You are on page 1of 8

Perniagaan

Nama : Phoo Jia Qin


Tingkatan : 5 Green
Guru Tingkatan : Cikgu Aminnudin
BAB1 : PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA
✓ Perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang memiliki kekuatan
tersendiri dalam aspek penciptaan nilai.
✓ Perniagaan yang mampan mampu mengekalkan pencapaian prestasi kedudukan
kewangan dan penarafan yang meningkat secaraberterusanBerterusan.
✓ Perancangan pengelolaan sumber manusia membantu merangka pembentukan
strategi yang sesuai untuk memenuhi keperluan sumber manusia yang tepat bagi
sesebuah perniagaan. Perancangan sumber manusia yang strategik akan
memudahkan pihak pengurusanmerangka program bersesuaian untuk
pembangunan perniagaan yang mampan
BAB 2 : PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL
DAN TEKNOLOGI
• Kejayaan sesebuah perniagaan dipengaruhi oleh pengurusan sumber fizikal
dan sumber teknologi yang cekap.
• Sumber fizikal dapat didefinisikan sebagai aset yang berbentuk ketara atau
nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya.
• Sesebuah organisasi perniagaan mempunyai standard danprosedur tertentu
dalam pengurusan sumber fizikal. Antara langkah pengurusan sumber fizikal
perniagaan meliputi perlindungan insurans dan keselamatan, serta
penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang.
BAB 3 : SUMBER PEMBIAYAAN
PERNIAGAAN
▪ Sumber pembiayaan perniagaan terbahagi kepada dua iaitu sumber
pembiayaan dalaman dan luaran.
▪ Sumber pembiayaan dalaman merupakan modal awal yang digunakan untuk
usahawan memulakan perniagaan.
▪ Usahawan perlu memilih sumber pembiayaan yang sesuai mengikut
keperluan perniagaannya.
▪ Usahawan boleh membandingkan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan
tersebut kepada perniagaan yang bakal dijalankan. Hal ini dapat memastikan
usahawan memilih jenis pembiayaan yang sesuai dengan perniagaan.
BAB 4 : PENYATA KEWANGAN
PERNIAGAAN
Penyata kewangan merupakan satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan
kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.
Usahawan yang terlibat dalam perniagaan pengeluaran produk akan menyediakan
belanjawan kos. Belanjawan kos ialah satu rancangan perbelanjaan yang menunjukkan
kos pengeluaran untuk tempoh tertentu. Secara amnya, kos yang terlibat terdiri daripada
kos tetap dan kos berubah.
Analisis nisbah asas melibatkan analisis:
i. Nisbah kecairan: nisbah semasa.
ii. Nisbah kecekapan: nisbah pusing ganti stok dan nisbah pusing ganti aset
BAB 5 : PERSEDIAAN MENJADI
USAHAWAN
• 1. Usahawan merupakan individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga
berjaya dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya
Antara ciri-ciri keperibadian yang terdapat pada seorang usahawan ialah:
I. berani mengambil risiko
II. kreatif dan inovatif
III. Tabah
IV. Modal, kemahiran, lokasi yang sesuai, stok, latihan, pemasaran dan bantuan profesional
merupakan faktor-faktor penyumbang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan
BAB6:PERSEDIAAN MEMULAKAN
PERNIAGAAN
Prosedur pendaftaran perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat persendirian
dan syarikat awam yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu
dipatuhi oleh usahawan
Tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah memperoleh Sijil Pendaftaran
Perniagaan seperti:
i- mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan dan lesen perniagaan di tempat yang
boleh dilihat dengan jelas.
BAB 7 : MERANCANG PENGENDALIAN
PERNIAGAAN
Rancangan perniagaan merupakan dokumen bertulis yang memberikan
keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara
menyeluruh dan terperinci.
Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan:
memberi peluang kepada usahawan menilai projek yang dirancang dengan teliti.
menganggar keperluan sumber perniagaan

You might also like