You are on page 1of 2

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

SIARAN MEDIA
(Untuk Siaran SEGERA) 17 OGOS 2021

JPJ TAWAR 70% PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN


SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BAGI TAHUN 2021

Bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64


yang bertemakan “Malaysia Prihatin” bagi tahun 2021, Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bersetuju memberikan tawaran
pengurangan pembayaran saman sehingga 70% kepada semua saman
JPJ yang boleh dikompaun, kecuali kes yang masih dalam sebutan pihak
Mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Pengurangan kompaun yang bermula pada 18 Ogos 2021 sehingga 16


September 2021 ini, akan diberikan kepada semua notis saman yang telah
dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta
334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya,
termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).
Pengurangan ke atas notis saman tersebut adalah berdasarkan kepada
kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

1
Sementara itu, tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih
aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat
pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan iaitu sehingga 16
September 2021. Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di
semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC, kiosk atau secara atas
talian (online) melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/).

Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai


hitam (blacklist), pesalah dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat JPJ
(Cawangan ataupun Negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula,
sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

Adalah sesungguhnya, tawaran pengurangan notis saman ini dibuat


semata-mata bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan
kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara
ekoran daripada pandemik Covid-19.

Ibu Pejabat
Jabatan Pengangkutan Jalan
MALAYSIA

[ TAMAT ]
2

You might also like