You are on page 1of 17

SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. PENGENALAN
i) SEJARAH PENUBUHAN PERNIAGAAN

3. MATLAMAT, MISI DAN VISI PERNIAGAAN

4. CIRI-CIRI USAHAWAN TERDAPAT DALAM DIRI PEMILIK PERNIAGAAN

5. STRATEGI PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN

6. KAEDAH PEMASARAN ‘ONLINE’ YANG DIGUNAKAN DAN


KEBERKESANANNYA

7. ISU/CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN PEMASARAN ‘ONLINE’

8. FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

9. KESIMPULAN

10. LAMPIRAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


1
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

1. PENDAHULUAN

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam


memastikan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Hal demikian kerana
keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masyarakat yang
mempunyai paling ramai usahawan dianggap masyarakat yang paling baik. Lebih
kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerja bagi
kaum bumiputra yang merupakan majoriti kaum Melayu. Jika adapun kaum bumiputera
yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan
ataupun kerana terpaksa disebabkan tiada kelayakkan untuk mendapat kerja lain.
Dasar Ekonomi baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970 telah
memberi kesedaran dan peluang golongan bumiputera khususnya untuk menjadi
usahawan sebagai satu kerjaya. Dalam hal ini, kerajaan melalui agensinya telah
melancarkan banyak program pembangunan keusahawanan dalam usaha melahirkan
lebih ramai usahawan yang berketerampilan dan berwawasan. Selain sebagai
pemangkin pembangunan ekonomi negara, bidang keusahawanan juga dilihat sebagai
jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negara kita.

Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi


negara, telah banyak melahirkan peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian
tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan
perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya
kaum bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan
keusahawanan. Terdapat juga agensi kerajaan yang boleh membantu usahawan kecil
ini dalam mendapatkan modal selain daripada pinjaman bank, agensi-agensi kerajaan
yang lain juga turut membantu seperti pinjaman Tekun, AIM, MARA, Skim Pembiayaan
Ekonomi Desa (SPED) dan lain-lain. Selain daripada pemberian modal, kerajaan juga
mengadakan kursus-kursus kemahiran, bengkel-bengkel motivasi, seminar dan lain-lain
bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perniagaan.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


2
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

2. PENGENALAN

i) SEJARAH PENUBUHAN PERNIAGAAN


Syarikat RN Berkat Sama bakeri dan katering telah ditubuhkan oleh sepasang suami
isteri iaitu Mohd Razi bin Umar dan Hasnita bte Omar pada tahun 2012 yang
menyediakan perkhidmatan tempahan makanan secara penghantaran dan katering untuk majlis
keraian seperti majlis hari jadi, cukur jambul, rumah terbuka dan lain-lain. Selain dari menerima
tempahan makanan secara katering, mereka juga menerima tempahan makanan secara bungkusan
seperti nasi ayam, nasi lemak, nasi tomato, laksa, mee sup dan lain-lain mengikut permintaan
pelanggan. Mereka juga membekalkan roti, kuih-muih, nasi lemak ke kantin sekolah-sekolah, kilang-
kilang dan kafe-kafe malahan turut menerima tempahan makanan seperti pizza, kek, kuih-muih, kuih
raya, makanan frozen dan lain-lain mengikut keperluan pelanggan.
Pasangan ini memlih untuk menceburi perniagaan ini kerana mereka berdua mempunyai
pengalaman yang luas dalam bidang penghasilan makanan. Encik Mohd Razi bin Umar mempunyai
pengalaman lebih 15 tahun bekerja sebagai chef di beberapa hotel terkenal di Melaka dan Negeri
Sembilan seperti Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson dan sehingga kini bekerja di Hotel Ramada
Plaza. Beliau juga pernah diberi kepercayaan oleh pihak majikan untuk menghantarnya berkursus
sambil belajar di Negara China bagi menambah ilmu pengetahuan. Bagi pasangannya pula, iaitu
Puan Hasnita bte Omar juga mempunyai pengalaman lebihi 10 tahun bekerja sebagai chef di hotel-
hotel terkenal di Melaka iaitu Hotel Rivera, Hotel Ramada Plaza dan Hotel Puri. Setelah beberapa
tahun bekerja di Hotel Puri, Puan Hasnita bertekad untuk berhenti kerja dan menjalankan perniagaan
secara sepenuh masa di rumah dan dibantu oleh suaminya apabila menerima tempahan dari
pelanggan. Daripada pengalaman yang ada ini, mereka mendapati perniagaan makanan ini
merupakan satu perniagaan yang berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan mereka sekeluarga
kerana terdapat banyak permintaan dari pelbagai pihak seperti sahabat handai, orang perseorangan,
agensi kerajaan atau swasta dan lain-lain. Pada zaman kini juga kebanyakan wanita bekerja
sepenuh masa, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu
mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hariraya, sambutan
hari lahir dan lain-lain lagi. Malah, semangat gotong-royong mahu mengadakan kenduri kendara juga
telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan menyebabkan kekurangan
tenaga kerja untuk membuat persiaran dan memasak untuk kenduri kendara.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


3
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

3. MATLAMAT, MISI DAN VISI PERNIAGAAN

MATLAMAT

Pemilik syarikat RN Berkat Sama bakeri dan katering ini mempunyai matlamat yang
tinggi iaitu ingin membuka sebuah restoran atau bakeri dengan menghidangkan
makanan yang lazat. Mereka juga bercita-cita ingin membuka kelas masakan untuk
berkongsi ilmu dan pengalaman yang mereka ada.

VISI

Untuk menjadikan produk makanan RN Berkat Sama sebagai jenama unggul di Melaka
dan menjadi Pilihan No 1 Pelanggan.

MISI

Ingin merealisasikan impian pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian produk


makanan, menepati selera dan permintaan pelanggan dengan harga yang berpatutan
serta menyajikan hidangan dan servis yang berkualiti tinggi.

4. CIRI-CIRI USAHAWAN YANG TERDAPAT DALAM DIRI PEMILIK


PERNIAGAAN

Ciri-ciri usahawan yang terdapat dalam diri Encik Mohd Razi bin Umar adalah seorang
yang optimis dan bersemangat, bermotivasi tinggi bagi meningkatkan perniagaan dan
rajin berusaha tanpa mengenal erti penat lelah kerana beliau masih bekerja dan masih
boleh membantu isterinya untuk menyiapkan tempahan jika ada masa terluang atau
ketika bercuti. Beliau juga bukan seorang yang mudah berputus asa, cekal menghadapi
halangan, cabaran dalam persaingan serta sanggup berusaha berulang kali jika tidak
berjaya malah berani dan bijak dalam membuat keputusan.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


4
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

Bagi Puan Hasnita bte Omar pula, ciri-ciri usahawan yang terdapat dalam diri
beliau adalah seorang yang mempunyai daya kreativiti untuk mencipta, menghasilkan
dan mengembangkan sesuatu produk kerana beliau mempunyai kemahiran dalam
penghasilan produk makanan yang baik serta mempunyai pengetahuan dalam bidang
perniagaan kerana beliau adalah salah seorang bekas pelajar Politeknik Johor Bahru
dalam bidang Hotel dan Katering. Puan Hasnita juga seorang yang peramah dan
dengan mudah dapat membina rangkaian kenalan yang luas. Kedua-dua pemilik
syarikat RN Berkat Sama bakeri dan katering ini mempunyai wawasan dan
berpandangan jauh serta mempunyai matlamat hidup bagi memajukan perniagaan
yang dikendalikan. Mereka juga memiliki dorongan dalaman iaitu desakan yang terbit
dari dalam diri mereka untuk mencapai kejayaan kerana pengalaman hidup mereka
dahulu yang pernah merasa kesusahan semasa mereka kecil.

5. STRATEGI PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN


Seorang peniaga yang berjaya akan sentiasa berfikiran panjang untuk membentuk
masa depan mereka. Mereka juga akan pastikan setiap apa yang diimpikan menjadi
kenyataan. Strategi perniagaan yang digunakan untuk menarik minat pelanggan ialah
mereka akan sentiasa memastikan produk yang dijual berkualiti, sedap, menarik serta
harga yang berpatutan. Sebagai contoh rekaan hiasan kek, biskut, roti, pulut kuning dan
kuih-muih mempunyai rekaan hiasan yang menarik serta tahan lama. Puan Hasnita dan
Encik Mohd Razi juga sentiasa mencipta hubungan baik dengan pelanggan. Mereka
akan melayan pelanggan baru seolah-olah telah lama berkenalan. Mereka juga akan
memastikan perkhidmatan yang cekap dan penghantaran dapat dilaksanakan
mengikut masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, strategi yang digunakan dalam
mempromosikan perniagaan mereka adalah dengan mengedarkan flyers dan kad nama
di mana-mana sekolah, agensi-agensi kerajaan dan swasta. Malah mereka dengan hati
terbuka bersedia menerima teguran dan kritikan bagi tujuan mempertingkatkan kualiti
produk dan perniagaan dari masa ke semasa.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


5
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

6. KAEDAH PEMASARAN ‘ONLINE’ YANG DIGUNAKAN DAN


KEBERKESANANNYA

Pada masa kini, peranan media sosial amatlah penting tambahan lagi bagi mereka
yang menjalankan perniagaan. Media sosial adalah jenis komunikasi yang telah
digunakan untuk membuat, berkongsi, bertukar maklumat dan idea melalui rangkaian
bagi membantu organisasi, komuniti dan individu kepada komunikasi dengan cara yang
lebih mudah daripada media tradisional. Media sosial ini digunakan sebagai alat
pemasaran, promosi dan iklan dalam menjalankan perniagaan. Dengan menggunakan
media sosial, peniaga boleh melakukan perniagaan dalam talian. Keadaan ini boleh
menjimatkan masa mereka dan membantu mereka dalam menyelesaikan urusan
perniagaan dan keluarga mereka. Tidak terkecuali juga bagi pemilik syarikat ini, mereka
menggunakan media online seperti aplikasi ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatapps’ dalam
mempromosi produk makanan mereka. Melalui dua aplikasi ini, mereka dapat memberi
gambaran setiap produk yang dikeluarkan dengan lebih jelas. Malah dapat
berkomunikasi secara terus antara pelanggan dengan lebih cepat. Selain melibatkan
kos yang begitu minimum dan jauh lebih murah dari kos yang melibatkan promosi dan
pengiklanan. Pelanggan mereka juga boleh membuat tempahan pada bila-bila masa
dan mendapat maklumbalas dari peniaga dengan lebih cepat. Sebagai contoh pemilik
peniagaan ini pernah menerima tempahan makanan nasi berlauk dari rombongan
sebuah sekolah di Kedah ke Melaka hanya melihat promosi dan gambar makanan
mereka di ‘facebook’. Setelah perbincangan dari kedua pihak, mereka dapat
menyiapkan tempahan seperti yang ditetapkan. Pelanggan tersebut amat berpuas hati
dengan perkhidmatan mereka.

7. ISU/CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN PEMASARAN ‘ONLINE’


Perlaksanaan sesebuah teknologi semestinya memiliki cabaran dan juga halangan
dalam mencapai kejayaan ataupun sebaliknya. Bagi pemilik peniagaan ini ada ketika
nya memiliki cabaran dalam mempromosikan produk mereka di media sosial seperti
contoh produk mereka ditiru dan harga makanan mereka dicantas oleh peniaga lain.
SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866
6
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

Selain daripada itu tidak wujud interaksi secara langsung atau bersemuka jika mereka
menerima pelanggan yang jauh. Mereka hanya memperolehi maklumat dengan
pembacaan dan melihat gambar di skrin komputer atau telefon sahaja. Ini kadangkala
akan menyebabkan kekeliruan antara dua pihak. Halangan lain yang pernah terjadi
adalah jika masalah gangguan rangkaian internet akan menyebabkan maklumat dan
pemintaan daripada pelanggan lambat diterima kepada peniaga. Selain daripada itu,
pemilik juga pernah tidak dapat memuat turun gamabar-gambar produk makanan
mereka apabila tiada rangkaian intenet.

8. FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

Tanpa usaha yang kuat pasti sesuatu kejayaan tidak akan dapat diperolehi. Bagi
pemilik syarikat ini faktor-faktor pendorong kejayaan syarikat mereka adalah kedua-dua
pemilik mempunyai sikap seorang usahawan iaitu berpengetahuan dalam bidang
industri makanan. Mereka mempunyai sikap yang baik dan sentiasa bermotivasi diri
serta minat yang mendalam terhadap bidang peniagaan. Selain daripada itu, mereka
berani mengambil risiko, tabah menghadapi cabaran, rajin dan jujur dalam apa yang
diusahakan. Faktor kewangan juga mempengaruhi kejayaan perniagaan mereka.
Mereka perlu pandai merancang kewangan sama ada modal untuk pusingan balik dan
perbelanjaan keperluan seharian. Pada permulaan, mereka mendapatkan modal
melalui simpanan sendiri dan apabila perniagaan mereka semakin berkembang,
mereka telah dapat membuat pinjaman Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) bagi
menampung kos-kos membeli peralatan masakan, bahan-bahan basah dan kering
serta kos operasi yang lain.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


7
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

9. KESIMPULAN

Pada masa ini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian tidak hanya terhad
kepada perhubungan dan bersosial semata-mata. Ia merupakan jaringan rangkaian
sosial yang penting kepada industri perniagaan kerana ia akan mempengaruhi strategi
setiap perniagaan apabila peniaga menggunakan platform ini sebagai cara pemasaran
dalam mempertingkatkan barangan jualan dan produktiviti perkhidmatan mereka.
Kuasa viral dari media-media sosial amatlah membantu menarik minat pelanggan
sekaligus dapat menjana pendapatan dengan lebih lumayan. Ia juga lebih berkesan
berbanding dengan cara tradisional kerana peniaga tidak perlu pergi ke sesuatu tempat
atau berjumpa dengan pelanggan sasaran bagi memasarkan produk atau
perkhidmatan, sekali gus menjimatkan masa. Cara pemasaran dalam media sosial juga
semakin digemari oleh pengguna kerana memberi banyak faedah seperti menjimatkan
masa dan kos.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


8
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

RUJUKAN

Ishak Yussof (iby@ukm.my), Khairunnisa Mardzuki (aunnisha@yahoo.com), Zaimah


Darawi (zd@ukm.my), Mohd Shukri Haji Noor (shukri@ukm.my) Pusat Pengajian
Ekonomi Fakulti Ekonomi dan PengurusanUniversiti Kebangsaan Malaysia.
Faktor keusahawanan dan Prestasi Kejayaan Usahawan Melayu di Pulau
Langkawi, Kedah. PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 196-207 ISSN: 2231-
962X

Nurulhayah Muhamad, Muhammad Hafizuddin Abu. Faktor yang mendorong kejayaan


usahawan perusahaan kecil dan sederhana (pks) mara di daerah melaka
tengah. Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 1
No.2 / 2016: 31-44

Nor Aziza Abdul Aziz, Kamar Musa, Haniza Kandar, azieza1977@yahoo.com,


kamarmusa76@yahoo.com, haniza@pms.edu.my. Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah Jitra, Politeknik Mu’adzam Shah Pahang. Faktor yang
Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Wanita Nor Aziza Abdul Aziz. e-
Proceedings National Innovation and Invention Competition Through
Exhibition 2018

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


9
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


10
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


11
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


12
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


13
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


14
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


15
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


16
SADE 1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866


17

You might also like