You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

DISEDIAKAN OLEH :

SARGHUNA RAO A/L SIMADEREY

ANJURAN:

BADAN KEBAJIKAN DAN KAKITANGAN SKSB

1
Projek Pertanian Penanaman Sayur-Sayuran
Program Pendidikan Khas Integrasi SK SG Bakap 2016  

           1. PENDAHULUAN

Kertas Cadangan Projek Pertanian Penanaman Sayur-Sayuran Program


Pendidikan Khas Integrasi SK SG Bakap 2016.

2. MATLAMAT
A
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman
sayur-sayuran secara kecil-kecilan.

3. OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh


mengusahakan pertanian penanaman sayur-sayuran sebagai mata
pencarian mereka kelak.

ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani


secara moden.

iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan


pertanian

iv. Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan PPKI SK


Sg Bakap.

v. Menambahkan lagi dana tabung PPKI SK Sg Bakap dengan penjualan


hasil dari pertanian ini.

vi. Menyokong keperluan kurikulum Kemahiran Hidup Perkebunan dan


Matapelajaran Sains dan Alam Sekitar dalam Model Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas.

2
4. LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70%
OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima.
Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan
mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam
persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak
dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse,
Garcimdore, 2002).
Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep
masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka
integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga
OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup
berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila
terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan
pelajar normal. Ini menunjukkan keusahawanan orang kurang upaya adalah
sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani,
2004).bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SK
Sg Bakap telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman
Sayuran mulai tahun 2016.

5. KUMPULAN SASARAN 
         
Murid-murid pendidikan khas SK Sg Bakap iaitu murid tahun 4 dan 5, yang
mengambil aliran Kemahiran Hidup (Perkebunan).  Mereka akan keluar bertani
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3
6. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan
kelas Pendidikan Khas. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah
yang rata dan berdekatan dengan kelas.

7. JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN

Penasihat : En Marzhukhi Bin Mohamad (Guru Besar)

Pengerusi : Pn Rosziyana Binti Ibrahim ( PK PPKI )

Naib Pengerusi : Pn Noor Maya Ismail (Penyelaras PPKI )

Setiausaha / Penyelaras Projek : En Sarghuna Rao Simaderey

Penyelaras Projek 2 : En Mohd Fardy Rafeq Mohd Fisal

Penyelaras Projek 3 : En Abdul Rahim Hj Ahmad

Bendahari : Pn Masliza Hanafi @ Romli

AJK : Pn Siti Robanah Husain

: Pn Subhashni Perabagaran

: Pn Roslini Mt Jaib

: Pn Fazlina Ahmad Khalid

: Pn Nor Akmal Kamarudzaman

: Pn Izian Farhani Zainudin

: Pn Amira Awatif Ahmad

: semua PPM dan pekerja

4
1 Felvin Ivan Felix 1 Mohd Adan Iman
2 Muhd Ilman Nasri Noor Azman 2 Mohd Saifuddin Amran
3 Muhammad Fakhrul Hafizi 3 Muhd Adam Danial Mohd Hasni
4 Noor Asnazulaika Mat Hassan 4 Muhd Hakim Shukri
5 Nuralia Adila Ahmadi 5 Muhd Amirul Amin Noorchek
6 Thavanesh Rawi Kumar 6 Muhd Syazrie Affendi
7 7 Nur Hana Khalilah
8 8 Prabashini a/p Saravanan
9 9 Sarguna Saravanan
10 10
Ahli : Pelajar tahun 4 dan 5 PPKI
Tahun 4 Tahun 5

8. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil. Peralatan Kos (RM)


1. Peralatan kebun
1. Cangkul – 4 batang (4 x 10) 40
2. Sudip tangan – 5 batang (5 x 5) 25
3. Serampang tangan – 5 batang (5 x 5) 25
4. Topi – 5 buah (5 x 4) 20
5. Kereta Sorong -1 buah 80
6. Paip getah 40 kaki- 1 gulung 20
7. Penyiram – 2 buah (2 x 10) 20
8. Sarung tangan – 2 packet (2 x 10) 20
9. Kasut getah – 5 pasang (5 x 10) 50
2. Benih sayuran
- Benih terung – 3 packet 10
- Benih cili – 3 packet 10
- Benih bendi – 3 packet 10
- Benih kuchai – 3 packet 10
- Benih betik – 3 packet 10
- Anak benih serai – 3 ikat 10
3. Baja – 2 kampit (2x90) 180
4. Baja tahi ayam – 3 kampit (5x5) 25
5. Tanah merah ( top soil )- 20 kampit 200
6. Racun serangga – 2 botol (2x15) 30
7. Media semaian – 5 buah 100
Jumlah 895.00

9. SUMBER KEWANGAN

5
Segala kos perbelanjaan adalah dari sumber PCG PPKI SK Sg Bakap iaitu dari
peruntukan berikut:

1. Kemahiran Hidup

2. Matapelajran sains

10.     JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Jangka Masa Perkara


1. Februari - Mac      Penerangan kepada murid mengenai projek dan cara
penanaman.
     penyediaan peralatan dan bekas tanaman
P penyediaan tapak dan batas tanaman

2. Mac - April     menyemai benih


Penjagaan anak benih
Membaja dan meracun serta merawat

3. April - Mei      Memetik hasil


     Menjual hasil yang diperolehi
     Meracun dan merawat pokok

4. Mei - Jun      Mencabut pokok


     Merawat media
     Menyemai benih
     Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
     Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Murid akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka
akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang disediakan oleh guru mengikut
giliran.

11. PELAN PERANCANGAN TAPAK

6
B S B S B S B S B

S S

S cili bendi terung S

S S

S S

K K K K K K K K

B BETIK

S SERAI

K KUCHAI

12. PENUTUP

Projek penanaman tanaman sayur-sayuran ini mampu untuk memberikan


impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program
pendidikan khas itu sendiri.
Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SK Sungai Bakap projek ini
diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam
persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan
sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat
juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat
diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.

Disediakan oleh,                                                     Disemak oleh,

7
……………………………… ………………………………
(SARGHUNA RAO SIMADEREY) (PN ROSZIYANA IBRAHIM)
Setiausaha Projek Penolong Kanan PPKI

Disahkan oleh,

………………………………………
Guru Besar,
SK Sungai Bakap

You might also like