You are on page 1of 18

2 JULAI 2021

SOALAN-SOALAN LAZIM
(FREQUENTLY ASKED QUESTIONS - FAQs)

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA


JAKARTA

1
2 JULAI 2021

PERJALANAN UNTUK MEMASUKI MALAYSIA

1. Sebagai seorang warganegara Malaysia di Indonesia, apakah dokumen yang


diperlukan untuk pulang ke Malaysia?

Warganegara Malaysia di Indonesia yang ingin pulang ke Malaysia perlu


memastikan dokumen-dokumen berikut disediakan dengan teratur:

(i) Pasport yang masih sah laku; dan


(ii) Kitas/ Kitap/ Stay permit /visa yang masih sah laku;

2. Adakah saya perlu hadir ke Kedutaan untuk memohon Notis Perjalanan


pulang ke Malaysia?

Tidak perlu. Pemohon tidak perlu mengemukakan permohonan “Notis Perjalanan”


kepada pihak Kedutaan.

3. Sebagai warganegara Indonesia, apakah dokumen yang diperlukan untuk


masuk ke Malaysia?

Warganegara Indonesia yang ingin ke Malaysia perlu mendapatkan kelulusan


daripada Bahagian Imigresen Malaysia secara atas talian melalui sistem
MyTravelpass di pautan https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main.

Setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Imigresen Malaysia, pemohon


perlu membuat semakan keperluan visa melalui emel kepada jakarta@imi.gov.my.
Dokumen-dokumen berikut juga perlu dipanjangkan/ disertakan iaitu:

(i) Kelulusan Mytravelpass/ MyEntry/ EMGS daripada Bahagian Imigresen


Malaysia;
(ii) Salinan Pasport; dan
(iii) Salinan Kartu Tanda Penduduk (KTP).

Bagi ekspatriat, perlu mengemukakan permohonan melalui sistem MyEntry di


pautan https://myentry.myexpats.com.my/app/. Setelah kelulusan diperolehi,
pemohon perlu memohon visa (rujuk no. 28).

Manakala bagi pelajar pula, perlu mengemukakan permohonan kebenaran melalui


Education Malaysia Global Services (EMGS) dengan kelulusan Jabatan Imigresen
Malaysia di pautan https://educationmalaysia.gov.my. Setelah kelulusan
diperolehi, pemohon perlu memohon visa (rujuk no. 28).

2
2 JULAI 2021
4. Individu yang berada di luar Jakarta boleh mengemukakan permohonan
semakan keperluan visa kepada Pejabat Perwakilan Malaysia lain di
Indonesia mengikut provisi penempatan seperti berikut:

PULAU PROVINSI (IBU KOTA) PERWAKILAN


Banten JAKARTA
Jakarta Kedutaan Besar Malaysia
Jawa Barat (Bandung) Jalan H.R. Rasuna Said,
Jawa Kav. X/6, No.1-3
Jawa Tengah
Kuningan,
Jawa Timur (Surabaya) Jakarta Selatan, 12950
Yogyakarta Republik Indonesia

Kepulauan Maluku Maluku (Ambon) Tel:


Maluku Utara +(62)-21-5224-947
Bali
Kepulauan Nusa Nusa Tenggara Barat Pegawai Bertugas
Tenggara Nusa Tenggara Timur (selepas waktu pejabat):
+(62)-813-8081-3036
Papua
Papua Papua Barat E-mel:
mwjakarta@kln.gov.my
Gorontalo jkonsular@gmail.com
Sulawesi Barat (pertanyaan umum
Sulawesi Selatan (Makassar) berkaitan proses
Sulawesi perjalanan ke Malaysia)
Sulawesi Tengah (Palu)
Sulawesi Tenggara
Sulawesi Utara (Manado)
MEDAN
Konsulat Jeneral Malaysia
Jalan P. Diponegoro
Aceh No.43
Bengkulu Medan 20152
Sumatera Utara
Jambi
Republik Indonesia
Kepulauan Bangka Belitung
Sumatera Lampung Tel:
Sumatera Barat (Padang) +(62)-453-1342
Sumatera Selatan
(Palembang) Pegawai Bertugas
Sumatera Utara (Medan) (selepas waktu pejabat):
+(62)-823-6164-6046

E-mel:
mwmedan@kln.gov.my

3
2 JULAI 2021

PULAU PROVINSI (IBU KOTA) PERWAKILAN

PONTIANAK
Konsulat Malaysia
Jl. Perdana No. 001
Pontianak 78124,
Kalimantan Barat,
Kalimantan Barat Republik Indonesia
(Pontianak)
Kalimantan Tel:
Kalimantan Selatan
+(62)-561-736-060
Kalimantan Tengah
Kalimantan Timur Pegawai Bertugas
Kalimantan Utara (selepas waktu pejabat):
+(62)-821-5045-1259

E-mel:
mwpontianak@kln.gov.my

PEKANBARU
Konsulat Malaysia
Jl Jenderal Sudirman
Simpang Tiga
28116 Pekanbaru, Riau
Republik Indonesia

Tel:
Riau (Pekanbaru) +(62)-761-856-166
Sumatera Kepulauan Riau +(62)-761-856-167
(Batam, Bintan, Tanjung
Pegawai Bertugas
Pinang, Anambas)
(selepas waktu pejabat):
+(62)-821-7174-2841

E-mel:
mwpekanbaru@kln.gov.my

4
2 JULAI 2021

5. Saya merupakan seorang pelaut (seafarer) warganegara Malaysia. Apakah


dokumen yang diperlukan untuk saya pulang ke Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada Bahagian Imigresen di


Kedutaan melalui emel kepada jakarta@imi.gov.my:

(i) Salinan Pasport


(ii) Surat kebenaran daripada Jabatan Laut
(iii) Surat Pengesahan Kapal (LG) daripada Jabatan Imigresen Malaysia
(iv) Kontrak
(v) Seaman Book

6. Saya ialah warganegara Indonesia dan saya ingin ke Malaysia untuk


mendapatkan rawatan perubatan. Bagaiamanakah prosedur untuk memasuki
Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan?

Pemohon yang bukan warganegara Malaysia yang ingin memasuki ke Malaysia


atas tujuan perubatan hendaklah menghubungi pihak Malaysia Healthcare Travel
Council (MHTC). Wakil pihak MHTC yang berada di Jakarta ialah Puan Renata
akan menguruskan urusan kemasukan ke Malaysia atas tujuan perubatan dan
beliau boleh dihubungi melalui emel renata.devita@mhtc.org.my atau telefon +62
856 8597 907

5
2 JULAI 2021

PERMOHONAN DAN PEMBAHARUAN PASPORT (Pasport


Antarabangsa Malaysia perlu diperbaharui sekurang-kurangnya 6
bulan sebelum tamat tempoh (expiry date).

7. Sebagai warganegara Malaysia di Indonesia, bagaimanakah cara untuk saya


memperbaharui pasport saya?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk memperbaharui


pasport kepada Bahagian Imigresen di Kedutaan melalui emel
jakarta@imi.gov.my.

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent dan hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-
dokumen berikut:

(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk
tempoh 1 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu
yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.
(ii) Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)
(iii) KITAS asli & 1 salinan (kertas A4)
(iv) IC Malaysia Asli & 1 salinan (kertas A4)
(v) Berpakaian berwarna gelap (untuk keperluan mengambil gambar)
(vi) Bayaran Pasport berjumlah RM200.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan
mengikut kadar pertukaran semasa)

8. Bagaimanakah saya ingin memperbaharui pasport anak saya warganegara


Malaysia yang berusia di bawah 18 tahun?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk memperbaharui


pasport kepada Bahagian Imigresen di Kedutaan melalui emel
jakarta@imi.gov.my. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent dan hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-
dokumen berikut:

(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk
tempoh 1 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu
yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.
(ii) Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)
(iii) Pasport asli bagi kedua-dua Ibu bapa & 1 salinan (kertas A4)

6
2 JULAI 2021
(iv) KITAS asli & 1 salinan (kertas A4)
(v) IC Malaysia asli & 1 salinan (kertas A4)
(vi) IC Malaysia asli bagi kedua-dua Ibu bapa & 1 salinan (kertas A4)
(vii) Berpakaian berwarna gelap (untuk keperluan mengambil gambar)
(viii) Ibu/ bapa perlu hadir bersama pemohon di Kedutaan (Sekiranya ibu/ bapa
tidak dapat hadir, perlu mengisi borang A1/B1)
(ix) Bayaran Pasport berjumlah RM200.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan
mengikut kadar pertukaran semasa)

9. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya diragut dan kehilangan
passport di Indonesia?

Pemohon perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan mendapatkan laporan
dari balai polis yang terdekat. Setelah membuat laporan polis, pemohon perlu
mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian Imigresen di Kedutaan
melalui emel jakarta@imi.gov.my.

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent dan hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-
dokumen berikut:

(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk
tempoh 1 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu
yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.
(ii) Laporan kehilangan pasport
(iii) Kad Pengenalan Malaysia/ soft copy.
(iv) Salinan pasport Malaysia yang hilang (sekiranya ada)
(v) Gambar size 4x6 cm warna latar belakang putih (2 keping)
(vi) Salinan KITAS/KITAP (sekiranya ada)

Pihak Kedutaan akan mengeluarkan Sijil Perakuan Cemas untuk membolehkan


pemohon kembali ke Malaysia. Bagi pemohon yang mempunyai KITAS/ KITAP,
pihak Kedutaan akan mengeluarkan pasport Malaysia yang baharu (mengikut
proses sedia ada) sebagai ganti kepada pasport yang hilang dengan dikenakan
denda RM200.00 (bagi kehilangan pertama).

7
2 JULAI 2021
10. Saya berada di Medan. Adakah saya perlu hadir ke Kedutaan Besar Malaysia
di Jakarta untuk membuat laporan kehilangan pasport?

Pemohon boleh mengemukakan laporan kehilangan pasport ini kepada Konsulat


Jeneral Malaysia di Medan (atau mana-mana pejabat Perwakilan seperti di No. 4).

11. Saya telah membuat laporan polis mengenai kehilangan passport di


Indonesia. Adakah saya boleh memohon dan menerima pasport baharu di
Konsulat Jeneral/ Konsulat Malaysia di Medan/ Pontianak/ Pekanbaru?

Pengeluaran passport Malaysia yang baharu hanya boleh dibuat dan


dikemukakan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sahaja. Konsulat Jeneral/
Konsulat boleh mengeluarkan Sijil Perakuan Cemas untuk individu pulang ke
Malaysia (sah untuk sekali perjalanan).

KUARANTIN DI MALAYSIA

12. Saya telah memperolehi kelulusan untuk memasuki Malaysia dan bercadang
untuk memasuki Malaysia dalam masa terdekat. Adakah saya perlu
kuarantin di Malaysia?

Semua individu yang memasuki Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib dan
tempoh kuarantin adalah seperti berikut:

(i) Setiap individu yang ingin ke Malaysia perlu membuat ujian PCR-RT tiga
(3) hari atau 72 jam sebelum berlepas ke Malaysia dengan hasil negatif.
(ii) Individu berkenaan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel-hotel
yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, atas tanggungan sendiri;
(iii) Semua individu yang ingin memasuki Malaysia perlu memuat turun, daftar
dan aktifkan applikasi MySejahtera tiga (3) hari sebelum berlepas. Applikasi
MySejahtera ini boleh dimuat turun dari Apple Appstore, Google Playstore
dan Huawei App Gallery.

13. Bolehkah saya memilih hotel yang akan saya duduki untuk tempoh
kuarantin?

Semua individu yang memasuki Malaysia perlu menjalani kuarantin di pusat


kuarantin atau hotel yang telah ditetapka oleh NADMA semasa tiba di lapangan
terbang. Walau bagaimanapun, individu boleh memilih hotel-hotel premium yang
telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan bayaran adalah tertakluk kepada

8
2 JULAI 2021
kadar yang ditentukan oleh pihak hotel. Senarai hotel-hotel tersebut boleh
diperolehi daripada website NADMA melalui pautan:

http://www.nadma.gov.my/ms/component/sppagebuilder?view=page&id=190

Sekiranya individu yang memasuki Malaysia ingin memilih hotel premium tersebut,
individu tersebut perlu membuat pengesahan pemilihan Stesen Kuarantin tiga (3)
hari sebelum tarikh berlepas pulang ke Malaysia melalui applikasi MySejahtera.
Applikasi MySejahtera ini boleh dimuat turun dari Apple Appstore, Google
Playstore dan Huawei App Gallery.

14. Adakah saya boleh kuarantin di rumah?

Tidak. Semua individu yang memasuki Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib di
pusat kuarantin atau hotel-hotel yang telah ditentukan oleh Kerajaan Malaysia.

15. Berapakah bayaran sepanjang tempoh kuarantin?

Bayaran kuarantin di pusat kuarantin atau hotel-hotel yang ditetapkan oleh


Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:

(i) RM150.00 sehari.


(ii) Caj pentadbiran dan pengurusan kuarantin sebanyak RM2,600.00 (bagi
warganegara asing), bayaran ini adalah sama bagi kuarantin 7 atau 10 hari.

Terdapat dua (2) kaedah bayaran kuarantin seperti berikut:

(i) Bayaran secara atas talian sebelum berlepas ke Malaysia melalui pautan
https://safetravel.myeg.com.my (bagi warganegara asing)
(ii) Bayaran semasa tiba di Malaysia menggunakan kad kredit atau tunai
(warganegara Malaysia).

16. Saya merupakan warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan.


Adakah saya boleh memohon pengecualian bayaran kuarantin?

Semua individu yang masuk ke Malaysia adalah tertakluk kepada Arahan


Kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Sebarang permohonan
pengecualian kuarantin hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Ketua
Pengarah Kesihatan Malaysia melalui emel kepada hso@moh.gov.my

9
2 JULAI 2021
Kerajaan Malaysia memberikan pengecualian caj kuarantin kepada warganegara
Malaysia yang layak seperti berikut:

(i) Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya
2008 [Akta 685]
(ii) Warganegara Malaysia daripada golongan B40
(iii) Individu atau keluarga warganegara Malaysia dari golongan B40
(iv) Pelajar warganegara Malaysia daripada keluarga B40
(v) Kanak-kanak wargenara Malaysia berumur 6 tahun ke bawah
(vi) Pengembara berseorangan (solo) warganegara Malaysia yang berumur 12
tahun kebawah
(vii) Warganegara Malaysia yang pulang sebaik sahaja dibebaskan dari penjara
negara asing yang tidak mampu membayar caj di stesen kuarantin atau
tiada sumber pendapatan.

Kebenaran pengecualian caj kuarantin bagi permohonan selain di atas adalah


tertakluk kepada keputusan yang diputuskan oleh Menteri Kesihatan (KKM)
melalui emel pengecualicovid@moh.gov.my

PERKAHWINAN

17. Saya adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan beragama Islam,
apakah proses untuk menikah dengan bakal isteri warganegara Indonesia?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk mendapatkan


sokongan untuk berkahwin/ bernikah daripada Pejabat Atase Agama di Kedutaan
melalui emel pejabatagamakbmj@gmail.com (atau Pejabat Perwakilan yang
berhampiran).

Kedutaan/ Pejabat Perwakilan akan mengeluarkan surat sokongan untuk bernikah


kepada setiap warganegara Malaysia yang akan berkahwin/ bernikah di Indonesia.
Pemohon beserta calon isteri hendaklah hadir bersama-sama ke Kedutaan
dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk
tempoh 1 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu
yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.
(ii) Surat Kebenaran untuk berkahwin/ bernikah di luar negara yang
dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Malaysia yang berhampiran dengan
tempat tinggal/ bekerja pemohon;

10
2 JULAI 2021
(iii) Surat kebenaran untuk bernikah dengan lebih dari seorang isteri (Surat
Kebenaran Poligami) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Malaysia
(jika berkaitan);
(iv) Surat kematian isteri yang terdahulu atau surat cerai sekiranya seorang
duda;
(v) Sijil Kursus Pra Perkahwinan (bagi warganegara Malaysia);
(vi) Surat Akuan Masuk Islam Daripada Jabatan Agama Islam Negeri di
Malaysia (Bagi saudara baru);
(vii) Kad Pengenalan Malaysia;
(viii) Pasport Malaysia;
(ix) Kartu Tanda Penduduk (KTP) Indonesia;
(x) Pasport Indonesia bakal isteri;
(xi) Surat keterangan untuk bernikah (N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan
oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon isteri (Jika janda, harus diisi
formulir N7).
(xii) Bayaran akan dikenakan dalam Rupiah bersamaan dengan RM12.00 untuk
pengeluaran surat sokongan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pihak
Kedutaan.

Semua surat/ sijil/ dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama satu (1)
salinan.

18. Saya adalah seorang wanita warganegara Malaysia dan beragama Islam,
apakah proses untuk menikah dengan bakal suami warganegara Indonesia?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk mendapatkan


sokongan untuk berkahwin/ bernikah daripada Pejabat Atase Agama di Kedutaan
melalui emel pejabatagamakbmj@gmail.com (atau Pejabat Perwakilan yang
berhampiran).

Kedutaan/ Pejabat Perwakilan akan mengeluarkan surat sokongan untuk bernikah


kepada setiap warganegara Malaysia yang akan berkahwin/ bernikah di Indonesia.
Pemohon beserta calon suami hendaklah hadir bersama-sama ke Kedutaan
dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk
tempoh 1 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu
yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk.
(ii) Surat Kebenaran untuk berkahwin/ bernikah di luar negara yang
dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Malaysia yang berhampiran dengan
tempat tinggal/ bekerja pemohon;

11
2 JULAI 2021
(iii) Surat kematian suami yang terdahulu atau surat cerai sekiranya seorang
Janda;
(iv) Sijil Kursus Pra Perkahwinan (bagi warganegara Malaysia);
(v) Surat Akuan Masuk Islam Daripada Jabatan Agama Islam Negeri di
Malaysia (Bagi saudara baru);
(vi) Kad Pengenalan Malaysia;
(vii) Pasport Malaysia;
(viii) Kartu Tanda Penduduk (KTP) Indonesia;
(ix) Pasport Indonesia bakal suami;
(x) Surat keterangan untuk bernikah (N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan
oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon suami;
(xi) Bayaran akan dikenakan dalam Rupiah bersamaan dengan RM12.00 untuk
pengeluaran surat sokongan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pihak
Kedutaan.

Semua surat/ sijil/ dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama satu (1)
salinan.

19. Saya seorang warganegara Malaysia bukan beragama Islam dan ingin
berkahwin dengan bakal isteri saya. Bagaimanakah cara untuk saya
berkahwin di Indonesia?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji untuk mendapatkan


sokongan untuk berkahwin daripada Bahagian Imigresen di Kedutaan melalui
emel jakarta@imi.gov.my. (atau Pejabat Perwakilan yang berhampiran).

Kedutaan/ Pejabat Perwakilan akan mengeluarkan surat sokongan untuk


berkahwin kepada setiap warganegara Malaysia yang akan berkahwin di
Indonesia. Pemohon beserta calon isteri hendaklah hadir bersama-sama ke
Kedutaan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

(i) Salinan keputusan Swab Test Antigent COVID-19 yang negatif (sah untuk
tempoh 1 hari). Sekuriti Kedutaan akan menghalang mana-mana individu
yang tidak mempunyai keputusan negatif daripada masuk;
(ii) Surat Pengesahan Bujang daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
(iii) Surat kematian suami yang terdahulu atau surat cerai sekiranya seorang
Janda;
(xii) Kad Pengenalan Malaysia;
(xiii) Pasport Malaysia;
(xiv) Kartu Tanda Penduduk (KTP) Indonesia;
(xv) Pasport Indonesia bakal isteri;

12
2 JULAI 2021
(xvi) Surat keterangan untuk bernikah (N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan
oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon isteri;
(xvii) Bayaran akan dikenakan dalam Rupiah bersamaan dengan RM12.00 untuk
pengeluaran surat sokongan. Resit bayaran akan dikeluarkan oleh pihak
Kedutaan.

Semua surat/ sijil/ dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama satu (1)
salinan.

20. Lokasi saya adalah jauh iaitu di Jawa Timur (Surabaya). Berapa lama tempoh
yang diperlukan untuk mendapatkan surat pengesahan perkahwinan?
Kerana saya perlu mencari tempat untuk menginap di Jakarta.

Semua permohonan yang lengkap akan diproses pada hari yang sama
permohonan diterima.

21. Lokasi saya jauh di Kepulauan Maluku. Adakah pihak Kedutaan melantik
mana-mana ejen untuk membantu urusan perkahwinan?

Tidak. Pihak Kedutaan/ Pejabat Perwakilan tidak pernah melantik mana-mana


ejen untuk membantu urusan pendaftaran/ pengesahan perkahwinan. Pemohon
serta calon suami/ isteri perlu hadir sendiri ke Kedutaan/ Pejabat Perwakilan.

22. Saya ialah warganegara Indonesia dan ingin bernikah dengan warganegara
Malaysia di Malaysia. Bagaimanakah caranya?

Bagi warganegara Indonesia yang ingin bernikah dengan warganegara Malaysia


di Malaysia, permohon perlu mendapatkan surat keterangan bernikah dari Kantor
Urusan Agama dan Formulir dari Kelurahan. Pemohon juga merujuk kepada
Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia melalui emel
kualalumpur.kbri@kemlu.go.id atau info@kbrikualalumpur.org dan melalui telefon
(603)-21164016 / 4017

23. Saya ialah warganegara Malaysia. Bagaimanakah cara untuk saya


mendapatkan Surat Pengesahan Bujang?

Bagi pemohon warganegara Malaysia yang ingin mendapatkan Surat Pengesahan


Bujang, pemohon boleh mendapatkan Surat Pengesahan Bujang daripada
Jabatan Pendaftaran Negara di Malaysia yang berdekatan. Sekiranya pemohon
warganegara Malaysia berada di Indonesia, pemohon boleh mengemukakan

13
2 JULAI 2021
permohonan temujanji kepada Bahagian Imigresen Kedutaan melalui emel
jakarta@imi.gov.my (atau Pejabat Perwakilan yang berkaitan – rujuk No. 4).

PENGESAHAN DOKUMEN / LEGALISIR

24. Sebagai warganegara Malaysia yang menetap/ bekerja di Indonesia,


bagaimanakah saya membuat pengesahan dokumen-dokumen sekiranya
saya membeli rumah/ harta di Malaysia?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian


Imigresen di Kedutaan melalui jakarta@imi.gov.my.

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 1 hari sebelum temujanji) dan
hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen yang ingin
disahkan.

Sekiranya dokumen tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia, maka pemohon


harus mengemukakan dokumen asal serta salinan dokumen yang ingin disahkan.
Sekiranya dokumen tersebut dikeluarkan oleh syarikat-syarikat persendirian di
Malaysia, dokumen tersebut perlu disahkan terlebih dahulu oleh Bahagian
Konsular di Kementerian Luar Negeri Malaysia, sebelum disahkan oleh Kedutaan.

25. Sebagai warganegara Indonesia, bagaimanakah saya membuat pengesahan


dokumen sekiranya ingin menyambung pelajaran di Malaysia?

Pemohon harus mengemukakan dokumen asal dan salinan perlu mendapat


pengesahan dari Kementerian Hukum dan HAM RI (KEMENKUMHAM) dan
Kementerian Luar Negeri RI (KEMLU).

Setelah menerima pengesahan dari KEMENKUMHAM dan KEMLU, pemohon


perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian Imigresen
Kedutaan melalui emel jakarta@imi.gov.my (atau Pejabat Perwakilan yang
berkaitan – rujuk No. 4).

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 1 hari sebelum temujanji) dan
hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen yang ingin
disahkan beserta dokumen asal.

14
2 JULAI 2021

26. Sebagai warganegara asing (selain warganegara Indonesia) yang ingin


memasuki Malaysia, bolehkah saya mendapatkan pengesahan dokumen
daripada Kedutaan?

Sekiranya dokumen tersebut dikeluarkan oleh negara asing, maka pemohon harus
memastikan segala dokumen yang berkaitan telah mendapat pengesahan dari
Kedutaan negara berkenaan di Indonesia.

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian


Imigresen di Kedutaan melalui emel jakarta@imi.gov.my.

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 1 hari sebelum temujanji) dan
hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen yang ingin
disahkan beserta dokumen asal.

VISA

27. Saya adalah warganegara Indonesia yang berkahwin dengan warganegara


Malaysia. Berikutan pandemik COVID-19 ini, kami tidak dapat berjumpa oleh
kerana suami/ isteri berada di Malaysia. Bagaimanakah caranya untuk saya
memohon visa suami/ isteri sekiranya ingin ke Malaysia?

Dalam tempoh penularan wabak COVID-19, pemohon perlu mengemukakan


permohonan untuk memasuki Malaysia melalui sistem MyTravelPass di pautan
https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main. Jika permohonan diluluskan, pemohon
perlu membuat semakan keperluan visa melalui emel kepada pihak Kedutaan
(seperti di Para 3). Tempoh untuk berada di Malaysia adalah selama 1 bulan.
Pemohon boleh merujuk kepada Pejabat Bahagian Imigresen di Malaysia
sekiranya terdapat keperluan untuk memanjangkan tempoh berada di Malaysia.

28. Saya ingin bekerja di Malaysia dan telah mendapat kelulusan bekerja
daripada Pusat Servis Ekspatriat / Visa Dengan Rujukan (MDEC/VDR).
Bagaimanakah cara untuk saya masuk ke Malaysia?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian


Imigresen di Kedutaan melalui emel jakarta@imi.gov.my.

15
2 JULAI 2021
Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 1 hari sebelum temujanji) dan
hadir sendiri ke Kedutaan dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

(i) Mengisi formulir/ borang permohonan Visa (di kaunter Kedutaan)


(ii) Pasport asli & 1 salinan (kertas A4)
(iii) KTP/ ID asli & 1 salinan (kertas A4)
(iv) Surat kelulusan MDEC/VDR & 1 salinan
(v) Surat kelulusan Mytravelpass & 1 salinan
(vi) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 1 lembar
(vii) Bayaran Visa RM15.00 (bayaran adalah dalam rupiah dan mengikut kadar
pertukaran semasa)

PENDAFTARAN ANAK

29. Saya ialah warganegara Malaysia dan telah berkahwin dengan isteri saya
yang merupakan warganegara Indonesia. Bagaimanakah saya ingin
mendaftarkan kelahiran anak saya?

Pemohon perlu mengemukakan permohonan temujanji kepada Bahagian


Imigresen di Kedutaan melalui emel jakarta@imi.gov.my.

Setelah mendapat tarikh dan masa untuk temujanji, pemohon perlu mengambil
ujian swab antigent (hasil negatif dalam tempoh 1 hari sebelum temujanji) dan
hadir Kedutaan (ibu bapa dan anak) dengan membawa dokumen-dokumen
berikut:

(i) Mengisi formulir/ borang D (Borang Permohonan Daftar Kelahiran Luar


Negara) yang diperolehi di Bahagian Imigresen Kedutaan;
(ii) Akta Kelahiran anak yang dikeluarkan oleh Kantor Catatan Sipil Indonesia;
(iii) Pasport asli bagi kedua-dua Ibu Bapa & 1 salinan (kertas A4);
(iv) IC Malaysia / KTP asli bagi kedua-dua Ibu Bapa & 1 salinan (kertas A4);
(v) Sijil Perkahwinan / Surat Nikah yang telah didaftar mengikut perundangan
Malaysia;
(vi) Sijil / Dokumen kelahiran daripada pihak Hospital
(vii) Pas photo ukuran 4 x 6 sebanyak 3 keping iaitu latar belakang biru langit 1
keping dan latar belakang putih 2 keping serta tidak boleh polaroid.
(viii) Bayaran Pendaftaran anak berjumlah RM135.00 (bayaran adalah dalam
rupiah dan mengikut kadar pertukaran semasa)

16
2 JULAI 2021
Setelah dokumen lengkap diperolehi, Kedutaan akan mengeluarkan borang H
kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan
diterima. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa sebelum satu (1) tahun dari
kelahiran anak.

PENDAFTARAN WARGANEGARA MALAYSIA DI KEDUTAAN

30. Saya ialah warganegara Malaysia dan telah/akan bekerja di Indonesia.


Adakah saya perlu mendaftar dengan Kedutaan?

Ya. Warganegara Malaysia yang menetap di Indonesia samada bagi tujuan


bekerja, mengikut pasangan atau manyambung pelajaran, perlu mendaftar
dengan Pejabat Perwakilan Malaysia mengikut provinsi penempatan (seperti di
No. 4). Selain itu juga, bagi Warganegara Malaysia yang melawat Indonesia juga
adalah digalakkan untuk mendaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia. Tujuan
pendaftaran ini adalah untuk rujukan kepada Pejabat Perwakilan Malaysia
sekiranya terdapat kecemasan, krisis dan bencana alam di Indonesia.

Bagi warganegara Malaysia yang berada di provinsi di bawah selian Pejabat


Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta adalah dimohon untuk mendaftar dengan
Kedutaan melalui pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScDw5JWTY47Gjv9XBjBjvrK7ijp3iAOc
NR0dkpRiEK4KwpEjg/viewform?c=0&w=1

PEMBERIAN VAKSIN COVID-19

31. Saya ialah warganegara Malaysia yang sedang bekerja di Indonesia. Adakah
Kerajaan Malaysia akan memberikan vaksin Covid-19 kepada saya?

Pada masa ini, Kedutaan sedang menunggu maklum balas daripada Kerajaan
Malaysia berhubung pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia yang
berada di luar negara. Sekiranya terdapat perkembangan terkini daripada
Kerajaan Malaysia, Kedutaan akan menyalurkan informasi berhubung pemberian
vaksin Covid-19 dari semasa ke semasa melalui website dan sosial media.

Walau bagaimanapun, Kedutaan tiada halangan sekiranya rakyat Malaysia yang


berada di Indonesia ingin mengikuti mana-mana program pemberian vaksin Covid-
19 yang dijalankan oleh Pemerintah Indonesia.

17
2 JULAI 2021
Pemerintah Indonesia telah membenarkan warganegara asing yang berada di
Jakarta untuk turut mengikuti program pemberian vaksin yang dijalankan oleh
PUSKESMAS. Walau bagaimanapun, warganegara asing perlu mempunyai Surat
Keterangan Tempat Tinggal (SKTT). Jika tiada SKTT, warganegara asing boleh
memohon dengan Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil secara atas talian
melalui pautan : https://silaporlagi-dukcapil.jakarta.go.id/

*******************

18

You might also like