidin
C. Sultan Mahmus Shah
D. Sultan Muzaffar Shah

28. Undang-undang Laut Melaka mengandungi _________ fasal yang


menerangkan peraturan di laut, tertib berniagadan tatacara berjual beli.

A. 25
B. 22
C. 44
D. 41
29. Berkaitan system penggantian sultan dalam Adat Temenggung, iaitu takhta
kerajaan diwarisi oleh ___________________________.

A. Anak perempuan sulung


B. Anak lelaki sulung
C. Adik lelaki
D. Abang

30. Pilih cara pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka

I. Penaklukan
II. Paksaan
III. Perkahwinan
IV. Naungan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas
BAHAGIAN B : 20 MARKAH

Arahan : Jawab semua soalan di bawah

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan kemudahan yang terdapat di


pelabuhan kerajaan Alam Melayu.
i. _____________________
ii. _____________________
iii. _____________________
iv. _____________________
[4 markah]

2. Ilustrasi 1 berkaitan dengan muara sungai, tempat pengasasan Kesultanan


Melayu Melaka.

a) Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan Parameswara memilih lokasi di atas


untuk mengasaskan kerajaan.
I. ________________________________________________________
II. ________________________________________________________
III. ________________________________________________________

[3 markah]

b) Nyatakan kegiatan yang dijalankan di muara Sungai Bertam.

I. _______________________________________________________
II. _______________________________________________________
III. _______________________________________________________

[3markah]

c) Berikan cadangan anda untuk menjaga sungai di negara kita


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

[4markah]

3. Isi tempat kosong berikut dengan jawapan yang betul.


A. Sultan Alauddin Riayat Shah 1 telah mengasaskan kerajaan ______.
B. Kota pertahanan yang dibina di Johor Lama dikenali sebagai ______.
C. Persaingan antara Johor- Acheh- Portugis telah menyebabkan _____.
D. Daeng Merewah telah dilantik sebagai ______ Bugis yang pertama di
Johor.
E. Kota _____ menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau semasa
pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah 1.
F. Perjanjian Johor- Belanda ditandatangani di atas kapal bernama ______.

[6 markah]

…………………………………….SOALAN TAMAT………………………………….

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH

……………………. ……………………….. ……………………….

ROHAYA BT YUSOFF
(GURU SEJARAH)

You might also like