You are on page 1of 4

Garis Panduan Pelaksanaan Sesi Latihan Pengendali Makanan (LPM)

Secara Dalam Talian (On-Line) oleh Sekolah Latihan Pengendali


Makanan (SLPM) Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

1.0 OBJEKTIF

Garis panduan ini adalah panduan kepada Sekolah Latihan Pengendali


Makanan (SLPM) dalam menjalankan sesi Latihan Pengendali Makanan
(LPM) secara dalam talian (on-line) semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

2.0 SKOP

Garis panduan ini adalah terpakai kepada SLPM yang memohon kepada Ibu
Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (IPBKKM) untuk
menjalankan sesi LPM secara dalam talian (on-line) dan bagi tempoh PKP
sahaja.

3.0 SYARAT-SYARAT

3.1 Pengurusan SLPM

a. SLPM dan Tenaga Pengajar yang masih sah tempoh akreditasi sahaja
boleh memohon.
b. SLPM perlu mengemukakan permohonan kepada IPBKKM bagi
menjalankan kursus secara dalam talian.
c. SLPM perlu mematuhi syarat-syarat ditetapkan di dalam Garis Panduan
Skim Akreditasi Program Latihan Pengendali Makanan.
d. SLPM perlu mengemukakan Pelan Pengajaran secara dalam talian
yang akan dijalankan kepada IPBKKM bagi tujuan kelulusan.*
e. Tindakan pembatalan kelulusan menjalankan kursus dalam talian
(on-line) akan dibuat sekiranya SLPM gagal mematuhi syarat-
syarat yang ditetapkan dalam garis panduan ini.*
f. SLPM perlu memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
tiga (3) hari sebelum kelas dijalankan.*

3.2 Yuran Kursus

a. Bayaran bagi setiap sesi kursus untuk seorang peserta adalah RM50.
b. Bukti bayaran secara dalam talian perlu direkodkan.
3.3 Sesi Kursus

a. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran kursus adalah tidak


kurang daripada tiga (3) jam tidak termasuk waktu persediaan sistem
atau rehat.
b. SLPM perlu mendaftarkan maklumat perancangan kursus melalui
sistem FoTHIS.
c. SLPM perlu mendaftarkan maklumat kesemua peserta kursus di dalam
sistem dalam talian FoTHIS dalam tempoh 14 hari selepas tamat
kursus.
d. SLPM perlu memaklumkan kepada JKN sekiranya terdapat perubahan
maklumat kursus sekurang-kurangnya dalam tempoh dua belas (12)
jam sebelum kursus dijalankan.
e. Bilangan peserta adalah tidak melebihi 15 orang bagi setiap sesi. *
f. SLPM perlu memberikan maklumat peserta dan tenaga pengajar
kepada pegawai JKN sebelum kursus dijalankan.
g. SLPM perlu mendaftarkan pegawai JKN untuk menyertai kursus di
dalam talian yang akan dijalankan sama ada dengan memberi
pautan (link) atau menjemput (invite) ke dalam sistem tersebut.
h. Pegawai JKN boleh menghentikan kursus LPM pada bila-bila masa
sekiranya perlu apabila mendapati SLPM atau tenaga pengajar
melakukan perlanggaran terma dan syarat yang ditetapkan.
i. SLPM perlu merakamkan sesi latihan ini sepanjang ia berlangsung
dan menyerahkan sesalinan rakaman tersebut kepada pihak JKN
bagi tujuan semakan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas kursus
dijalankan.

3.4 Kelengkapan Mengajar

a. SLPM perlu menyediakan nota secara digital kepada peserta dan


diberikan sebelum atau semasa kursus dijalankan.
b. Tenaga Pengajar perlu memastikan semua peserta bersedia sebelum
kursus dimulakan.
c. Tenaga Pengajar perlu mengadakan ujian pra sebelum kursus bermula.
d. Tenaga Pengajar perlu menjalankan ujian pendek atau kuiz selepas
setiap topik pembelajaran dijalankan.
e. Tenaga Pengajar perlu mengadakan ujian pos selepas tamat kusus.
f. Markah ujian pra, pos dan kuiz perlu diberikan kepada pegawai JKN
selepas selesai kursus.
3.5 Sijil Kehadiran

a. Mengikut format yang ditetapkan dalam Garis Panduan SLPM


b. Ditandatangani secara manual oleh Tenaga Pengajar yang
mengendalikan kursus.
c. Sijil diberikan kepada peserta selewat-lewatnya (3) hari selepas kursus
selesai dijalankan.

Nota:
*pindaan kepada perkara :
3.0 (d),(e) dan (f)
3.3 (e)
Rajah Format Sijil Kehadiran Kursus Latihan Pengendali
Makanan Secara Dalam Talian (On-Line)

A/X/0000 - AA/BB/CCCC LPM 0000000

LOGO SLPM

NAMA SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN Jika SLPM Cawangan


(Cawangan SLPM) yang mengeluarkan sijil.
Contoh : Cawangan Kota
Sekolah Latihan Pengendali Makanan Yang Diiktiraf Oleh Bharu, Ke lantan

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SIJIL KEHADIRAN

Dengan ini disahkan bahawa

NAMA PESERTA
(No. Kad Pengenalan / No. Passport)

Telah menghadiri dengan jayanya

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Pada

TARIKH

Bertempat di

LATIHAN SECARA DALAM TALIAN (ON-LINE) SEMASA


TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tandatangan Tenaga Pengajar :

COP LOGO/NAMA
& ALAMAT SLPM
Nama Tenaga Pengajar :
No. Sijil Tenaga Pengajar :

You might also like