You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB,

09600 KARANGAN, KEDAH DARUL AMAN.

PERLEMBAGAAN KELAB PERMAINAN PETANQUE

1. MATLAMAT

1.1 Menjadi sebuah kelab yang dapat merancang dan menjalankan pelbagai
aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli kelab.

2. OBJEKTIF

2.1 Dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat


untuk ahli-ahli
2.2 Dapat mencungkil bakat kepimpinan di kalangan ahli-ahli kelab.
2.3 Dapat menjana kecemerlangan ilmu melalui aktiviti berpersatuan

3. KEAHLIAN

3.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.


3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.

4. GURU PENASIHAT

4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Kelab Permainan Pentaque


5.2 Ahli yang hadir dan tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan
sebagai AJK.
5.3 Pemilihan AJK secara undian.
5.4 AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
5.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri :-
5.6.1 Pengerusi
5.6.2 Naib Pengerusi
5.6.3 Setiausaha
5.6.4 Penolong Setiausaha
5.6.5 Bendahari
5.6.6 AJK Kecil
5.6.7 Pemeriksa Kira-kira
5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

6. DERMA

6.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.
6.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN / PENYERTAAN

7.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-
hak keahlian kelab.

8. AKTIVITI

8.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat
Ahli Jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

9. PERATURAN-PERATURAN

9.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


9.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
10. TINDAKAN DISIPLIN

10.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Gantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada guru penasihat Pemainan Petanque secara bertulis dan
keputusan guru penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa,
Guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan
Membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan perlu dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua.

12. HAL-HAL LAIN

12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

You might also like