Professional Documents
Culture Documents
Duration of cover is one (1) month. You have to ensure the premium is paid every month for you to enjoy the protection.
3. How much premium do I have to pay?
Note: This is non-exhaustive. Please refer to policy documents for full details.
7. Can I cancel my policy?
The Company may cancel this Policy at any time by giving fourteen (14) days written notice to the Insured and provided that no claims has been
made by the Insured during the current Policy year, the Insured shall be entitled to a pro-rate refund of premium paid. In the event of request for
cancellation by the Insured there shall be no refund of premium.
It is important that you inform us of any change in your life profile including your occupation and personal pursuits which would affect the risk profile.
9. Where can I get further information?
Should you require additional information about personal accident insurance, please refer to the insuranceinfo booklet on ‘Personal Accident
Insurance’, available at all our branches or you can obtain a copy from the personal banker or visit www.insuranceinfo.com.my
If you have any enquiries, please contact us at:
RHB INSURANCE BERHAD (38000-U) is registered under the Financial Services Act 2013 and regulated by Bank Negara Malaysia.
Level 12B, West Wing, The Icon
No 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak
55000 Kuala Lumpur
Tel : 1-300-220-007; Fax :03-2163 7277
Website : www.rhbgroup.com/insurance
Page 2 of 2
HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK (PDS) RHB Insurance Berhad
(Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan
membeli produk ini, Pastikan anda juga membaca terma-terma dan syarat-
Insurans Kemalangan Diri ‘Cash Back’
syarat Polisi ini) Tarikh :
1. Apakah produk ini?
Ini adalah Pelan Kemalangan Diri yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya kekal atau kematian akibat kemalangan
atau faktor luaran yang nyata dan ketara. Terdapat tiga pelan dengan jumlah perlindungan bermula dari RM100,000 hingga RM300,000. Polisi ini
layak untuk Pencadang yang berumur daripada 18 hingga 65 tahun dan boleh diperbaharui sehingga umur 70 tahun.
2. Apakah perlindungan yang diberi / manfaat yang disediakan?
Jadual Manfaat
Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3
Manfaat-manfaat
(RM) (RM) (RM)
Kematian Kemalangan/Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan) 100,000 200,000 300,000
Perbelanjaan – perbelanjaan Perubatan
5,000 10,000 15,000
Kos Rawatan Sinseh sehingga RM300 (terhad kepada RM30 setiap lawatan sehari)
Pendapatan Tunai Hospital sehingga 30 hari 100 sehari 200 sehari 300 sehari
Elaun Pemulihan (selepas 1 minggu dimasukkan ke hospital,akibat kemalangan) 500 1,000 1,500
Liabiliti Peribadi 100,000 200,000 300,000
Elaun Kematian / Penghantaran Pulang 1,000 2,000 3,000
Yuran Ambulans 1,000 1,000 1,000
25% Pemulangan Premium Tiada Tuntutan
Pihak Diinsuranskan layak menerima pemulangan premium sebanyak 25% daripada premium yang diterima oleh Syarikat dengan syarat
polisi ini berkuatkuasa secara berterusan dan tiada tuntutan dibuat dan dilakukan dalam tiga (3) tahun tersebut.
Tempoh perlindungan adalah satu (1) bulan. Anda haruslah memastikan premium dibayar setiap bulan untuk terus menikmati perlindungan polisi
ini.
3. Berapakah jumlah premium yang perlu dibayar?
Jenis Jumlah
a. Komisen (jika ada) 25% daripada premium akan dibayar kepada RHB Bank
b. Cukai Perkhidmatan 6%
c. Duti Setem RM10
5. Apakah terma dan syarat penting yang saya perlu tahu?
a) Kepentingan Pendedahan Maklumat (Kenyataan Menurut Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013)
Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan yang
tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk
tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini). Anda dikehendaki menjawab
soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat.
Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak insurans
anda, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.
Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.
Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan
apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang
dikenakan.
Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda
ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam
Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.
b) Tunai Sebelum Perlindungan
Dengan ini diisytiharkan dan dipersetujui bahawa adalah menjadi asas dan syarat khas mutlak bagi kontrak insurans ini bahawa bayaran premium
mesti dibayar dan diterima oleh Syarikat Insurans sebelum perlindungan bermula.
c) Sempadan Geografi
Semua manfaat polisi ini merangkumi seluruh dunia 24 jam sehari KECUALI Manfaat Liabiliti Peribadi, perlindungannya adalah seluruh dunia 24
jam sehari tetapi tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada..
d) Kelayakan Penduduk
Polisi ini hanya berkuatkuasa jika Pihak Diinsuranskan tinggal di Malaysia. Jika Pihak Diinsuranskan ke luar Negara untuk tempoh melebihi 6
bulan berturut-turut, polisinya akan dibatalkan.
Page 1 of 2
e) Bagaimana jika Saya mempunyai polisi insurans yang sama, adakah manfaat Polisi ini akan dibayar?
Ya, Kami tetap akan membayar manfaat Polisi ini di atas Polisi yang lain kecuali Manfaat Belanja Perubatan di mana ianya di atas dasar pembayaran
semula.
f) Limit Manfaat Prinsipal
Seorang Pihak Diinsuranskan tidak boleh dilindungi di bawah lebih daripada satu (1) Polisi Kemalangan Cash Back. Jika Pihak Diinsuranskan itu
dilindungi di bawah lebih daripada satu (1) polisi, syarikat akan menimbangkan bahawa Pihak Dinsuranskan itu dilindungi di bawah Polisi yang
menawarkan perlindungan tertinggi. Jika perlindungan kedua-dua Polisi itu serupa, pihak Syarikat akan menimbangkan Pihak Diinsuranskan
dilindungi oleh Polisi yang mula-mula dikeluarkan. Syarikat akan memulangkan semula pembayaran premium yang dibuat dua kali yang mungkin
dibayar oleh atau bagi Pihak Diinsuranskan.
g) Kepentingan Menyimpan Resit Rasmi
Setelah premium dibayar, sila pastikan anda diberi resit rasmi sebagai bukti pembayaran. Anda dinasihatkan supaya menyimpan resit rasmi
sebagai rujukan pada masa akan datang.
h) Penghantaran Polisi
Jadual Polisi akan dihantar kepada anda dalam tempoh 30 hari selepas tarikh permohonan anda diluluskan.
Polisi ini boleh dibatalkan oleh Pihak Diinsuranskan pada bila-bila masa dengan memberi tempoh 14 hari notis bertulis kepada Syarikat dan dengan
syarat tiada tuntutan telah dibuat oleh Pihak Diinsuranskan semasa tahun polisi, Pihak Diinsuranskan layak menerima bayaran balik premium jangka
pendek. Tiada pemulangan premium akan diberikan semasa pembatalan perlindungan.
8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan/butir-butir peribadi?
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat profil diri termasuk pekerjaan dan
kegiatan peribadi kerana perubahan ini akan memberi kesan terhadap profil risiko anda.
9. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya Anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Insurans Kemalangan Diri, sila rujuk kepada buku kecil info insurans berkenaan ‘Insurans
Kemalangan Diri’ yang boleh didapati di semua cawangan kami atau layari www.insuranceinfo.com.my
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
RHB INSURANCE BERHAD (38000-U) didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Tingkat 12, West Wing, The Icon
No 1, Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur
Telefon. : 03-2180 3000; Faksimili : 03-2163 7277
Laman web: www.rhbgroup.com/insurance
Sila rujuk kepada pihak insurans anda/pengantara untuk lain-lain pelan insurans yang ditawarkan.
NOTIS PENTING :
ANDA DINASIHATKAN UNTUK MERUJUK KEPADA SKALA MANFAAT UNTUK KEMATIAN DAN HILANG UPAYA DI DALAM POLISI
INSURANS ANDA. ANDA HENDAKLAH MELETAKKAN PENAMA DAN MEMASTIKAN PENAMA TERSEBUT DIMAKLUMKAN TENTANG POLISI
KEMALANGAN DIRI YANG TELAH DIBELI. ANDA HENDAKLAH MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI INSURANS DAN BERBINCANG
DENGAN PEGAWAI BANK ATAU MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Informasi yang diberikan di dalam lampiran penerangan ini sah bermula 01/09/2018
Page 2 of 2