You are on page 1of 4

TUGASAN INTERAKSI 14 OKT

1. Huraikan ciri-ciri sebutan dan penyukuan sebutan berdasarkan sebutan baku.

Ciri-ciri sebutan dan penyukuan sebutan berdasarkan sebutan baku ialah


setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan
dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.
Seterusnya, sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan
dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar
atau kata terbitan. Selanjutnya, nada suara yang digunakan semasa bercakap
hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Terdapat juga
kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan
linguistik.

2. Jelaskan makna penyebutan dan penyukuan.

Makna penyebut ialah perbuatan menyebut atau menyebutkan huruf atau


kata. Menyebut huruf ialah setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang
dilambangkan. Manakala menyebut kata hendaklah berdasarkan ejaan
secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata)
sama ada kata dasar atau kata terbitan. Makna penyukuan pula, penyukuan
merupakan pemenggalan kata kepada unit-unit suku kata dan juga
bermaksud pembahagian unit bunyi dalam perkataan. Perkataan dalam
bahasa Melayu boleh terbentuk dari satu suku kata hingga enam suku kata.

3. Bincangkan cara pengujaran sebutan baku dalam kata dasar dan kata
terbitan.
Sebutan baku dalam kata dasar diujarkan berpandukan kaedah pemenggalan
suku kata ejaan, kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama,
iaitu pola V – V yang menerbitkan V-VK, KV-K, dan KV-VK. Contohnya:

Pola suku kata Kata Pemenggalan Sebutan


suku kata
V-KV isi i.si [ i.si ]
V-KVK ikan i.kan [i.kan]
KV-KV lama la.ma [ la.ma ]

Sebutan baku dalam kata terbitan dujarkan mengikut pola pemenggalan suku
kata yang berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun,
terdapat beberapa variasi penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu.

i. Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke-
atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan
atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf
vokal atau diftong dilafazkan dengan kaedah pemenggalan suku kata
ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan
bernyanyi [ ber.nya.nyi ]
menunggu [ me-nung.gu ]
penyanyi [ pe.nya.nyi ]

ii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang
bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara
pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya:

Ejaan Sebutan
mengarah [ men.nga.rah ]
mengikut [ me.ngi.kut ]
pengedar [ pe.nge.dar ]
pengundi [ pe.ngun.di ]

iii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- yang mengandungi kata
dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan,
contohnya:

Ejaan Sebutan
mengepam [ me.nge.pam ]
mengepos [ me.nge.pos ]
mengetin [ me.nge.tin ]
pengecat [ pe.nge.cat ]
pengelap [ pe.nge.lap ]
pengecas [ pe.nge.cas]

iv. Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-,
menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi
vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu:

a. sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan.


b. sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan bentuk
dasarnya.

Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang


pertama.

Ejaan Sebutan
berangkat [ be.rang.kat ] atau [ ber.ang.kat ]
berekor [ be.rekor ] atau [ ber.e.kor ]

v. Kata terbitan dengan akhiran –an, i-, dan –kan atau partikel –lah, -kah,
-tah atau kata ganti singkat –ku, -mu dan –nya dilafazkan dengan satu
cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:

Ejaan Sebutan
tajaan [ ta.ja.an ]
menjalankan [ men.ja.lan.kan ]
jemputlah [ jem.put.lah ]
bilakah [ bi.la.kah ]

vi. Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan
bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran –an atau –i dilafazkan
dengan dua cara, iaitu:

a. Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK.


b. Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis
sebagai penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun,
keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama.

Kata Sebutan
ejekan [ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ]
keelokan [ ke.e.lo.kan ] atau [ ke.e.lo?.kan ]
masakan [ ma.sa.kan ] atau [ ma.sa?.kan ]
memasuki [ me.ma.su.ki ] atau [me.ma.su?.ki ]

You might also like