You are on page 1of 7

KERAJAAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN


BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

1/7
SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
MULAI 13 JANUARI 2021

DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT


BERJANGKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967 AKIBAT WABAK COVID-19

Kerajaan pada 11 Januari 2021 telah mengumumkan bermula 13 Januari 2021


sehingga 26 Januari 2021 akan melaksanakan perkara berikut:
i. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas enam (6) buah negeri iaitu
Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah;
ii. PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak,
Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; dan
iii. PKP Pemulihan (PKPP) bagi negeri Perlis dan Sarawak.
Pelaksanaan PKP/PKPB/PKPP oleh Kerajaan pada kali ini terhad kepada kawasan
tertentu sahaja dan tidak menjejaskan perkhidmatan Kerajaan secara menyeluruh.
Perolehan Kerajaan merupakan perkhidmatan penting (essential services) bagi
menyokong sebahagian besar sektor awam dan sektor ekonomi yang masih boleh
beroperasi seperti biasa dengan mematuhi garis panduan atau Prosedur Operasi
Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan
Negara. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan pergerakan yang menjejaskan
beberapa proses dalam perolehan Kerajaan.
Oleh yang demikian, soalan lazim ini disediakan oleh pihak Kementerian
Kewangan sebagai panduan kepada semua Kementerian/Agensi dan hendaklah
dibaca bersekali dengan Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

Bahagian Perolehan Kerajaan


Kementerian Kewangan Malaysia

Kemaskini pada: 12 Januari 2021


Jam 6.00 petang

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

2/7
BIL. SOALAN JAWAPAN
Kontrak Perolehan Semasa
1. Adakah pelaksanaan program/ Program/projek boleh diteruskan tertakluk
projek yang sedang berjalan kepada sektor yang dibenarkan beroperasi dan
perlu diteruskan dalam tempoh dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu
PKP/PKPB/PKPP? (essential economic sector) berdasarkan senarai
yang dikeluarkan oleh Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Pelaksanaan program/projek tersebut perlu
mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis
Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Adakah proklamasi darurat Tidak, kerana Agensi Kerajaan beroperasi


yang diumumkan pada 12 seperti biasa dan proses perolehan Kerajaan
Januari 2021 akan boleh diuruskan berdasarkan SOP yang telah
menjejaskan proses perolehan ditetapkan.
yang dilaksanakan oleh
Agensi?

3. Bagaimana dengan Bagi bekalan/perkhidmatan/kerja yang tidak


program/projek yang terlibat terjejas seperti perkhidmatan kawalan
dengan arahan penutupan atau keselamatan di sekolah, ia hendaklah diteruskan
pemberhentian operasi dalam berdasarkan obligasi kontrak.
tempoh PKP/PKPB/PKPP oleh
pihak berkuasa? Adakah boleh Manakala, bagi bekalan/perkhidmatan/kerja
diteruskan berdasarkan seperti pembekalan makanan bermasak di
obligasi kontrak? sekolah yang terjejas dan tidak dapat diteruskan,
Agensi hendaklah mengambil tindakan selaras
syarat kontrak sebagai contoh mengeluarkan
suspension notice.

Tindakan melanjutkan tempoh kontrak boleh


dibuat dengan merujuk kepada perenggan 5
surat Kementerian Kewangan no. rujukan:
MOF.BPK(S)600-1/4/4(23) bertarikh
24 Disember 2020 yang memberikan penurunan
kuasa kepada Pegawai Pengawal untuk
mempertimbangkan pelanjutan kontrak tertakluk
kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja iaitu
sehingga 31 Mac 2021 bagi kontrak bekalan dan
perkhidmatan bernilai RM200,000 ke bawah
yang terjejas akibat penguatkuasaan
PKP/PKPB/PKPP.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

3/7
BIL. SOALAN JAWAPAN
4. Adakah Kerajaan masih Tidak. Bayaran ke atas
meneruskan kemudahan bekalan/perkhidmatan/kerja berdasarkan
bayaran gaji pekerja bagi obligasi kontrak tertakluk kepada kesempurnaan
kontrak yang terjejas dalam bekalan/perkhidmatan/kerja oleh syarikat dan
tempoh PKP/PKPB/PKPP? syarat-syarat kontrak. Sekiranya kontrak belum
disempurnakan, tiada bayaran akan dibuat.

5. Apa tindakan yang perlu Berdasarkan peraturan semasa


diambil sekiranya syarikat PP/PK4.2/Perenggan 9.9.2, Agensi dibenarkan
menghadapi masalah untuk untuk memberikan pengecualian bertulis untuk
mengemukakan bon syarikat mengemukakan bon
pelaksanaan/insurans bagi pelaksanaan/insurans lewat dari tempoh asal
melengkapkan SST berikutan yang ditetapkan sehingga maksimum 60 hari dari
pelaksanaan tarikh tersebut.
PKP/PKPB/PKPP.
Sekiranya tempoh maksimum 60 hari tersebut
telah tamat, MoF memberi kebenaran kepada
agensi untuk membenarkan syarikat
mengemukakan bon pelaksanaan/insurans
selewat-lewatnya tambahan 60 hari selepas
tempoh PKP/PKPB/PKPP berakhir. Kegagalan
syarikat mengemukakan bon
pelaksanaan/insurans dalam tempoh tersebut
menyebabkan pesanan kontrak tidak dibuat
melalui sistem eP.

Proses Bayaran
6. Apakah status tuntutan Agensi dikehendaki menyegerakan semua
bayaran bagi invois yang telah bayaran yang dituntut bagi perolehan/projek
diserahkan kepada agensi yang telah disempurnakan mengikut peraturan
semasa tempoh kewangan yang berkuat kuasa.
PKP/PKPB/PKPP?

Proses Pelaksanaan Perolehan Yang Telah Bermula/Baharu

7. Bolehkah tender/sebut harga Ya, tender/sebut harga boleh diiklankan/


diiklankan/dipelawa dalam dipelawa bagi memastikan Perancangan
tempoh PKP/PKPB/PKPP? Perolehan Tahunan (PPT) 2021 Agensi
termasuk semua program/ projek yang
diumumkan oleh Kerajaan dari semasa ke
semasa dapat dilaksanakan.

Agensi perlu memastikan tempoh tutup iklan


tender/sebut harga yang munasabah bagi
mengelakkan tarikh tutup jatuh dalam tempoh
PKP/PKPB/PKPP. Kuasa pelanjutan tarikh tutup
SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

4/7
BIL. SOALAN JAWAPAN
iklan tender/sebut harga yang sedang diiklankan
terletak kepada Pegawai Pengawal/Pegawai
yang diturunkan kuasa.

8. Bolehkah perolehan darurat Perolehan darurat boleh dilaksanakan selaras


dilaksanakan dalam tempoh dengan syarat dan ketetapan di dalam
PKP/PKPB/PKPP? PP/PB3.3.

9. Adakah tempoh sah laku bagi Pelanjutan tempoh sah laku adalah tertakluk
tender dan sebut harga yang kepada peraturan semasa berkuat kuasa.
ditangguhkan boleh dilanjutkan
dalam tempoh Bagi kawasan yang dikenakan PKP, agensi
PKP/PKPB/PKPP? wajar mempertimbangkan pelanjutan tempoh
sah laku tender/sebut harga sehingga suatu
tempoh yang bersesuaian.

10. Adakah tempoh sah laku untuk Pelanjutan tempoh sah laku adalah tertakluk
tender pra kelayakan turut kepada peraturan semasa berkuat kuasa.
boleh dilanjutkan
memandangkan peraturan Bagi kawasan yang dikenakan PKP, agensi
telah menetapkan tempoh sah wajar mempertimbangkan pelanjutan tempoh
laku adalah tidak boleh sah laku tender pra kelayakan sehingga suatu
melebihi 120 hari? tempoh yang bersesuaian.

11. Adakah syarikat yang berada di Penyerahan/penerimaan dokumen tender/sebut


kawasan PKP/PKPB/PKPP harga yang tidak menggunakan sistem dalam
dibenarkan untuk talian, hendaklah dibuat secara serahan fizikal.
mengemukakan dokumen
tender/sebut harga bagi Syarikat juga dibenarkan untuk menghantar
perolehan kerja/perkhidmatan dokumen tawaran tender/ sebut harga melalui
perunding secara dalam talian pos berdaftar/kurier. Agensi dinasihatkan untuk
seperti emel? memasukkan klausa berikut ke dalam arahan
kepada petender/penyebut harga:

“Jika tender/sebut harga dihantar dengan


menggunakan perkhidmatan pos
berdaftar/ kurier, Petender hendaklah
memastikan dokumen tersebut selamat
tiba pada alamat yang telah ditetapkan
sebelum atau pada Tarikh Tutup
tender/sebut harga selewat-lewatnya pada
pukul 12.00 tengah hari. Sebarang
kelewatan yang timbul dalam urusan
tersebut tidak akan dilayan”

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

5/7
BIL. SOALAN JAWAPAN
Proses Perolehan Melibatkan Kehadiran Ramai (Undian, Lawatan Tapak dan lain-
lain)
12. Adakah proses perolehan PP/PK2.2 telah menetapkan pelaksanaan
seperti pelantikan secara perolehan Kerajaan tahun 2021 dalam tempoh
undian, lawatan tapak boleh PKP/PKPB/PKPP tertakluk kepada syarat
dilaksanakan dalam tempoh berikut:
PKP/PKPB/PKPP.
(a) Agensi Kerajaan hendaklah tidak
mewajibkan kehadiran syarikat bagi tujuan
taklimat atau lawatan tapak bagi sebut
harga/tender;

(b) Bagi memastikan maklumat berkaitan


spesifikasi/terma rujukan/brif projek
berkenaan adalah jelas, Agensi Pelaksana
hendaklah menyediakan maklumat
terperinci untuk membantu syarikat yang
menyertai sebut harga/tender memahami
kehendak Agensi Pelaksana; dan

(c) Selain itu, Agensi boleh memberi satu


tempoh yang munasabah bagi syarikat
melawat sendiri kawasan atau tapak
berkenaan yang dinyatakan dalam dokumen
sebut harga/tender berkenaan. Lawatan
tapak ini dapat membantu syarikat mendapat
maklumat yang lebih tepat dan mengetahui
keadaan/maklumat tambahan yang berguna
bagi menyediakan tawaran sebut
harga/tender. Dalam hal ini, sekiranya
syarikat mahu melawat sendiri kawasan atau
tapak berkenaan, amalan penjarakan fizikal,
penggunaan hand sanitizer dan pemakaian
face mask adalah diwajibkan.

13. Adakah agensi boleh Boleh. Agensi dibenarkan untuk membuat


menggantikan prosedur rakaman video bagi menggantikan prosedur
lawatan tapak dan taklimat lawatan tapak/ taklimat tender/sebut harga
tender/sebut harga kepada mengikut kaedah pelaksanaan berikut:
penerangan skop kerja melalui
rakaman video? (a) Rakaman video dipaparkan di laman
sesawang rasmi Agensi Pelaksana untuk
diakses oleh semua kontraktor yang
berminat sepanjang tempoh sebut harga;

(b) Agensi Pelaksana akan menugaskan


beberapa pegawai untuk menjawab
SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

6/7
BIL. SOALAN JAWAPAN
sebarang pertanyaan dari kontraktor
sepanjang tempoh sebut harga/iklan
tender; dan

(c) Kontraktor juga mempunyai peluang untuk


membuat lawatan sendiri ke projek-projek
yang berkaitan mengikut kesesuaian masa
mereka.

Pihak Berkuasa Melulus (PBM) dan Jawatankuasa Perolehan Semasa dan Selepas
Tempoh PKPB
14. Bolehkah mesyuarat Lembaga Mesyuarat Lembaga Perolehan dan
Perolehan dan Jawatankuasa Jawatankuasa Sebut Harga hendaklah dibuat
Sebut Harga bersidang secara secara bersemuka berdasarkan tatacara di
dalam talian melalui mana- dalam PP/PK2.2/Perenggan 7 tanpa
mana aplikasi Video menggunakan aplikasi sidang video.
Conference dalam tempoh
PKP/PKPB/PKPP?

15. Adakah Mesyuarat Mesyuarat boleh dilaksanakan secara dalam


Jawatankuasa Perolehan talian dalam tempoh PKP/PKPB/PKPP selaras
selain Lembaga Perolehan dan dengan ketetapan PP/PK2.2/Perenggan 7.3.
Jawatan Sebut Harga seperti
Jawatankuasa Spesifikasi, Penggunaan aplikasi sidang video selain
Jawatankuasa Penilaian, daripada Skype for Business (SfB) turut
Jawatankuasa Rundingan dibenarkan dengan syarat Agensi perlu
Harga dan lain-lain boleh memastikan aplikasi yang hendak digunakan
bersidang secara dalam talian mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan
semasa tempoh oleh pihak berkuasa keselamatan seperti
PKP/PKPB/PKPP? MAMPU dan Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Pengendalian dokumen rahsia rasmi Kerajaan


seperti dokumen tawaran penyebut
harga/petender secara hardcopy atau softcopy
yang perlu dibawa keluar daripada pejabat
adalah tertakluk kepada Garis Panduan
Membawa Rahsia Rasmi Keluar Dari Pejabat
Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan Malaysia.

SOALAN LAZIM BERKAITAN PEROLEHAN KERAJAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP),
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

7/7

You might also like