You are on page 1of 3

Standard Kualiti Pentaksiran Kolej Voksaional Seri Iskandar

Bagi menjamin kualiti pentaksiran yang dilaksanakan di Kolej Vokasional Seri


Iskandar, satu standard penjaminan kualiti telah diperkenalkan. Standard kualiti ini
telah disemak dan diteliti serta melalui pengubahsuaian. Majlis Profesional
Pengurusan dan Pentadbiran Kolej Vokasional Seri Iskandar Tahun 2021 telah
meluluskan standard ini untuk diguna pakai oleh semua program. Pentaksiran yang
dilakukan di KVSI perlu melalui empat proses utama penjaminan kulaiti iaitu
Pembinaan, Semakan Pakar Matapelajaran (SME), Semakan Panel Rentas
Dalaman (i-CE) dan Penerbitan.

1.0 Pakar Matapelajaran ( Subject Mater Expert – SME )

Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) merupakan pensyarah

yang dilantik oleh Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Kolej

Vokasional Seri Iskandar. Pelantikan SME berdasarkan kelayakan akademik,

tahap kemahiran, keupayaan intelektual, kepakaran dan berpengalaman luas

serta menjadi sumber rujukan organisasinya dalam bidang kepakarannya.

SME diletakkan di bawah seliaan Timbalan Pengarah Akademik (TPA)

sebagai pegawai pengawal dan mempunyai peranan tugas yang rapat

dengan Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP).

1.1 Peranan SME ialah sebagai pakar rujuk bagi memastikan :

1.1.1 Kandungan kurikulum disampaikan dengan tepat ;

1.1.2 Pentaksiran mempunyai kesahan ( Validity ) ; dan

1.1.3 Kandungan pentaksiran mecapai aras sesuai dengan peringkat


pengajian.
1.2 Tanggungjawab Pakar Matapelajaran ( Subject Mater Expert – SME )
ialah mengesahkan :
1.2.1 Instrumen pentaksiran dibina mempunyai kesahan kandungan;
dan

1.2.2 Kandungan intrumen mencapai aras yang sesuai dengan


peringkat pengajian

2.0 PANEL PEMERIKSA RENTAS DALAMAN (In-house Cross Examiner -


i-CE)

Pebubuhan panel i-CE sebagai mekanisme kawalan kualiti bagi semua


bentuk pentaksiran. iEE ini berperanan bagi memastikan jaminan kualiti
Instrument pentaksiran samada Pentaksiran Akhir (PA) dan Kertas Arahan
Pentaksiran Berterusan (PB) dipertingkatkan bagi menunjukkan pencapaian
hasil pembelajaran yang merupakan asas kepada pengiktirafan kelayakan.

Penubuhan panel ini juga dapat membantu JPP dan Jawatankuasa


Akademik dalam melaksanakan fungsinya dalam hal-hal yang berkaitan
pentaksiran dengan lebih berkesan. Pelantikan panel i-CE adalah
berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman pembina item soalan.

2.1 Peranan i-CE ialah sebagai pakar rujuk bagi semua program untuk
memastikan instrumen pentaksiran :

2.1.1 Penilaian Akhir (PA) dan Pentaksiran Berterusan (PB) mematuhi


Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Jadual Spesifikasi
Pentaksiran Berterusan (JSPB);

2.1.2 Intrumen Pentaksiran mematuhi standard penerbitan; dan

2.1.3 Menggunakan bahasa dan istilah yang tepat.

2.2 Tanggungjawab Pemeriksa Rentas Dalaman (In-house Cross Examiner


i-CE) ialah mengesahkan intrumen pentaksiran :

2.2.1 Penilaian Akhir (PA) dan Pentaksiran Berterusan (PB)


mematuhi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Jadual
Spesifikasi Pentaksiran Berterusan (JSPB);

2.2.2 Intrumen Pentaksiran mematuhi standard penerbitan soalan;


dan
2.2.3 Menggunakan bahasa dan istilah yang tepat.
Carta Alir Proses Penjaminan Kualiti Pentaksiran PB
Kolej Voksaional Seri Iskandar

 Surat lantikan mengajar


Mula kursus
 Arahan membina
instrument pentaksiran
 Membina Instrumen
2
 Membina arahan PB
(SS)

3  Pengesahan SME
Pembetulan / Ditolak

Diterima (SS)

 Pengesahan i-CE
Pembetulan / Ditolak 4

(SS)

5  Taklimat kepada Pelajar

Diterima (M1)

6  Pelaksanaan

( M2 – M13 )

7  Semakan & Penilaian

(M2 -- M13)
 Penyerahan Markah dan
8
Pengesahan
(M8 & M12 )
 Pengisian Markah dalam
9
system
( M13 )

Tamat

You might also like