You are on page 1of 2

KERTAS KERA MENAIK TARAF BILIK GURU

SK TAMAN SELESA JAYA, SKUDAI, JOHOR BAHRU

1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukan bagi membiayai kos menarik
taraf Bilik Guru SK Taman Selesa Jaya. Ianya sejajar dengan fungsi bilik guru itu
sendiri yang mana perlulah berkeadaan ceria dan kondusif agar guru-guru serta
warga sekolah dapat menjalankan tugas dengan penuh ceria dan kondusif dan
matlamat melahirkan kemenjadian murid itu tercapai. Tambahan pula, bilik guru
berada di tingkat satu Blok A, dan sering menjadi tumpuan ibu bapa dan pegawai-
pegawai sekiranya membuat pemantauan dan lawatan. Meja dan kerusi bilik guru
telah melebihi 15 tahun tidak pernah ditukar. Kebanyakkan daripada meja dan kerusi
telah rosak dan eput tidak kondusif untuk guru-guru melaksanakan keja-kerja seperti
menanda buku dan membuat bahan Pengajaran dan Pembelajaran muid-murid.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menggantikan meja guru yang telah reput dan rosak.


2.2 Menggantikan kerusi yang reput dan rosak.
2.3 Menggantikan langsir di dalam bilik guru.

3.0 IMPLIKASI KEWANGAN

3.1 PIBG memohon sumbangan peruntukkan Yang Berhormat Lim Kit


Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri.
4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Butiran Kuantiti Harga Seunit Jumlah

1 Meja Bilik Guru 24 RM 300.00 RM 7200.00

2 Kerusi Bilik Guru 32 RM 80.00 RM 2560.00

3 Langsir Bilik Guru 74 panel RM 3240.00 RM 3240.00

4 Partition Meja 24 set RM 2000.00 RM 2000.00

JUMLAH RM 15000.00

5.0 PENUTUP
Besarlah harapan warga sekolah agar permohonan ini dapat diluluskan untuk
membantu menaiktaraf bilik guru SK Taman Selesa Jaya bagi mewujudkan suasana
yng kondusif dan selesa bagi guru-guru menjalankan tugas dengan penuh
komitmen, kondusif dan selesa.

Disediakan oleh,

……………………………..........…
(MOHD HISHAMUDDIN BIN ISMAIL )
Pengerusi Bilik Guru
SK Taman Selesa Jaya

Disahkan Oleh:

……………………………..........…
MOHD SHAHRAN BIN YAHYA
Guru Besar
SK Taman Selesa Jaya

You might also like