You are on page 1of 13

KURSUS TATACARA PENGKOMPAUNAN KESALAHAN

PENGKOMPAUNAN
KESALAHAN :
PERUNDANGAN DAN
PRINSIP AM

Disediakan oleh :

Rozila binti Mustaffa


Penolong Kanan Pengarah Kastam I
Unit Pendakwaan Kriminal
Ibu Pejabat
❑Mana-mana orang yang melakukan kesalahan kriminal
di bawah akta dan perundangan sedia ada, boleh di
dakwa di mahkamah atau di tawarkan kompaun.

❑ Kompaun adalah merupakan suatu hukuman dalam


bentuk denda yang dikenakan terhadap orang yang
melakukan kesalahan dan tidak melibatkan sabitan di
mahkamah.
PERUNTUKAN KUASA DI BAWAH UNDANG-UNDANG UNTUK
MENGKOMPAUN KESALAHAN
BIL AKTA/PERATURAN SEKSYEN/
PERATURAN

1. Akta Kastam 1967 [Akta 235] 131


Peraturan-peraturan Kastam (Pengkompaunan Kesalahan)
2020
2. Akta Eksais 1976 [Akta 176] 69
Peraturan-peraturan Eksais (Pengkompaunan Kesalahan)
2020
3. Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438] 33
Peraturan-peraturan Zon Bebas (Pengkompaunan
Kesalahan) 2020
4. Akta Cukai Pelancongan 2017 [Akta 791] 56
Peraturan-peraturan Cukai Pelancongan (Pengkompaunan
Kesalahan) 2023
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806] 95
5. Peraturan-peraturan Cukai Jualan (Pengkompaunan
Kesalahan) 2018
PERUNTUKAN KUASA DI BAWAH UNDANG-UNDANG UNTUK
MENGKOMPAUN KESALAHAN
BIL AKTA/PERATURAN SEKSYEN/
PERATURAN

6. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 [Akta 807] 80


Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan
(Pengkompaunan Kesalahan) 2018

7. Akta Levi Pelepasan 2019 [Akta 813] 51


Peraturan-peraturan Levi Pelepasan (Pengkompaunan
Kesalahan) 2019
8. Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] 121
Peraturan-peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 115

9. Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 [Akta 592] 23


Peraturan-peraturan Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 18
PRINSIP AM KOMPAUN

❑ Kompaun hanya boleh ditawarkan bagi kesalahan yang


ditetapkan di bawah peraturan-peraturan pengkompaunan
kesalahan

❑ Kompaun boleh ditawarkan hanya setelah mendapat izin


kompaun bertulis daripada PPJ/TPR Negeri

❑ Amaun kompaun yang ditawarkan tidak boleh melebihi 50%


daripada hukuman denda maksimum untuk kesalahan yang
dikompaun
PRINSIP AM KOMPAUN

❑ Pesalah yang telah membayar kompaun yang ditawarkan,


tidak boleh di dakwa di mahkamah untuk kesalahan yang
sama.

❑ Pesalah yang gagal membayar kompaun dalam tempoh yang


ditetapkan, hendaklah didakwa di mahkamah dengan izin
PPJ/TPR Negeri.
PRINSIP AM KOMPAUN

❑ Kes yang hendak dipertuduh di mahkamah, hendaklah


diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk
tindakan.

❑ Kompaun boleh ditawarkan hanya apabila kesalahan telah


berlaku.
Contoh : Bagi kes-kes yang melibatkan kesalahan
mengemukakan penyata tanpa bayaran di bawah Akta Cukai
Barang dan Perkhidmatan 2014, Akta Cukai Perkhidmatan 2018,
Akta Cukai Jualan 2018 dan Akta Levi Pelepasan 2019, pesalah
hanya boleh dikompaun hanya setelah cukai, levi dan penalti
masih tidak dibayar selepas tempoh 90 hari dari tarikh terakhir
mengemukakan penyata.
PRINSIP AM KOMPAUN

❑ Tawaran kompaun dibuat hanya setelah mempunyai


keterangan kukuh bahawa kesalahan telah berlaku.

❑ Orang yang ditawarkan kompaun adalah orang yang


melakukan kesalahan. Sekiranya yang melakukan kesalahan
adalah syarikat/pertubuhan, tawaran kompaun adalah
kepada pemilik/pengarah syarikat atau mana-mana orang
yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak
syarikat/pertubuhan.

❑ Kompaun tidak boleh ditawarkan bagi kes-kes yang


melibatkan keselamatan orang awam, ekonomi dan
kedaulatan negara dan juga yang melibatkan fraud atau
sindiket jenayah.
PRINSIP AM KOMPAUN

❑ Jika kes melibatkan sitaan barang, pegawai yang


mengkompaun hendaklah memastikan kesan pembayaran
kompaun ke atas barang sitaan tersebut mengikut
peruntukan undang-undang yang memperuntukkan
kesalahan.

❑ Pegawai yang mengkompaun hendaklah memastikan


pesalah memahami syarat, akibat dan kesan kompaun yang
ditawarkan.
DASAR KOMPAUN

❑ Kes Bahagian Penguatkuasaan

▪ Kompaun hanya boleh ditawarkan 2 kali sahaja kepada


individu/ syarikat yang sama atas kesalahan yang sama

▪ Kesalahan yang sama yang dilakukan untuk kali ketiga dan


seterusnya hendaklah dipertuduh di mahkamah kecuali
diputuskan sebaliknya oleh PPJ
DASAR KOMPAUN

❑ Kes Bahagian Perkastaman, Cukai Dalam Negeri dan


Pematuhan

▪ Tawaran kompaun boleh ditawarkan melebihi 2 kali kepada


individu/syarikat yang sama, atas kesalahan yang sama,
melainkan pegawai penyelia mengesyorkan kes tersebut
diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk
didakwa di mahkamah.

▪ Syor kompaun dibuat melalui sampul kecil untuk setiap kes


DASAR KOMPAUN

❑ Amaun kompaun kali kedua, ketiga dan


seterusnya bagi kesalahan yang berulang
hendaklah lebih tinggi dari amaun kompaun
pertama atau sebelumnya .

❑ Pengkompaunan kesalahan hendaklah mengikut


tatacara yang ditetapkan di bawah Perintah Am
Jabatan Bilangan 119.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like