You are on page 1of 2

PEMAKLUMAN REMISI PENALTI DAN SURCAJ DI BAWAH AKTA CUKAI BARANG DAN

PERKHIDMATAN 2014 (ACBP 2014), AKTA CUKAI JUALAN 2018 (ACJ 2018), AKTA CUKAI
PERKHIDMATAN 2018 (ACP 2018), AKTA CUKAI PELANCONGAN 2017 (TTx 2017) DAN AKTA LEVI
PELEPASAN 2019 (ALP 2019)

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Seksyen 62(2) ACBP 2014, Seksyen 41(2) ACJ 2018, Seksyen 40(2) ACP 2018, Seksyen 21(2) TTx
2017 dan Seksyen 32(2) ALP 2019 telah memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam
untuk meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti yang kena dibayar atau surcaj
terakru di bawah Akta ini jika adil dan saksama untuk berbuat demikian.

3. Bagi memastikan dan memantapkan reformasi industri/perniagaan yang berhadapan dengan


situasi ekonomi semasa dalam meningkatkan pendapatan negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) memutuskan memberi kelulusan remisi kepada syarikat-syarikat yang membuat pembayaran
cukai dan penalti dalam tempoh 1 Februari 2023 sehingga 30 September 2023 tertakluk kepada
kriteria seperti di Lampiran A.

4. Sehubungan dengan itu, sekiranya tuan / puan berminat ke atas tawaran ini, tuan / puan
dikehendaki untuk memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemakluman ini.
Sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Pengawai Penyiasat ABT iaitu
JAMIL BIN JAPAR / MOHD DEASRIEYAN BIN MOHD MAHDAR di talian 089-670153 / 089-674135
atau alamat emel jamil.japar@customs.gov.my / abtjkdmsdk@gmail.com.

Sekian, terima kasih.


LAMPIRAN A

KELAYAKAN INSENTIF

I. Bil Tuntutan (BOD) yang telah dikeluarkan pada atau sebelum 31 Disember 2022;

II. Pembayaran cukai, penalti dan surcaj hendaklah dibuat dalam tempoh 1 Februari 2023 sehingga
30 September 2023;

III. Bagi kes yang telah mendapat keputusan mahkamah, syarikat TIDAK LAYAK bagi tawaran ini; dan

IV. Bagi kes yang telah didaftarkan di mahkamah, syarikat perlu mendapatkan persetujuan daripada
Pegawai Pendakwa dan mahkamah sekiranya hendak menerima tawaran dasar remisi ini.

You might also like