You are on page 1of 1

MOT.

600-2/13/11 ( 45543 )
10 Julai 2021

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

PENGESAHAN PENGOPERASIAN PERKHIDMATAN PERLU ( ESSENTIAL SERVICES) SEPANJANG


TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

Merujuk pewartaan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit


(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang
berkuatkuasa pada 5 Julai 2021, terdapat sekatan pergerakan oleh pihak berkuasa. Untuk
makluman, sektor pengangkutan dan logistik telah dikenal pasti sebagai salah satu
perkhidmatan perlu yang telah mendapat kelulusan untuk terus beroperasi sepanjang PPN,
Fasa 1 hingga Fasa 3.

2. Sehubungan itu, berdasarkan kepada maklumat Aku Janji yang telah dikemukakan dalam
Sistem SMILE, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan ini mengesahkan bahawa
USGA (MALAYSIA) SDN BHD boleh beroperasi sepanjang tempoh PPN ini, tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kerajaan Negeri serta
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

3. MOT ingin menegaskan bahawa pihak industri bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi
syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan. Tindakan mengkompaun kesalahan selaras dengan
Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) akan dikenakan
jika gagal mematuhinya.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

Imbas Untuk Semak Kesahihan

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

b.p. Ketua Setiausaha


Kementerian Pengangkutan Malaysia

Surat ini adalah cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan

You might also like