You are on page 1of 18
GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) ee) KATA ALUAN PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN Sektor penghasilan produk makanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara. Bermula dari penyediaan makanan dan pemprosesan pada skala kecil, kawalan dari segi kebersihan dan keselamatan makanan amat penting bagi menjamin rantaian makanan yang selamat. Kebolehkesanan (traceability) yang berkesan hanya boleh dicapai melalui kawalan di setiap rantaian termasuk peringkat penyediaan dan pemprosesan makanan. Justeru, selaras dengan perkembangan teknologi dan budaya masa kini, masyarakat mengutamakan kebolehdapatan produk makanan dari sumber yang mudah dan mampu memenuhi permintaan pelanggan pada bila-bila masa, Oleh itu, penghasilan makanan sediaan di rumah dilihat sangat relevan dalam memenuhi permintaan pelanggan pada masa Kini Kewujudan makanan sediaan di rumah yang dijual secara terus ataupun dipasarkan secara atas talian, ataupun melalui ajen dan orang tengah, memerlukan satu panduan khusus bagi mengawal tahap keselamatan makanan yang dihasilkan. Hal ini adalah penting bagi menjamin pengguna mendapat makanan yang bukan sahaja selamat, tetapi juga memenuhi keperluan perundangan Sehubungan itu, Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) ini dibangunkan sebagai rujukan untuk mempertingkatkan pengetahuan berkaitan amalan kebersihan yang perlu dipraktikkan oleh pengusaha makanan berskala kecil termasuk di rumah. Garis Panduan ini juga merupakan satu kesinambungan kepada Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Produk Makanan yang dijual Secara Dalam Talian (Online) Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada April 2020. Adalah menjadi hasrat utama KKM khususnya BKKM untuk memastikan setiap makanan yang sampai kepada pengguna sentiasa memenuhi keperluan keselamatan makanan di setiap peringkat rantaian termasuk penyediaan dan pemprosesan makanan tersebut. Mohd. Salim bin Dulatti Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia en CRUE et EL eer) ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT KATA ALUAN 1 PENGENALAN 2 OBJEKTIF 3 DEFINISI 4 AMALAN ASAS KEBERSIHAN PENGUSAHA / PENGENDALI MAKANAN 5 PENGGUNAAN AIR DAN AIS 3 6 PEMILIHAN DAN PEMBELIAN BAHAN MENTAH 3 a PENYIMPANAN BAHAN MENTAH, 5 8 5 9 8 9 yVeee KAWALAN PROSES BAG! PENYEDIAAN MAKANAN PELABELAN MAKANAN 10 PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN i KAWALAN MAKHLUK PEROSAK 10 12 PEMERIKSAAN KENDIRI PENGUSAHA MAKANAN 11 SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) RUJUKAN 12 LAMPIRAN 1: SENARAI SEMAK KENDIRI PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) eT ee Re CE eee SLL GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOO! 1.0 PENGENALAN Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) ini disediakan khusus sebagai panduan kepada semua pengusaha makanan yang menyediakan makanan di rumah untuk tujuan jualan. Amalan kebersihan makanan yang baik adalah amat penting untuk diamalkan oleh setiap pengusaha dan pengendali makanan. Elemen asas kebersihan dan kawalan dalam penyediaan makanan melibatkan fasiliti dan persekitaran, pemilihan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, pelabelan dan pengedaran makanan perlu dilaksanakan dengan berkesan. 2.0 OBJEKTIF Garis panduan ini dibangunkan bagi mencapai objektif berikut: a) Memastikan penyediaan makanan sediaan di rumah (home-based food) bagi tujuan jualan memenuhi keperluan amalan kebersihan dan keselamatan makanan. b) Menjamin makanan sediaan di rumah (home-based food) tidak tercemar dan menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan. c) Menyediakan satu panduan kebersihan dan keselamatan bagi makanan sediaan di rumah (home-based food) secara selamat. 3.0 DEFINISI PM uk ee oe kt) Makanan yang disediakan di rumah bagi tujuan jualan. DY cure eaeeae Mana-mana orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan; menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas. CME eneaee eee me eee eek) Pemilik perniagaan makanan sediaan di rumah (home-based food). De UCN Co CUE ee Saeed rr Ca ee ee ee se UU BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 4.0 AMALAN ASAS KEBERSIHAN PENGUSAHA/ PENGENDALI MAKANAN 4.4. Syarat asas sebagai pengusaha / pengendali makanan a) Mendaftar dalam Food Safety Information of Malaysia (FoSIM). b) Mendapatkan pelalian vaksin anti-tifoid. ©) Menjalani Lathan Pengendali Makanan (LPM) dengan mana-mana Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), d) Melaksanakan amalan kebersihan dan keselamatan makanan yang baik seperti mana yang ditetapkan di bawah garis panduan ini €) — Menjalankan pemeriksaan kendiri sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Semak Kendiri Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) seperti di Lampiran 1 4.2 Pakaian dan amalan pengendali makanan a) Sentiasa menjaga kebersihan diri b) Memakai pakaian yang bersih. ¢) Menggunakan penutup kepala yang bersih dan sesuai. 4) Menggunakan apron yang bersih dan berwama cerah. ) Cuci tangan dengan sabun sebelum, semasa dan selepas menyediakan makanan f) Cuci tangan dengan sabun selepas keluar dari tandas 9) Cuci dengan bersih peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan Kepala - Penutup kepala hendaklah menutup rambut dan berwarna cerah, Badan - Pakaian pelindung menutupi paras dada hingga lutut dan berwamna cerah (contohnya apron), y “Tangan - Sarung tangan pakai buang (sekiranya peru) dan ditarang memakai aksesori seperti cincin dan gelang Contoh Pakaian Pengendali Makanan De Ce CE ee eager Ce US WN UG BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOO! 5.0 PENGGUNAAN AIR DAN AIS a) — Menggunakan air yang bersih dan terawat agar ianya selamat digunakan. b) _Bekalan air mencukupi dan terlindung dari pencemaran. ©) Ais yang digunakan perlu dari sumber air yang selamat. 6.0 PEMILIHAN DAN PEMBELIAN BAHAN MENTAH 6.1 Pemilihan ayam, daging dan makanan laut a) Beli bahan mentah dalam kuantiti yang mencukupi dengan ruang penyimpanan di rumah. b) Pilih bahan mentah yang segar dan selamat untuk dimakan. | ei Contoh Bahan Mentah yang Segar ¢) Pilih bahan mentah yang mempunyai warna cerah dan kemerahan. 4) Pilih bahan mentah yang isinya pejal dan anjal. ) Elakkan bahan mentah yang berlendir dan berbau busuk. f)—Jika ayam / daging / ikan disimpan atau dipamer pada suhu sejuk (chill) pastikan suhu chiller adalah betul-betul sejuk (minus 1°C hingga 10°C.). 9) Pastikan ayam / daging / makanan laut merupakan pembelian terakhir berbanding bahan mentah kering untuk memastikan bahan mentah tersebut tidak terdedah lama pada suhu persekitaran semasa perjalanan balik. 6.2 Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan a) _ Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dan selamat dimakan. b) _ Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipilih dalam keadaan baik, tidak lembik / layu / lebam dan tiada tanda-tanda kehadiran haiwan perosak. De UCN Co CUE ee Saeed CoP DU a Ue BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 6.3. Pemilihan bahan mentah kering / makanan terproses a) _ Pastikan tarikh luput masih belum tamat. b) —Perhatikan pembungkusan makanan; pembungkus tidak koyak, tin tidak kemik, karat dan gelembung. ©) Baca label dan utamakan produk yang mendapat pengikitirafan keselamatan makanan seperti MeSTI / GMP / HACCP. 6.4 Pemilihan telur a) Periksa keadaan telur, pilih yang tidak retak / pecah dan tiada kesan najis. b) Pilih telur yang belum tamat tempoh sekiranya terdapat penandaan tarikh luput ©) Jika anda menggunakan telur cecair sebagai bahan utama, dapatkan bekalan pasteurized liquid egg bagi jaminan keselamatan makanan. Pastikan telur tersebut dalam suhu sejuk (0 - 4°C), Cuci telur sebelum digunakan 65 Pemilihan bahan mentah secara pukal a) _ Rancang pembelian agar bersesuaian dengan kapasiti dapur. b) Semak sumber bahan mentah melalui pencarian maklumat ke atas pembekal dari internet / rakan niaga yang lain. ©) _ Jika membeli bahan mentah secara pukal, pastikan mendapat bekalan dari sumber yang selamat. DC eeu nen GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) GE 7.0 PENYIMPANAN BAHAN MENTAH 7.4 Penyimpanan bahan mentah kering / terproses a) Asingkan simpanan bahan mentah kering / terproses untuk kegunaan perniagaan dan kegunaan isi rumah. b) Label bekas simpanan makanan c) _Amaikan konsep First In First Out (FIFO). 7.2. Penyimpanan sejuk a) Pastikan kemudahan peti sejuk / peti sejuk beku mencukupi untuk menyimpan bahan mentah b) Sentiasa pantau suhu. Jika putus bekalan elektrik, lupuskan bahan makanan dalam simpanan sejuk / sejuk beku atau terus dimasak c) _ Jika mempunyai kemudahan penyimpanan sejuk yang terhad, dapatkan bekalan bahan mentah secara harian dan terus dimasak. d) Masukkan bahan makanan dalam bekas berasingan untuk memudahkan penyimpanan. e) _Elakkan penyimpanan bahan mentah dalam peti sejuk / peti sejuk beku secara berlebihan. “Penyimpanan Bahan Mentah dalam Peti Sejuk Secara Berlebihan Boleh Menyebabkan Suhu Tidak Terkawal dan Pertumbuhan Mikroorganisma” = 8.0 KAWALAN PROSES BAGI PENYEDIAAN MAKANAN 8.1 Pra penyediaan makanan a) _ Asingkan bahan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak atau makanan yang dimakan terus seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong, b) Guna perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan makanan yang mentah. c) Simpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak Ree uC CeO ur re ace GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN Ty BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 82 Proses penyahbekuan a) _Kaedah penyahbekuan yang digunakan hendaklah betul dan sesuai: b) — Jangan biarkan makanan sejuk beku dicairkan pada suhu bilik. c) Proses penyahbekuan bahan mentah boleh menggunakan salah satu kaedah berikut: i) Simpan di dalam peti sejuk (chiller) (suhu minus 1°C hingga 10°C) semalaman. Pastikan bahan mentah yang hendak dinyahbeku diletakkan di bahagian bawah dalam peti sejuk dan diasingkan dari makanan yang lain ii) Menggunakan ketuhar gelombang mikro. Pastikan ketuhar gelombang mikro dibersihkan selepas menyahbeku bahan mentah ili) Meletakkan bahan mentah sejuk beku di bawah air yang mengalir sehingga dinyahbeku sepenuhnya. = \ “a 8.3 Kawalan suhu memasak Letak bahan mentah sejuk beku di bawah air ‘mengalir untuk penyahbekuan a) Masak makanan dengan sempurna_terutama ayam, daging, telur dan makanan laut. bagi mengelakkan S keracunan ; makanan b) Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi ayam dan daging, pastikan air rebusannya kelihatan jerih dan bukan berwarna merah jambu. cc) Penggunaan jangka suhu (thermometer) untuk menyukat suhu dalaman makanan adalah digalakkan. cS Pastikan masakan dimasak sempurna d) — Jangan jual lebihan makanan yang dipanaskan semula De UCN Co CUE ee Saeed GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 8.4 Penyimpanan makanan siap dimasak a) Tidak membiarkan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu bilik b) Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhu di bawah 5°C). c) _Kekalkan suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 60°C sebelum diedarkan / dijual d) Tidak menyimpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hari 8.5 Pembungkusan makanan a) Guna bahan pembungkus yang sesuai, tidak mudah koyak dan boleh menutupi seluruh makanan. b) Penggunaan surat khabar secara terus menyentuh makanan adalah tidak dibenarkan. JANGAN balut, tutup atau letak ‘makanan terus ‘menggunakan surat khabar c) Bahan pembungkus hendaklah disimpan dalam keadaan yang bersih, di tempat yang sesuai dan berasingan dengan bahan mentah bagi mengelakkan berlakunya kerosakan dan pencemaran d) Penggunaan apa-apa daun seperti daun pisang untuk membungkus makanan perlu dipastikan dalam keadaan bersih sebelum digunakan. e) Pastikan sumber cahaya adalah mencukupi agar mudah mengenalpasti sebarang pencemaran semasa melakukan aktiviti pembungkusan makanan f) Menggunakan sarung tangan plastik pakai buang, penyepit makanan atau peralatan yang bersesuaian untuk menyentuh makanan nS oF JANGAN sentuh makanan dengan tangan secara langsung De UN Ce CUE ee eee GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOO! a 9) _ Aktiviti pembungkusan makanan perlu dijalankan di kawasan yang sesuai dan tidak dilakukan di atas lantai. h) Tidak menggunakan hembusan nafas atau air liur untuk meleraikan / mengendali bahan pembungkus. i) Asingkan lauk sampingan dengan lauk utama jika dibungkus dalam satu bekas. i) Elakkan penggunaan stapler kerana dawai Kokot pada stapler boleh masuk dalam makanan. 9.0 PELABELAN MAKANAN a) Semua makanan perlu mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 termasuk standard dan keperluan pelabelan b) Akuan / tuntutan kesihatan adalah tidak dibenarkan. c) Contoh label makanan sediaan di rumah (home-based food): 1) Makanan Sedia dimakan (Ready-to-Eat) i) Nama Makanan ii) Nama dan Alamat Pengusaha / Pengeluar iti) Nombor Telefon iv) Ramuan v) _Tarikh dan Masa Makanan Siap dimasak vi) Berat Bersih ‘Nama Pengusaha: Siti bt Abdullah ‘Namat Pergusaba No Jalan 2, 53000 Pandan Indah, Kula Lumpur Nommbor Tolofon OFf-11121111 Raman: Bera, Santan, Tel Rebus, Ci Ksa,Banang, ils, Garam, Gula arkh dan Masa Makanan Sip Dimasak 2142021 16.0 pag. De Ce CE ee eager GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 2) Makanan Terproses i) Nama Makanan ii) Nama dan Alamat Pengusaha / Pengeluar iii) Ramuan iv) Tarikh Luput v) _ Berat Bersih Nama dan Aiamat Pengusaha / Nara Makonan | Pangeluar Ramuan Borat Bersih “Tackh Luput 10.0 PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN 10.1 Penggunaan kenderaan sendiri a) _Kenderaan pengangkutan makanan hendakiah sentiasa berkeadaan baik, bersih dan sesuai. b) Kenderaan pengangkutan tidak boleh digunakan untuk mengangkut bahan-bahan yang berbahaya kepada kesihatan, bertoksik atau beracun c) Bahan mentah dan makanan yang telah dimasak tidak boleh diangkut dengan menggunakan kenderaan yang sama pada waktu yang sama d) — Gunakan bekas / beg termal untuk kawalan suhu dan melindungi makanan. Penggunaan beg termal bagi mengekalkan suhu makanan De UCN Co CUE ee Saeed CONST USS BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FO! e) Bekas yang digunakan untuk mengangkut dan mengedar makanan hendaklah sentiasa bersih, berkeadaan baik dan sesuai. f) Jika mengangkut makanan ke tapak jualan, pastikén bekas tidak diisi penuh supaya tidak tumpah dan mengotorkan kenderaan dan menjadi punca pembiakan mikroorganisma. 10.2. Penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan Pengusaha / pengendali makanan sediaan di rumah (home-based food) perlu memastikan: a) Makanan tidak disediakan terlalu awal. b) Makanan dibungkus dengan sempurna, tidak terbuka atau bocor. c) Penghantar makanan hendaklah dalam keadaan sihat dan berpakaian bersih, d) Kenderaan penghantaran makanan dalam keadaan bersih. Sekiranya menggunakan beg termal, pastikan beg dalam keadaan bersih. ) Makanan yang dipesan dihantar segera kepada pelanggan. 11.0 KAWALAN MAKHLUK PEROSAK a) _ Pastikan makanan sentiasa bertutup rapi. b) Cui tumpahan makanan atau sisa penyediaan makanan dengan segera. c) Pastikan permukaan lantai dan ruang penyediaan makanan sentiasa berkeadaan baik. d) — Gunakan tong sampah berpenutup. ‘Menggunakan tong sampah berpenutup dapat mengelakkan makhluk perosak e) Lupuskan kotak kosong dan barang terpakai untuk elakkan menjadi tempat pembiakan. f) Amalkan pelupusan sampah yang kerap agar tidak mengundang kehadiran makhluk perosak. DC eeu nen 10 GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 9) — Jangan guna semburan racun serangga atas permukaan penyediaan atau bekas makanan. h) —_Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain makhluk perosak. Tiada serangga, tikus dan makhluk perosak 12.0 PEMERIKSAAN KENDIRI PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) Pastikan Senarai Semak Kendiri Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) seperti di Lampiran 1 disi secara kendiri dan dipatuhi. Te CR CUE ee eae cr Ce ATU SS UCN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOO! RUJUKAN 1) Akta Makanan 1983. 2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 3) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. 4) — Lima Panduan untuk Makanan yang Selamat. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011. 5) Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Produk Makanan yang dijual Secara Dalam Talian (Online) Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 6) — General Principles of Food Hygiene, Codex Alimentarius. 7) Code of Hygienic Practice for Precooked and Cooked Foods in Mass Catering, Codex Alimentarius. De Ce CUE ee et By GARIS PANDUAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD Lampiran 4 SENARAI SEMAK KENDIRI PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOME-BASED FOOD) 1 | Patuhi syarat asas pengendali makanan: = _Latihan Pengendali Makanan = Pelalian vaksin anti-tifoid 2 Amalkan kebersihan makanan yang betul sepanjang mengendall makanan: = _ Kerap cuel tangan dengan sabun. [Guna papan pemotong dan pisau berasingan untuk potong Sayur / buah; ayam / daging / makanan laut; roti = Memakai penutup kepala 7 Senliasa memastikan tempal penyediaan makanan dalam Keadaan bersih dan dinyahjangkit 7 Guna penyepit atau Sarung langan semasa mengendalikan makanan yang telah siap dimasak. 3. | Dapatkan bekalan bahan mentah dari sumber yang bersih: = Periksa dahulu bahan mentah seperti ayam, daging, ikan supaya dalam keadaan baik = _Jangan guna bahan mentah yang berbau atau sudah rosak = Dapatkan bekalan secara harian jika liada kemudahan penyimpanan sojuk yang mencukupi. 4 Sedia dan kendalikan makanan dengan baik: = Masak makanan dengan sempurna = Basuh bersih bahan mentah sebelum dimasak 7 Sedia dan masak di bawah pencahayaan yang mencukupi supaya pencemaran senang dikesan. Elak guna penyembur serangga pada permukaan penyediaan makanan = Senfiasa lupus sampah dan bersinkan kawasan penyediaan makanan untuk elak haiwan perosak, 3 Bungkus makanan dengan sempurna menggunakan bekas yang, berasingan dan sertakan makiumat lengkap: Makanan sedia dimakan (ready-to-eat) + Gunakan pembungkus yang sesuai mengikut jenis makanan + Jika makanan adalah berlainan jenis, guna bekas pembungkus makanan yang mempunyai ruang berasingan atau bungkus dalam plastik secara berasingan, = Nyatakan maklumat seperti nama makanan, senarai ramuan, berat ber nama dan alamat pengusaha / pengeluar, tarikh dan masa makanan siap dimasak, Makanan terproses = Guna bekas / pembungkus makanan yang sesual = Nyatakan maklumat seperti nama makanan, senarai ramuan, berat bersih, nama dan alamat pengusaha / pengeluar dan tarikh luput. DUN CL CuPc ee eed DN Co CUE ee eee Diterbitkan oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Menara Prisma No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan S 62675 Putrajaya, Malaysia MALATSHN Tel : 03 88850797 Fax : 03 88850790 (Rs moh.govmy | BKKMPutrajaya | oe BKKMHQ | ©) Dkkm_official PKKM/BK/2021/04/Mac “KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

You might also like