You are on page 1of 3

JPS JASIN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN

PERHATIAN
PANGGILAN CABUTAN UNDI PROJEK-PROJEK DI BAWAH PROGRAM
STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA) BAGI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN, JABATAN KERJA RAYA JASIN DAN
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JASIN

Dimaklumkan bahawa sesi undian Projek-Projek Di Bawah Program Strategik


Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA) Bagi Pejabat Daerah Dan Tanah
Jasin, Jabatan Kerja Raya Jasin Dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Jasin akan
dilaksanakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh Cabutan Undi : 06 Julai 2021 (Selasa)


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Aras 2
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin
(Secara atas talian melalui Facebook Pejabat
Daerah dan Tanah Jasin)/JPS Jasin/JKR Jasin

2. Sehubungan itu, Tuan/Puan adalah dipelawa menyertai Sesi Cabutan Undi di


atas dengan mengisi Borang Penyertaan Cabutan Undi secara atas talian (Online)
dipautan di bawah atau mengimbas QR-Code bermula pada 24 Jun 2021, jam 12.00
tengahari sehingga 28 Jun 2021 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima
sebelum atau selepas tempoh yang ditetapkan akan ditolak serta merta. Syarat-
syarat penyertaan adalah seperti di Lampiran A.

3. Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh menghubungi kami di talian berikut :-

Pejabat Daerah & Tanah Jasin : 06-529 8100 (samb. 2055)


Jabatan Kerja Raya Jasin : 06-529 1040 (samb.121)
Jabatan Pengairan Dan Saliran Jasin : 019-385 7079 / 017-413 5114

RAHIZI BIN RANOM


PEGAWAI DAERAH DAN TANAH JASIN

https://forms.gle/uefm2KHSnenUMpk37

Notis ini bertarikh : 22 Jun 2021


Lampiran A
SYARAT PENYERTAAN CABUTAN UNDI
PROJEK-PROJEK DI BAWAH PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT
DAN EKONOMI (PEMERKASA) BAGI PEJABAT DAERAH DAN TANAH JASIN,
JABATAN KERJA RAYA JASIN DAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JASIN

Kontraktor-kontraktor yang berminat perlu memenuhi serta mematuhi syarat-syarat


yang ditetapkan seperti berikut :-

1. Kontraktor GRED G1 dan berdaftar dengan CIDB, BPKU, SSM di bawah kategori
Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam (CE21) dan Kerja-kerja Am Bangunan (B04),
mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan
Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang sah.

2. Tempoh sah laku sijil-sijil atau dokumen pendaftaran hendaklah sekurang


kurangnya lima (5) bulan daripada tarikh undian dan hanya pemilik lesen yang
sah sahaja layak untuk menyertai cabutan undi.

3. Bagi projek dibawah Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin, hanya kontraktor yang
beralamat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) layak menyertai
pengundian yang diiklankan dalam DUN tersebut sahaja. Manakala bagi projek
dibawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)
Cabutan Undi adalah secara terbuka kepada semua kontraktor yang berdaftar
mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan.

4. Tidak pernah memperolehi projek / kerja daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Jasin,
Jabatan Kerja Raya Jasin serta Jabatan Pengairan dan Saliran Jasin sepanjang
tahun 2021 dengan nilai kerja kumulatif RM30,000.00 ke bawah.

5. Tidak pernah disenarai hitam atau dikenakan tindakan tatatertib oleh CIDB /
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Jabatan Kerja Raya Daerah Jasin dan Jabatan
Pengairan dan Saliran Daerah Jasin.

6. Senarai kontraktor yang layak berserta nombor undian akan dipaparkan di laman
web dan Facebook rasmi Pejabat Daerah & Tanah Jasin, Jabatan Kerja Raya Jasin
dan Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Melaka sebelum proses pengundian di buat
pada 30 Jun 2021 (Rabu), jam 2.30 petang. Kontraktor yang menarik diri selepas
berjaya dalam proses cabutan undi akan disenarai hitam untuk menyertai sesi
cabutan undi bagi projek yang akan datang.

7. Sesi Cabutan Undi akan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi


PDTJ/JKR/JPS pada 06 Julai 2021 (Selasa), Jam 10.00 Pagi.

8. Surat tawaran akan dikeluarkan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari
tarikh undian kepada kontraktor yang berjaya. Walau bagaimanapun, pihak
jabatan berhak membatalkan tawaran tersebut tanpa sebarang sebab.

9. Pelaksanaan projek/kerja akan dilaksanakan secara dua (2) fasa tertakluk kepada
penurunan peruntukan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi
(PEMERKASA) dari Kerajaan Persekutuan.

10. Sekiranya terdapat pemalsuan dokumen yang dilampirkan, pentadbiran ini akan
menyenaraihitamkan kontraktor berkenaan dan seterusnya menyerahkan
kepada agensi yang berkaitan bagi penguatkuasaan berdasarkan peruntukan
undang-undang.
CONTOH DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN OLEH PIHAK KONTRAKTOR

You might also like