You are on page 1of 6

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan :

1. Alatan Tangan

Alatan Tangan Nama Fungsi

Pemutar skru Philip Untuk mengetatkan dan


melonggarkan skru kepala
Philip.

Untuk mengetatkan dan


Pemutar skru rata melonggarkan skru kepala
belah.

Untuk mengetatkan dan


Kunci Allen melonggarkan skru kepala
Allen.

Untuk memegang komponen


Playar muncung tirus yang kecil.

Untuk mengetuk bahagian kit


Gandin plastik model secara perlahan.

Untuk mengetat dan


Sepana hujung terbuka melonggarkan bol dan nat.

7
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

2. Sistem Pergerakan Kit Model

Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem
pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel.
Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa
sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut.

Motor

Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya
menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan
tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang
terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal
untuk melakukan sesuatu kerja.

Syaf

Gear

Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai
penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear
bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada
bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu.
Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali
sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit
model.

Gear
dipacu

Gear
Pemacu

8
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

Takal dan Tali Sawat

Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan
untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain.
Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan
sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk
menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti
yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja.

Tali sawat

Takal

Gegancu dan rantai

Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu
pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan
kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan
pergerakan apabila motor dihidupkan.

Rantai

Gegancu

9
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3. Pemasangan kit model.

Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami
terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model.

Contoh pemasangan kit model.

a. Keluarkan komponen kit model robot b. Pasangkan suis dan pemegang bateri.
daripada kotak dan fahami manual
pemasangan.

c. Sambungkan wayar antara suis dengan d. Pasangkan bahagian motor arus terus
motor arus terus. dan gear pada bahagian hadapan
badan model robot.

10
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada f. Pasangkan bahagian tangan dan kaki
bahagian belakang badan model robot. model robot dengan menggunakan skru.

g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki h. Kit model robot yang telah siap boleh
kit model robot pada badannya. diuji dengan memasangkan bateri dan
menghidupkan suis.
Perhatikan pergerakan robot tersebut.

4. Pengujian kit model.

Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit
model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah
pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

11
Draf Modul Pengajaran
Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5. Membuka dan menyimpan kit model.

Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru
perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan
tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang
disediakan.

Nota guru

Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3.
Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

12

You might also like