You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG

31850 JERAM, PERAK


TEL : 05-4775632 / FAX 05-4775632

MEMO DALAMAN

Kepada : Semua guru

Daripada : Guru Besar SK. KUALA DIPANG

Tarikh : 17 FEBRUARI 2017

Perkara : MESYUARAT PENGURUSAN PLC KALI PERTAMA

MINIT MESYUARAT KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) KALI


PERTAMA, 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat


Pengurusan PLC SK Kuala Dipang kali pertama bagi tahun 2017.

3. Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 FEBRUARI 2017


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan

Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :

3.1. Ucapan Pengerusi


3.2. Ucapan penyelaras
3.3. Perbentangan Slide PLC
3.4. Laporan Jawatankuasa
3.4.1 Program Pembudayaan PLC
3.4.2 Latihan/Penataran
3.4.3 Pementoran
3.5. Pelaporan
3.6. Hal-hal lain

4. Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Saya yang menurut perintah.

……………………………………….
(ENCIK AZHAR BIN MOHD YASIN)
Guru Besar,
SK Kuala Dipang,
31850 Jeram, Perak.
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DIPANG
31850 JERAM, PERAK
TEL : 05-4775632 / FAX 05-4775632

MINIT MESYUARAT PLC KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 23 FEBRUARI 2017

Hari : KHAMIS

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : Bilik Gerakan

Hadir : Rujuk Lampiran Kehadiran

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 En Azhar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru ke mesyuarat kali ini.
1.2 Beliau berharap supaya semua guru dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan PLC dan
penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah di atas pelantikan Encik Zulkifli Bin HajiAbdul Rani sebagai JU
PLC Daerah Kinta Selatan sekaligus setiausaha PLC di peringkat sekolah.
1.4 Beliau mengharapkan agar semua guru mendapat manfaat daripada pelaksanaan PLC ini dan
mengingati slogan Gegarkan PLC, Mantapkan PDP.

Makluman : Semua guru

Agenda 2 : Ucapan Penyelaras PLC

2.1 Puan Aziani mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua guru dalam menjayakan PLC.
Beliau juga berharap semua guru dapat membantu pihak pentadbir dalam melaksanakan PLC di
sekolah ini. Guru yang masih belum memahami konsep pelaksanaan PLC ini boleh rujuk kepada Encik
Zulkifli selaku JU Daerah Kinta Selatan.

Makluman : Semua guru

Agenda 3 : Perbentangan Mengenai Komuniti Pembelajaran Professional (PLC )

3.1 Perbentangan Slide PowerPoint


3.1.1 Pekeliling
3.1.2 Lesson Study, Peer Coaching
3.1.3 Teacher Sharing Session, Video Critique
3.1.4 Learning Walk

Makluman : Semua guru

3.2 Penyelarasan Borang


3.2.1 Penyelaras telah mengedarkan contoh borang-borang yang berkaitan kepada semua guru yang
merangkumi 3 borang utama bagi setiap kumpulan.
3.3.2 Semua guru mesti melengkapkan borang setelah selesai membuat pemerhatian kepada ahli
kumpulan masing-masing.
3.3.3 Perbincangan refleksi dilaksanakan selepas semua ahli kumpulan diperhatikan oleh semua ahli
kumpulan.
Tindakan : Semua guru

3.4 Buku Panduan PLC


3.4.1 Buku Panduan Komuniti Pembelajaran Profesional – akan digunapakai untuk memantau
pelaksanaan PLC di sekolah oleh pihak pentadbir.

Tindakan : Pihak Pentadbir

Agenda 4 : Latihan / Penataran

4.1 Pembudayaan PLC


4.1.1 Pihak sekolah akan melakukan pembudayaan PLC kepada guru melalui edaran
brosur dan risalah PLC melalui program yang melibatkan JPN dan PPD.
4.1.2 Fokus utama – penambahbaikan PLC.
4.2 Latihan/Penataran
4.2.1 Latihan berkaitan penambahbaikan PLC akan dijalankan dalam bengkel LADAP
yang akan dijalankan oleh Encik Zulkifli selaku JU Daerah. Tarikh yang dicadangkan adalah
pada 27 dan 28 Februari 2017.
4.3 Pementoran :
4.3.1 Pn Aziani memohon kerjasama semua ketua panitia supaya dapat menjalankan
aktiviti/program PLC dalam panitia secara formal atau tidak formal.
4.3.2 Semua program PLC yang dilaksanakan perlu direkod (rujuk buku panduan
penjaminan kualiti).

Tindakan : Semua guru dan SU PLC

Agenda 5 : Pelaporan

5.1 Semua guru perlu merekod segala pelaksanaan PLC di dalam borang yang telah disediakan.
5.2 Semua pelaporan perlu diserahkan kepada setiausaha PLC untuk simpanan fail dan dihantar
ke PPD apabila diminta.

Tindakan : Semua guru

Agenda 6 : Hal-hal lain

6.1 Laporan Kitaran 1 PLC perlu dihantar ke PPD pada akhir bulan April, manakala laporan
Kitaran 2 pada bulan Oktober.
6.2 Buku Panduan PLC boleh didapati dari Fail Induk PLC.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

-------------------------------- -------------------------------------
( EN ZULKIFLI BIN HJ ABDUL RANI) ( PN AZIANI BINTI MOHAMAD)
S/Usaha PLC Penyelaras PLC

Disahkan oleh:

----------------------------------
( EN AZHAR BIN MOHD YASIN)
Penasihat PLC

You might also like