You are on page 1of 5

SCCA1013-PENGANTAR KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

RUJUKAN………………………………………………………………………..... 18

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866 1


SCCA1013-PENGANTAR KOMUNIKASI

PENGENALAN

Pengurusan sisa pepejal satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan
menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat. Ianya dianggap sebagai satu isu global
kerana semua individu bertanggungjawab dalam penjanaan sisa pepejal yang dilakukan setiap
hari. Cabaran besar dalam kehidupan manusia dan masyarakat moden khususnya di bandar ialah
pengurusan persekitaran terutamanya pengurusan sisa pepejal atau sampah sarap buatan manusia
agar kualiti hidup terpelihara dan kehidupan menjadi lebih selesa dan sejahtera.

DEFINISI SISA PEPEJAL

Ada beberapa definisi sisa pepejal yang boleh ditafsirkan iaitu sebagai :-
a) Apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki
atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
b) Apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau
keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
c) Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar dan
rosak;
d) Merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosioekonomi manusia yang mempunyai sifat
kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah
utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di Negara membangun (Hasnah, et.al,
2012)
e) Sebagai satu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak lagi
mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir (Soew dan Indra, 2016)

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866 2


SCCA1013-PENGANTAR KOMUNIKASI

PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

SISTEM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Terdapat beberapa kaedah sistem tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia iaitu :

i) Tapak Pelupusan Sanitari :

Kaedah pelupusan sisa pepejal ini dikenali sebagai Pelupusan Kambus Bersih. Tapak
pelupusan dimana sisa pepejal diuruskan dengan kaedah yang bersistematik (dilengkapi dengan
loji rawatan air larut resap, paip pengumpulan gas dan lain-lain) dan disokong dengan
penggunaan prinsip-prinsip rekabentuk kejuruteraan bagi memastikan rawatan dan pengendalian
yang betul untuk mengelakkan ancaman kepada kesihatan dan keselamatan awam serta
pencemaran alam sekitar. Ianya adalah salah satu kaedah pelupusan sisa pepejal paling murah
dan memuaskan tetapi boleh mengundang banyak masalah sekiranya tidak diuruskan dengan
teliti

ii) Tapak Pelupusan Bukan Sanitari (Dumpsite)


Tapak ini tidak diuruskan secara sistematik dan mencemarkan alam sekitar melalui pelepasan air
larut resap dan gas metana.

PROSEDUR ASAS KAMBUS BERSIH

Kaedah penimbusan ini dibuat dengan cara bahan sisa dilonggokkan sehingga mencapai
ketinggian 1 meter atau 3 kaki sisa buangan dengan lapisan tanah pada setiap hari iaitu dengan
ketebalan 20 cm. Pada lapisan penutup perantaraan hendaklah pada ketebalan 30cm dan lapisan
akhir penutup pada ketebalan 60cm. Menyebarkan bahan-bahan sisa pepejal
- Bahan sisa dilonggokkan sehingga mencapai ketinggian 1 meter atau 3 kaki
2. Memadatkan bahan-bahan buangan sebanyak yang mungkin
- Dipadatkan menggunakan jentera berat contohnya jentolak
- Membentuk 5 lapisan sampah
3. Ditutup dengan 1 lapisan tanah
- Mengelakkan masalah bau dan masalah serangga atau tikus
- Bahan sisa terpadat ini akan membentuk sel sampah

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866 3


SCCA1013-PENGANTAR KOMUNIKASI

- Sisa ditanam secara berlapis-lapis dengan teratur dan teliti untuk mengelakkan
pencemaran air di bawah tanah dan sebagainya

KEBAIKAN KAEDAH KAMBUS BERSIH

1. Menjimatkan ruang melalui pemadatan sisa

2. Mengurangkan risiko pencemaran

3. Lebih ekonomi mengurangkan kos pemprosesan dan mengurangkan kesan negatif

4. Tapak kambus bersih boleh dimajukan dan selamat untuk kegunaan komuniti

5. Menyekat penyebaran penyakit

OPERASI PENGURUSAN DI TAPAK PELUPUSAN

Beberapa biji lori akan diarahkan oleh pengawal lalu lintas ke platform ke tapak
pelupusan. Kemudian sisa buangan akan ditolak dan disamaratakan oleh dozer sehingga sisa
bertingkat dan akan dipadatkan lagi oleh pemadat di tapak pelupusan. Kenderaan dan mesin yang
digunakan semasa proses pemadatan tersebut adalah jentolak, penggali, pemadat tapak
pelupusan, trak pelet (MRF & pelupusan sampah), 1 roda pemuat (MRF) dan trak RORO
(MRF). Selain daripada itu terdapat proses kemudahan pemulihan bahan iaitu mengasingkan
beberapa jenis sampah bagi memulihkan kitar semula dari sisa pepejal perbandaran dan
mengurangkan sisa ke tapak pelupusan sampah. Kaedah ini menggunakan bantuan mesin
mekanikal. Mesin gegaran ini yang akan mengasingkan saiz sampah di atas papan penggolek
mengikut jenis iaitu sisa makanan, sisa yang tidak boleh dipakai atau sisa yang boleh dikitar
semula.

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866 4


SCCA1013-PENGANTAR KOMUNIKASI

SITI ROHANIS BTE ISMAIL 260866 5

You might also like