You are on page 1of 6

Bab 1

Sukatan Membulat
1.1 Radian
1. Dalam sukatan membulat, sistem yang biasa digunakan untuk mengukur
sudut adalah dalam sebutan darjah.
2. Dalam beberapa cabang matematik, unit radian juga digunakan untuk
menunjukkan saiz suatu sudut.
3. Satu radian ialah ukuran sudut yang tercangkum di pusat sebuah bulatan
oleh lengkok yang sama panjang dengan jejari bulatan itu.
4. Secara ringkasnya, Jejari = Panjang lengkok, maka sudut cangkum = 1
rad.

5. Maklumat unit radian yang harus diperhatikan bagi sebuah bulatan


berpusat O dan berjejari j unit.

Panjang lengkok AB ∠AOB (radian) ∠AOB (darjah)

j 1 57.29

2j 2 114.60

j 180

2 j 2 360
6. Contoh penukaran unit radian kepada darjah dan sebaliknya.

Daripada radian kepada darjah: 1 rad = 57.29

Daripada darjah kepada radian: 1 = 0.01746 rad

7. Ciri-ciri bulatan:
1.2 Panjang Lengkok Suatu Bulatan
1. Didapati bahawa panjang lengkok berkadaran dengan sudut di pusat
bulatan.
a. Jika ∠AOB diukur dalam darjah,

Panjang lengkok minor AB = 

dengan  ialah sudut dalam darjah yang tercangkum di pusat bulatan O


dan berjejari j unit.

b. Jika ∠AOB diukur dalam radian,

s = j

dengan s adalah panjang lengkok bagi sebuah bulatan berjejari j unit


dan  radian adalah sudut yang tercangkum oleh lengkok di pusat
bulatan O.
1.3 Luas Sektor Suatu Bulatan
1. Menentukan luas sektor,

a. Jika ∠AOB diukur dalam darjah,

L=

dengan  adalah sudut dalam darjah yang tercangkum di pusat bulatan


O dan berjejari j unit.

b. Jika ∠AOB diukur dalam radian,

L = j2 

dengan L adalah luas sektor bagi sebuah bulatan berjejari j unit dan 
radian adalah sudut yang tercangkum oleh sektor di pusat bulatan O.
1.4 Aplikasi Sukatan Membulat
a. Kemahiran mengaplikasikan rumus dalam sukutan membulat boleh
membantu menyelesaikan masalah seperti pembinaan keratan rentas
bagi terowong kereta api.

b. Menyelesaikan masalah yang melibatkan sukatan membulat:


Rajah di bawah menunjukkan satu sektor minor pelangi AB dengan pusat
O dan jejari 50m. Diberikan ∠AOB = 2.2 rad.
[Guna = 3.142]
a. Cari panjang lengkok minor AB.
s = r
AB = r∠AOB
= (50)(2.2)
= 110m

b. Cari luas sektor minor pelangi AB.


A = j2 
= j2 ∠AOB
= (50)2 (2.2)
= 2750m2

c. Cari sudut sektor major, ∠AOB dalam darjah.


Sudut sektor minor, ∠AOB = 2.2 rad
Sudut sektor major, ∠AOB = 2(3.142) – 2.2
= 4.084 rad
= 180
= 234

You might also like