You are on page 1of 16

TEORI HURAIAN BAHASA 

 Terdapat beberapa teori huraian bahasa yang dapat


kita kaji, iaitu:
(1) Nahu Tradisional
(2) Struktural
(3) Transformasi Generatif 
(4) Teori Fungsional
Teori Tradisional (PANINI)
 Kajian ahli-ahli bahasa tradisional mempunyai
ciri-ciri yang berikut:
a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa
tulisan.
b. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan
anggapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan
dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur
bahasa tidak tetap dan tidak tepat.
c. kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu
mengutamakan pemahaman peraturan- peraturan
bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan
contoh-contoh.
d. Menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia
dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat
(seperti logik, falsafah dan sebagainya). Ahli
bahasa tradisional berpendapat bahawa semua
bahasa di dunia merupakan variasi daripada
bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut
mereka semua bahasa dapat dihurai berasaskan
unsur-unsur yang sama.
 Teori Tradisional oleh Panini (Ahli tokoh fonetik
india) menganggap bahawa bahasa ialah ucapan
fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta
menggunakan alat untuk membunyikan suara.
 Ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan
 Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama
dengan bahasa Yunani.
 Semua penutur diwajibkan untuk mematuhi
peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap
sebagai kesalahan.
 Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20.

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir,


de Sausure dan Otto Jespersen.
Mereka menganggap bahawa struktur bahasa
merupakan kaitan antara fonem sebagai unit
bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa.
 Asas pengkajian mereka berlandaskan

pernyataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri


daripada satu pertalian struktur yang
tersendiri’.
Bagi ahli-ahli bahasa struktural, ‘bahasa
ialah satu sistem bunyi pertuturan yang
arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek,
keadaan atau konsep yang digunakan untuk
berkomunikasi.
 Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa;
i. bahasa ialah satu sistem bunyi
ii. bahasa bersifat arbitrari
iii. bahasa ialah alat perhubungan
 Ahli-ahli bahasa struktural membuat kajian

huraian bahasa secara empirikal /saintifik. Setiap


huraian yang dibuat berdasarkan contoh-contoh
ujaran yang telah dikumpulkan melalui satu
pemerhatian.
huraian bahasa adalah semata-mata berdasarkan
fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan.
 Mereka berpendapat bahawa huraian bahasa
dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh
kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka
berpendapat bahawa huraian bahasa tidak
mementingkan makna dan analisis dibuat secara
luaran.
 Mereka juga menumpukan kajian terhadap morfologi
dan sintaksis.
 Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu
digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan
kata-kata itu dalam struktur ayat.
Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa
struktural memberikan tumpuan pada
perkembangan elemen-elemen dalam ayat
ataupun konstituen-konstituen dalam ayat.
Ini merupakan analisis ayat yang memecahkan
bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada
konstituennya dan kemudian mengaitkan setiap
konstituen kepada konstituen yang lebih besar.
Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan
 yang lain. Cara pembahagian ini dikenali sebagai
analisis konstituen terdekat.
 Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran
baru dalam tahun 1950-an iaitu aliran TG. Pelopor
aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya
‘Syntactic Structures’ (1957) dan ‘Aspects of the
Theory of Syntax’ (1965).
  Analisis TG bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu
bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur
natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu
akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu
membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-
rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus
struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.

 Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.


 Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-
an.
  Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan
 Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi
struktur malahan mereka juga memberikan perhatian
terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi.
 kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada
bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap
perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-
bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.
  Wujud pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan
bahasa.
  Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu
tentang bahasa, antara lainnya:
i. Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat
untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem
yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan
dinamis.

ii. Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah


semantik dan bukannya hubungan sintaksis.

iii. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat


variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi bahasa
ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.

iv. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan


setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga
dapat menggambarkan penuturnya.

You might also like