You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Setelah meneliti permohonan yang dikemukakan, dukacita dimaklumkan bahawa


permohonan kebenaran beroperasi bagi syarikat sektor logistik dan pengangkutan
komersial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak tuan/puan
tidak dapat diproses kerana:

i) kenderaan perdagangan (haulier, lori, van, teksi), courier, e-hailing


atau p-hailing tuan/puan tidak memerlukan kebenaran untuk bergerak merentas negeri
dan daerah bagi tempoh PKP; atau

ii) bidang perkhidmatan tuan/puan tidak tertakluk dalam bidang kuasa


Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT); atau

iii) dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dimuatnaik ke dalam


sistem tidak lengkap dengan maklumat jenis perniagaan atau kurang jelas.

3. Untuk makluman tuan/puan, berdasarkan siaran media Kementerian Pengangkutan


Malaysia (MOT) pada 13 Januari 2021 dan perkara 10 dari FAQ mengenai Pergerakan di
dalam Kawasan PKP, PKPB, PKPP terbitan PDRM pada 16 Januari 2021, pergerakan bagi
kenderaan perdagangan (haulier, lori, van, teksi), courier, e-hailing atau p-
hailing yang berdaftar dengan MOT adalah dibenarkan sepanjang tempoh PKP. Oleh
itu, sekiranya syarikat tuan/puan mempunyai kenderaan perdagangan yang berdaftar
sebagaimana tersebut di atas, surat pengesahan daripada majikan masing-masing dan
dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan pengangkutan sebagai
jenis perniagaan syarikat tuan/puan adalah memadai apabila pihak tuan/puan
diperiksa oleh pihak berkuasa. Surat kebenaran beroperasi semasa PKP daripada MOT
tidak diperlukan.

4. Sekiranya pihak tuan/puan yang menggunakan kenderaan perdagangan atau


bekerja dengan syarikat yang berdaftar sebagai syarikat pengangkutan ditahan oleh
pihak berkuasa semasa sekatan jalan raya atas sebab memerlukan surat kebenaran dari
MOT, sila kemukakan maklumat tempat dan masa pihak tuan/puan ditahan dan maklumkan
kepada MOT melalui emel logistik@mot.gov.my. Maklumat yang disalurkan akan
digunakan untuk tujuan penyelarasan dan penambahbaikan dengan pihak berkuasa
terlibat.

5. Bagi perkara di Para 2 ii) di atas, pihak tuan/puan dinasihatkan untuk


mendapatkan kebenaran beroperasi daripada Kementerian berkaitan dengan bidang
perkhidmatan tuan/puan seperti KPDNHEP, MITI, KKR, KPKT atau lain-lain Kementerian.

6. Bagi perkara di Para 2 iii) pula, sekiranya syarikat tuan/puan adalah


syarikat logistik (selain yang disebut dalam Para 3) seperti freight forwarder;
agen kastam; pergudangan; perkhidmatan import dan export; perkhidmatan pelabuhan,
limbungan dan lapangan terbang; serta ancillary services kepada pengangkutan
(towing, sewa kenderaan dan lain-lain) dan tidak berdaftar dengan mana-mana
persatuan logistik, sila kemukakan satu salinan softcopy dokumen SSM yang lengkap
dan jelas yang mengandungi nombor SSM dan jenis perniagaan tuan/puan melalui emel
logistik@mot.gov.my. Maklumat logistik yang jelas dari dokumen tersebut akan
membantu proses pengeluaran surat kebenaran beroperasi bagi pihak tuan/puan oleh
MOT. Tanpa maklumat ini, permohonan pihak tuan/puan tidak akan dapat diproses.

7. Bersama-sama ini juga dilampirkan siaran media MOT dan FAQ PDRM berkenaan
perkara di atas untuk perhatian pihak tuan/puan. Kerjasama dan keprihatinan dari
pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

Cawangan Logistik
Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Hotline MOT : 1800-88-7723 (8 pagi - 6 petang)
Emel : logistik@mot.gov.my

You might also like