You are on page 1of 4

SOALAN LAZIM

PENGGUNAAN NOMBOR BIL DAN SISTEM E-BILLING


DALAM URUSAN PEMBAYARAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

S1 : Apakah Sistem e-Billing?

J1 : a) Sistem e-Billing adalah merupakan salah satu menu bawah


Perkhidmatan ezHasil yang boleh diakses melalui laman web
MyTax.
b) Sistem e-Billing akan mamaparkan Nombor Bil bagi setiap transaksi
amaun cukai yang perlu dijelaskan oleh pembayar cukai dan akan
digunakan untuk menjana Slip Bayaran bagi urusan pembayaran
cukai.
c) Sistem e-Billing juga membenarkan pembayar cukai untuk menjana
Nombor Bil bagi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan
Manual (BNCP) dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)
serta menjana Slip Bayaran bagi urusan pembayaran cukai.

S2 : Bilakah pelaksanaan Sistem e-Billing?

J2 : Tarikh pelaksanaan Sistem e-Billing adalah pada 1 Januari 2023.

S3 : Bagaimanakah cara untuk mengakses Sistem e-Billing?

J3 : a) Sistem e-Billing boleh diakses melalui menu e-Billing bawah


Perkhidmatan ezHasil melalui laman web MyTax:
https://mytax.hasil.gov.my.
b) Pengguna perlu memasukkan maklumat mengikut Jenis Pengenalan
dan Kata Laluan bagi tujuan daftar masuk ke sistem MyTax.

S4 : Apakah Nombor Bil?

J4 : a) Nombor Bil adalah merupakan nombor siri janaan 16 digit oleh


sistem yang akan menjadi rujukan mandatori dalam setiap
pembayaran cukai yang dikendalikan oleh LHDNM.
b) Nombor Bil adalah untuk memudahkan urusan rujukan bayaran
dan urusan pemadanan antara taksiran dan bayaran yang dibuat
oleh pembayar cukai.

1/4
c) Bagi bayaran yang melibatkan beberapa Nombor Bil, Nombor Bil
baharu akan dijana bagi memudahkan pembayaran secara lump-sum.

S5 : Bilakah pelaksanaan penggunaan Nombor Bil?

J5 : Tarikh pelaksanaan penggunaan Nombor Bil adalah seiring dengan tarikh


pelaksanaan Sistem e-Billing iaitu pada 1 Januari 2023.

S6 : Bagaimanakah untuk mendapatkan Nombor Bil?

J6 : Nombor Bil boleh diperolehi melalui menu e-Billing (Sistem e-Billing)


bawah Perkhidmatan ezHasil di laman web MyTax:
https://mytax.hasil.gov.my.

S7 : Siapakah yang terlibat dengan penggunaan Sistem e-Billing dan


kaedah pembayaran menggunakan Nombor Bil?

J7 : a) Pembayar cukai dari dalam dan luar negara yang mempunyai


bayaran baki cukai yang perlu dijelaskan kepada LHDNM.
b) Pembayar cukai yang ingin menjelaskan bayaran cukai bagi
pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan Manual (BNCP)
dan Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA).

S8 : Bagaimanakah cara penggunaan Sistem e-Billing untuk menjana


Slip Bayaran bagi tujuan pembayaran menggunakan Nombor Bil?

J8 : Cara penggunaan Sistem e-Billing untuk menjana Slip Bayaran bagi


tujuan pembayaran menggunakan Nombor Bil boleh dirujuk melalui
lampiran “Manual Pengguna: Penggunaan Nombor Bil dan Sistem e-
Billing”.

S9 : Apakah jenis cukai yang terlibat bagi penggunaan Sistem e-Billing?

J9 : Melalui menu dalam Sistem e-Billing, jenis cukai yang terlibat bagi
tujuan janaan Slip Bayaran untuk urusan pembayaran adalah seperti
berikut:
a) Menu Paparan Bil:
i. Bil Anggaran Cukai
 Anggaran Cukai CP204/ CP500/ CP250
ii. Bil Cukai
 Cukai Pendapatan
 Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
 Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)
 Kenaikan Cukai
 Kompaun

2/4
iii. Bil Pemeroleh Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
iv. Bil Cukai Penghibur Awam
v. Bil Cukai Pegangan

b) Menu Surat/ Notis Tuntutan:


i. Senarai surat dan notis tuntutan yang telah dikeluarkan oleh
LHDNM.

c) Menu Bil Ansuran:


i. Senarai bayaran secara ansuran yang telah dikeluarkan
oleh LHDNM.

d) Menu Bil Majikan:


i. Senarai bil kompaun yang perlu dijelaskan oleh Majikan.

e) Menu Rekod Transaksi:


i. Senarai rekod transaksi yang telah berlaku di skrin menu e-
Billing.

f) Janaan Bil (Manual):


i. Borang Nyata Cukai Pendapatan Manual (BNCP)
ii. Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (LBATA)

S10 : Apakah medium bayaran cukai bagi penggunaan Nombor Bil?

J10 : Setelah Slip Bayaran berjaya dijana, pembayar cukai boleh membuat
bayaran melalui saluran bayaran berikut:
a) ByrHASiL*
b) Kaunter Pusat Bayaran
c) Bank Ejen
*Maklumat lanjut berkaitan ByrHASiL boleh rujuk di menu Perkhidmatan
ezHasil pilihan menu ByrHASiL.

S11 : Adakah bayaran melalui cek boleh diterima?

J11 : Tidak. Bayaran mengggunakan Nombor Bil melalui cek tidak diterima.

S12 : Bagaimanakah pembayar cukai boleh mendapatkan resit bayaran?

J12 : a) Kaunter Pusat Bayaran akan meresitkan bayaran seperti biasa.


Pembayar cukai perlu membawa Slip Bayaran atau Nombor Bil yang
diperolehi melalui imbasan kod QR bagi urusan pembayaran.
b) Slip pengesahan bayaran cukai di kaunter bank atau slip pengesahan
transaksi bagi bayaran menerusi medium bayaran secara dalam talian

3/4
juga diterima oleh LHDNM sebagai bukti bayaran/ resit pembayaran.
Pembayar cukai boleh menyimpan slip tersebut sebagai bukti dan
rujukan.
c) Pembayar cukai juga boleh merujuk kepada Hasil Care Line dan
cawangan yang mengendalikan fail cukai untuk semakan status
bayaran. Pembayar cukai individu juga boleh membuat semakan
sendiri menerusi laman web MyTax  e-Lejer.

S13 : Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya pembayar cukai


memerlukan penerangan lanjut berkenaan prosedur pembayaran
cukai menggunakan Nombor Bil?

J13 : Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan


kepada LHDNM melalui:
1. Hasil Care Line di talian: 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar
Negara)
2. HASiL Live Chat
3. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas di
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
4. Nombor Faks : 03-6201 9637

Tarikh disediakan: 30 Disember 2022

4/4

You might also like