You are on page 1of 13

Google classroom mengganti Frog VLE

Susulan Kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia semalam, perkhidmatan 1Bestarinet akan ditamatkan pada 30 Jun 2019.

Mulai 1 Julai 2019, perkhidmatan talian internet ke sekolah di seluruh


Malaysia akan dibekalkan oleh 3 syarikat penyedia perkhidmatan internet iaitu
Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata dan Maxis Broadband Sdn. Bhd.

Sehubungan itu, dengan berakhirnya perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2,


KPM memutuskan untuk mengguna pakai pelantar pembelajaran Google
Classroom (GC) bagi menggantikan Frog VLE.

Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan


oleh Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan
membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan
utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail
antara guru dan pelajar.

Para guru menyambut baik perubahan ini, dan ramai yang sudah bersedia
untuk menggunakan Google Classroom sebagai pembelajaran maya yang lebih
mesra pengguna.

Sehubungan itu, bagi membantu para guru untuk berkongsi maklumat atau
cadangan dan sebagainya, disyorkan agar menyertai kumpulan Telegram Google
Classroom Training di pautan ini: https://t.me/GoogleClassroomTraining

Beberapa persoalan yang timbul adalah, adakah Handphone Yes kena


pulangkan? Adakah Sim Kad Yes akan berhenti berfungsi? dan Bagaimana pula
dengan emel yes, adakah akan dihentikan?
Bilangan guru di Malaysia

Statistik Terkini Jumlah Guru Di Malaysia:Bilangan Guru Sekolah Rendah Lelaki: 68,456;
Perempuan 153,809 Bilangan Guru Sekolah ...Menengah Lelaki: 54,451; Perempuan: 115,685
Jumlah Guru Lelaki:122,907; Jumlah Guru Perempuan: 269,494Jumlah keseluruhan: 392,401
org (SumberBerita: EMOE)
Bilangan pengarah dalam jabatan Pendidikan Negeri (Penang)
Jumlah Bilangan Penjawat Awam
KUALA LUMPUR, 21 Feb — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bilangan
1.7 juta penjawat awam terlalu besar dan perlu dikurangkan.
Katanya, berlaku pertambahan 700,000 kakitangan awam berbanding hanya sejuta
orang sewaktu beliau melepaskan jawatan pada 2003, lapor Utusan Online.
“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar," katanya dalam soal
jawab di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
"Sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita
boleh kurangkan saiz ini,” kata beliau.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan mengurangkan bilangan penjawat
awam walau saiz kementerian mengecil.
Sebaliknya, penjawat awam yang bakal terlibat dengan pengecilan saiz kementerian
dipindah mengikut kesesuaian agensi.
Namun, beliau merungut ada penjawat awam masih menyokong malah berkempen
untuk BN walau kerajaan sudah bertukar.

DG 41
Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan).
Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan
DG41.
Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih
(GST) dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa jenis Ijazah pun. Tangga gaji
pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP
menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41.
3. Perbezaan DC41 dan DG41
a) Sebelum ini lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas
temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan akan dinyatakan nama dan gred
jawatan, tangga gaji dan selepas tu tempoh pengesahan jawatan adalah selama 1-3 tahun.
Antara syarat nak “confirm” kena lulus KISSM dan dah lulus BTN. Masa temuduga SPP ini
akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru
besar/pengetua ada dalam borang itu.
b) DC41 rugi dari segi senioriti. Contoh katakan kita posting tahun 2012. Tapi tidak lulus
temuduga. Jadi kena atend temuduga baru, sepanjang masa kita bertugas sebelum
temuduga kali pertama itu tidak dikira dari segi ganjaran.
c) DC41 Elaun Rumah tidak diberi (akan diberi kemdian dengan tunggakan). Berbanding DG41
kita layak menerima kenaikan tangga gaji dan semua elaun.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kumpulan:Pelaksana/Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
DG29 RM1,698.00 RM5,717.00 RM 145.00
DG41 RM2,188.00 RM9,552.00 RM 225.00

Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DG29


c) i, diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf
oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau
ii. diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta
Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DG41


d) i. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
iii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau
iv. ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau
v. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60)

Syarat Bahasa Melayu


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KSSM
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada sesi persekolahan 2017 bagi
menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diyakini mampu melahirkan
murid yang dinamik untuk bersaing di peringkat global.
Pelaksanaan KSSM turut mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak dengan memberi penekanan
kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis dan inovatif.
“KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada
sesi persekolahan tahun hadapan, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) tamat pada tahun 2016. Sama seperti KSSR, kerangka kurikulum KSSM juga
berasaskan enam tunjang utama.
“Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika,
kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.
Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah
menengah,” katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.
Menurut Naza Idris, kerangka kurikulum sekolah menengah dibina berasaskan kerangka
kurikulum sekolah rendah yang menekankan kesepaduan tunjang-tunjang tertentu bagi
melahirkan insan yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, berfikiran
kreatif, kritis dan inovatif.
“Tunjang-tunjang yang dizahirkan dalam KSSM merupakan kesinambungan daripada
kerangka KSSR untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang meluas sebagai asas
kepada pembangunan modal insan. Pengisian setiap tunjang pada peringkat menengah adalah
perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari pada peringkat rendah.
“Kesepaduan antara tunjang perlu dijelmakan dalam pelaksanaan kurikulum. Pengisian
pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada enam tunjang menjadi teras kepada KSSM.
Pengisian setiap tunjang diterjemahkan dalam mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum bagi
mencapai hasrat pendidikan," katanya.
Selain itu katanya, KSSM juga memastikan murid mencapai standard pembelajaran
yang ditetapkan, pendidikan di peringkat menengah rendah yang memberi penekanan kepada
pendidikan umum serta peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah.
“Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan
minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi.
Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta
Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib,
tambahan dan elektif,” katanya.
Sementara itu katanya, KSSM menggunakan peruntukan masa dalam jam setahun
berbanding minit seminggu ketika KBSM dan guru akan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran serta juga pentaksiran berdasarkan satu dokumen standard yang dikenali
sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Dalam pada itu katanya, guru akan menentukan perkembangan murid berdasarkan
tahap penguasaan yang diperjelaskan dalam standard prestasi, tahap penguasaan murid
direkodkan dengan menggunakan templat perekodan prestasi sekolah secara luar talian dan
hasil yang diperolehi akan dijadikan maklumat untuk tujuan pelaporan berbentuk formatif.

Falsafah pendidikan kebangsaan


Pada awalnya, falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia dinamakan
Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana di bawah.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sekitar akhir tahun 1990-an, penyataan falsafah pendidikan itu disemakan dan
diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di
bawah. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
J ** Jasmani
E ** Emosi
R ** Rohani
I ** Intelek
S ** Sosial

Elemen insan yang seimbang dan harmonis pula ialah, setiap individu mestilah mempunyai ilmu
(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada tuhan serta mempunyai akhlah yan terpuji
(rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keempat-empat aspek tadi perlulah seimbang
untuk menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan juga orang
lain. Individu seperti ini tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam menempuh apa juga
cabaran kehidupan dan mampu menghadapi serta menyelesaikan pelbagai masalah dengan
baik.
Unsur intelek ialah mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Selain itu, setiap individu mestilah sentiasa berusaha mengembangkan lagi ilmu yang benar.
Unsur intelek juga ialah berkemahiran dalam berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Untuk
terus memastikan kemajuan dalam keluarga masyarakat dan negera, individu perlu untuk
berkonsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.
Unsur yang terakhir ialah unsur jasmani. Unsur ini ialah menyedari tentang kepentingan
kesihatan fizikal. Mestilah mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan
sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.
Etika Pakaian Guru
Pemakaian yang sesuai melambangkan budi bahasa yang baik. Setiap guru wajar menunjukkan
pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam dan luar sekolah. Pakaian yang kemas dan
bersih, pakaian yang berpatutan serta bersesuaian adalah penting. Melambangkan disiplin imej
profesion perguruan.

1) Tanda Nama
Semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih
berlatar belakangkan hitam dan berukuran 7.5 cm x 2.5 cm. Hanya satu nama sahaja
digunakan.
Tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu
berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran
tanda nama yang telah ditetapkan.
Nama jawatan dan logo jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama
berkenaanTanda nama hendaklah disematkan di baju di dada sebelah kiri. Tanda nama
hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.

2) Pakaian Lelaki
Sewaktu di bilik darjah , Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher,
atau bush-jacket atau lounge suit). Jika berlengan panjang, lengan baju jangan dilipat,
baju hendaklah dimasukkan ke dalam (tack in).
Baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian yang mirip dengan potongan baju
melayu dan dipakai dengan seluar panjang.
Kasut kulit atau lain-lain kasut mestilah erwarna gelap dan tidak berjolok mata. Pakaian
baju Melayu dengan kain sarung, jean, track suit, seluar pendek, kemeja t/sukan, jersi,
kasut sukan, baju hawaii, selipar, kasut getah, dan lain-lain yang menjolok mata adalah
tidak dibenarkan.

3) Pakaian Perempuan
Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang
sesuai serta tidak menjolok mata.
Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai
dengan pakaian yang ditetapkan. Kasut sukan, jean, slack, track suit, kemeja t/ sukan,
jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian
dan jenis kain jarang dan menjolok mata adalah tidak dibenarkan.
4) Luar bilik darjah
Sewaktu Bertugas Di luar Bilik Darjah (Ketika Menjalankan Gerak Kerja Pendidikan
Jasmani Dan Sukan) Guru lelaki dan guru perempuan
Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek (bagi guru lelaki sahaja), kemeja
sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-lain pakaian yang sesuai yang tidak
menghalang kecergasan gerak-geri dalam gerak kerja tersebut. Kasut tumit tinggi atau
kasut kulit yang menggangu kecergasan gerak kerja, sarong ketat atau seluar ketat,
cheongsam, kebaya, sari dan lain-lain pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata
adalah tidak sesuai dipakai.

5) Rambut
Guru lelaki
Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.
Mewarnakan rambut dengan fesyen yang keterlaluan tidak dibenarkan.
Guru Perempuan
Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah adalah tidak
dibenarkan). Bagi guru bukan beragama Islam, rambut mestilah kemas.

You might also like