You are on page 1of 2

Latihan

1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mengetahui tiga


pendapat tokoh tentang definisi morfologi bahasa Melayu.

Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakannya (1997:83), morfologi


bermaksud disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran
sesuatu kata. Menurut Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am (2007),
definisi morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji pembinaan unsur-
unsur perkataan dan proses-proses membentuk perkataan. Menurut Nik
Safiah Karim (2004) berpendapat bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa
penyelidik binaan bentuk dan penggolongan kata. Dengan bentuk kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi
unit bahasa yang bermakna.

2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses


Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu mengikut klasifikasi tokoh tersebut.

Menurut pendapat Abdullah Hassan (2004) terhadap proses pembentukan


pengimbuhan didefinisikan sebagai proses yang mengandingkan imbuhan
pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbagai golongan seperti kata kerja dan kata adjektif. Bagi proses
penggandaan pula Nik Safiah Karim menyatakan bahawa kata ganda ialah
bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata
dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada
bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan kawan-kawannya dalam buku
Tatabahasa Dewan (2015), pemajmukan dibahagikan kepada tiga, iaitu kata
majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata, berbentuk istilah khusus dan
yang mendukung maksud kiasan.

You might also like