You are on page 1of 4

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU

TAHAP 1 DAN TAHAP 2

Diminta semua murid dan guru mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan
dimulakan sebentar lagi.

Kata-kata Aluan Pengerusi Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Majlis selamat pagi dan salam satu Malaysia.

Yang berusaha Puan Seda anak Jantan, Guru Besar


SK Sungai Manong,
Yang dihormati En Mambang anak Jek, Penolong
Kanan 1, En Pada anak Klumbu, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, En Alexander Ajang, Penolong Kanan
Kokurikulum, rakan-rakan guru, dan murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Majlis mengalu-alukan kehadiran, tuan-puan dan murid


murid ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap
1 dan Tahap 2.

Negeri Sarawak aman Sentosa,


Pendidikan gemilang misi utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Kita mulakan dengan aturcara pertama.

Bacaan syarat-syarat Terlebih dahulu, saya akan membacakan syarat-syarat


pertandingan Bercerita pertandingan.
Bahasa MelayuTahap 1 1. Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap
dan Tahap 2 Satu(1),dan Tahap Dua (2) daripada rumah
sukan masing-masing.
2. Hanya seorang peserta sahaja mewakili rumah
sukan masing-masing dibenarkan mengambil
bahagian bagi setiap kategori . Sumber bahan
cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

3. buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran


kecuali buku-buku cerita agama.(Contoh, Kisah-
kisah Nabi)
4. Buku cerita daripada bahan dan majalah dan media
massa lain.
5. Buku cerita daripada bahan elektronik /internet
danhasil karya sendiri.
Kualiti cerita
6. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur
pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak
menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
7. Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan
tahap umur murid.
8. Cerita tersebut perlu pelbagi jenis dan skopnya
serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat
sahaja.
9. Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan
masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi
masa untuk bercerita antara
10. 3 hingga 5 minit untuk Tahap 1 dan 6 hingga 10
minit untuk Tahap 2.
11. Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita
tidak dibenarkan.
12. Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk
mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan
hingga menjejaskan penceritaan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang menarik
dan memikat penonton. Pergerakan yang
dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke
kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke
belakang.
13. Peserta diwajibkan memakai pakaian seragam
sekolah.
14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :-
 menyentuh isu-isu sensitif tentang
politik,ras,dan agama
 Membaca teks cerita atau bahan rujukan
secara terus menerus; dibantu oleh orang
lain;
 Menggunakan ‘props’ , ‘back-drops’,muzik
atau kesan bunyi.
15. Pemarkahan adalah mengikut kriteria berikut:
o Teknik persembahan 20 markah
o Penghayatan cerita 20 markah
o Bahasa dan pertuturan 20 markah
o Interaksi dengan Audien 15 markah
o Mesej/Nilai dalam cerita 5 markah
o Tempo dan masa 20 markah
.......................................................................................
Terlebih dahulu, majlis ingin memperkenalkan para juri
yang arif lagi bijaksana bagi Pertandingan Bercerita
Bahasa Melayu Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu
Ketua Hakim : ........................................
Hakim : ....................................................
Hakim : .....................................................

. Di minta para juri untuk mengambil tempat masing-


masing kerana pertandingan akan bermula sebentar
saja lagi.
Pertandingan Bercerita Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu akan dimulakan
Bahasa Melayu Tahap 1 dengan peserta dari Tahap 1.

Dengan itu, dijemput :

Peserta pertama ........................dari rumah ..................

Seterusnya, ____________dari rumah..........................

Seterusnya, ___________ dari rumah...........................

Seterusnya, __________dari rumah ...........................

Acara diteruskan lagi dengan peserta Pertandingan


Bercerita Tahap 2.

Dimulai dengan,....................dari rumah ........................

Seterusnya, ___________dari rumah...........................


Seterusnya, ____________dari rumah ......................
Seterusnya, ___________dari . rumah..........................

Majlis mengucapkan ribuan tahniah para peserta yang


mengambil bahagian dengan jayanya. Berikan tepukan
gemuruh diatas persembahan yang menarik tadi.

Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada


juri-juri kerana sudi mengadili pertandingan. Keputusan
pertandingan akan diumumkan sebentar sahaja lagi.

Penyampaian Hadiah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


kepada para pemenang.

Justeru, majlis menjemput ....................................


diiringin oleh .......................................... untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap


1,
Saguhati, ....................................dari .............................
Ketiga .......................................... dari ...........................
N.Johan ........................................dari ...........................
Johan ..........................................dari .............................
Bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap
2,
Saguhati , ..........................................dari .....................
Ketiga .......................................... dari ...........................
N.Johan ........................................dari ...........................
Johan ..........................................dari .............................

Terima kasih kepada .....................................dan


......................... diatas penyampaian hadiah tadi.
Tahniah juga diucapkan kepada para pemenang.

Dengan itu berakhirlah Pertandingan Bercerita Bahasa


Melayu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahniah diucapkan
kepada para pemenang.

Penutup Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur dan kata,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan itu majlis ditangguhkan dan hadirin boleh


bersurai.

Sekian terima kasih.

You might also like