You are on page 1of 2

Seni merupakan suatu kemahiran atau karya yang selit dalam kehidupan seharian

kita. Contoh karya seni ialah lukisan, arca, fotografi, tarian dan puisi. Seni juga
menjadi medium untuk artis berekspresi.

Tujuan dan fungsi sebenar yang boleh dimainkan oleh seni (Patrick Frank dalam
bukunya Artforms terbitan Pearson Prentice Hall, 2014). Antara intipati yang
dituliskan oleh beliau;
1. Seni untuk menyampaikan informasi
2. Seni untuk kehidupan seharian
3. Seni untuk keseronakan visual
4. Seni untuk santapan jiwa
5. Seni untuk tujuan sosial dan politik

Seni Untuk Menyampaikan Informasi


 Seni boleh memberi penyataan yang kukuh dan mudah difahami oleh seluruh
lapisan masyarakat. Misalnya, semasa kurun pertengahan (middle-ages) di
Eropah, jendela kaca warna (stained-glass) dan arca gereja telah digunakan
untuk menyampaikan ajaran Bible kepada masyarakat buta huruf pada masa itu.

Seni Untuk Kehidupan Seharian


 Bermula daripada zaman silam sehingga kini, semua jenis objek dicipta untuk
memenuhi kefungsian dan untuk menarik perhatian pengguna. Objek-objek ini
direka bentuk sebegitu teliti agar dapat memberi kepuasan dan ketepatgunaan
(efficiency) dalam kehidupan kita seharian. Hampir semua objek dan ruang
(spaces) yang digunakan oleh kita direka bentuk oleh profesional dalam bidang
seni lukis dan seni reka.

Seni Untuk Keseronokan Visual


 Seni boleh memberi keseronakkan bagi seseorang individu dapat menikmati
kesenangan, kenikmatan, kegirangan dan hiburan dalam kehidupan seharian kita
dan juga dapat meringankan tekanan kehidupan. Antara karya seni yang dapat
memberi keseronakan visual ialah seperti lukisan, catan, fotografi, seni arca dan
senibina.
Seni Untuk Santapan Jiwa
 Nyanyian, tarian, ukiran atau catan mempunyai unsur-unsur spiritual dan
magisnya membawa mereka kepada kesatuan. Bagi tujuan keagamaan atau
fungsi saintifik Stonehenge membina sekitar 2000 B.C.E. Bali Indonesia
merupakan salah tempat di mana seni telah diangkat dalam bentuk ritual dan
magik.

Seni Untuk Tujuan Sosial dan Politik


 membuat kritikan atau mempengaruhi masyarakat umum melalui hasil karya seni
mereka kerana seni merupakan instrumen yang sangat berkesan bagi mendidik,
memacu nilai popular, membentuk pendapat umum, memperolehi dan
memegang kuasa politik.

You might also like