You are on page 1of 1

*UNTUK KEGUNAAN RAKAN PENGHANTAR LALAMOVE MALAYSIA SAHAJA*

KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN

14 Oktober 2020

Tuan / Puan,

KEBENARAN UNTUK MENGHANTAR MAKANAN DAN BARANGAN SEPANJANG


TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Merujuk kepada Seksyen 5, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (“Peraturan 2020”) yang telah
diwartakan pada 18 Mac 2020, yang membenarkan mana-mana premis yang menyediakan
"Perkhidmatan Perlu" dibuka dengan syarat tertentu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

2. Rakan Penghantar kami, di bawah Lalamove Malaysia Sdn Bhd; (secara kolektif dirujuk sebagai
"Lalamove"), telah di senaraikan sebagai "Perkhidmatan Perlu" seperti yang dinyatakan dalam Bil. 5 dan
Bil. 17 di dalam Jadual kepada Peraturan 2020 tersebut di bawah kategori Pos dan Pembekalan
Makanan (Penghantaran dan perkhidmatan Buy4U).

3. Surat ini mengesahkan bahawa pembawa surat ini adalah Rakan Penghantar syarikat kami dan beliau
telah ditugaskan untuk menjalankan Perkhidmatan Perlu yang dinyatakan di atas. ​Untuk pengesahan
selanjutnya, Tuan / Puan boleh meminta pembawa surat ini untuk menunjukkan maklumat
peribadi mereka dalam aplikasi rakan penghantar Lalamove. Tuan / Puan hanya perlu memastikan
nama dalam aplikasi adalah sama dengan nama di atas kad pengenalan pembawa surat ini.
Tugasan penghantaran semasa pembawa surat ini juga boleh disemak dalam aplikasi untuk
kebenaran meneruskan kerja penghantaran.

Kerjasama pihak Tuan / Puan amatlah dihargai bagi memastikan keselamatan dan melancarkan
perjalanan Rakan Penghantar syarikat kami di dalam menjalankan tugasan beliau.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan Lalamove di talian 03-7688 6555.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Bagi Pihak Lalamove Malaysia Sdn Bhd

Shen Ong
Pengarah Urusan

You might also like