You are on page 1of 14

1

942/2 STPM

GEOGRAFI KERTAS 2

PUSAT TINGKATAN ENAM SEK. MEN. KEB. LABUAN

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SEMESTER 2 / 2020

Skema jawapan ini terdiri daripada 14 halaman bercetak.


2

BAHAGIAN A : ALAM SEKITAR FIZIKAL

[40 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan siklon tropika. [3]

Pergerakan angin kencang/berputar yang berlaku di laut tropika


panas di kawasan yang menghasilkan tekanan rendah.

(b) Huraikan dua ciri angin siklon tropika. [4]

• Angin kencang melebihi 120 km/jam.


• Angin berpusar/berputar pada pusat tekanan udara rendah.
• Angin menegak – dari pusat berputar secara menegak.
• Angin berputar arah lawan jam di hemisfera utara / mengikut arah
jam di hemisfera selatan.
• Mata angin siklon – bercirikan vakum (tenang).
• Membawa kelembapan yang tinggi.

[Mana – mana 2 x 2 = 4M]

(c) Mengapakah siklon tropika berlaku di kawasan lautan tropika. [4]

• Haba tersimpan dengan banyak di laut tropika – suhu permukaan


laut yang tinggi.
• Wujud tekanan udara rendah yang melampau/luarbiasa.
• Terdapat tumpuan angin berpusat – pada garis 50U/S – 150U/S –
daya koriolis.
• Kelembapan di bahagian bawah atmosfera (troposfera) boleh me-
nyebabkan gangguan turbulens.

[Mana – mana 2 x 2 = 4M]


3

(d) Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi penduduk di kawasan pinggir


pantai dipengaruhi oleh siklon tropika. [4]

• Aktiviti penangkapan ikan/perikanan terganggu – hujan yang


lebat.
• Pelancongan pinggir pantai terjejas – laut bergelora.
• Pengangkutan bot/feri terjejas – rosak akibat angin yang ken-
cang.
• Industri IKS terjejas – sinaran matahari kurang.
• Pertanian terjejas.
• Akuakultur di pinggir pantai terjejas – banjir laut.

[Mana – mana 2 x 2 = 4M]


4

Jawab satu soalan sahaja.

Jika anda menjawab kedua – dua soalan, hanya satu jawapan pertama yang akan
diperiksa. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang anda sediakan.

2 (a) Bincangkan perubahan suhu bandar akibat aktiviti manusia. [13]

• Peningkatan perindustrian – menghasilkan gas beracun seperti kar-


bon monoksida, sulfur dioksida, habuk dan asap hitam yang
memerangkap haba dan menyebabkan suhu bandar meningkat.
• Peningkatan pengangkutan – bilangan kenderaan yang bertambah di
bandar – meningkatkan penggunaan bahan api fosil menyebabkan
pelepasan gas – gas pencemar seperti CO2, CO, SO2, habuk dll me-
nyerap haba – suhu bandar meningkat.
• Peningkatan pembinaan bangunan – pembinaan bangunan tinggi
dan rapat/tepu di bandar menjadi penghalang untuk pergerakan
udara keluar masuk di kawasan tersebut. Pembinaan petempatan
menyebabkan banyak pokok ditebang. Kurang pokok menyebabkan
kurang proses sejatpeluhan berlaku – suhu akan meningkat.
• Peningkatan penurapan muka bumi – tar/simen akan menyerap
haba.
• Peningkatan perniagaan – metabolisme manusia yang mengeluarkan
haba.
• Penebangan pokok untuk keselamatan/kebersihan – kurangkan ka-
wasan hijau – suhu meningkat.
• Perkhidmatan/penggunaan domestik/harian – penggunaan pendingin
hawa melepaskan haba dan peningkatan CFC – suhu meningkat.

[Mana – mana 6 x 2 = 12M + 1M kesimpulan yang sesuai]

(b) Huraikan kesan peningkatan suhu bandar terhadap alam sekitar


manusia. [12]

• Ketidak selesaan. Penduduk berasa tidak selesa tinggal di kawasan


bandar yang panas.
• Meningkatkan kadar berpeluh, cepat merasa letih dan pitam akibat
pendedahan yang lama kepada cuaca panas.
• Meningkatkan penyakit – batuk/pelbagai penyakit saluran pernafa-
san/sakit kepala terutama di kalangan kanak – kanak dan warga tua.
• Cepat mengalami dehidrasi/kekurangan air badan.
• Mengganggu aktiviti harian manusia – aktiviti riadah, aktiviti kokuriku-
lum di sekolah dll.
5

• Meningkatkan stres/tekanan.
• Peningkatan penggunaan pendingin hawa – kos meningkat.

[Mana – mana 6 x 2M = 12M]

3 (a) Sejauh manakah faktor hujan mempengaruhi larian air permukaan. [13]

• Intensiti hujan/keamatan hujan (lebat/tidak lebat). Hujan lebat


menambahkan kadar larian air permukaan berbanding dengan
jumlah hujan yang sedikit. Ini kerana bekalan air hujan yang banyak
akan menambahkan isipadu air larian.
• Tempoh masa/jangka masa. Hujan turun dalam masa yang lama
atau sekejap.
• Bentuk hujan mengikut masa. Hujan yang perlahan (renyai – ren-
yai) dalam jangkamasa yang lama, larian air permukaannya rendah
kerana air hujan banyak menyusup masuk ke dalam tanah. Berband-
ing dengan hujan lebat dalam jangka masa yang singkat akan
menambahkan kadar larian air permukaan .
• Curahan. Merujuk kepada jumlah air hujan yang turun. Jumlah hujan
yang banyak meningkatkan larian air permukaan.
• Kekerapan. Hujan kerap turun meningkatkan larian air permukaan.
• Faktor kecerunan. Berkait dengan cerun curam dan juga cerun lan-
dai. Semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air
permukaan semakin tinggi. Keadaan sebaliknya berlaku apabila ce-
run itu menjadi semakin landai. Maka halaju larian air permukaan se-
makin perlahan.
• Litupan tumbuhan. Hutan primer kanopinya tebal serta berlapis –
lapis. Pintasan air hujan berlaku dengan berkesan. Oleh itu, larian air
permukaan adalah sedikit berbanding dengan resapan. Manakala
bagi hutan sekunder larian air permukaan adalah adalah tinggi
disebabkan oleh proses pintasan/cegatan silara berkurangan.
• Kandungan air bawah tanah. Tanah yang tepu tidak berupaya
meresap air menyebabkan larian air permukaan tinggi.
• Jenis tanih. Tanih yang mempunyai pori yang kecil seperti tanah liat
kadar larian air permukaan tinggi kerana kadar resapan rendah.
• Jenis batuan. Batuan yang ketelapan air tinggi/keporosan tinggi
akan mengurangkan air larian permukaan.
6

• Aktiviti manusia. Potong cerun/tarah bukit/pembalakan meningkat-


kan larian air permukaan kerana litupan tumbuhan kurang. Penu-
rapan permukaan bumi dengan tar dan simen akan meningkatkan ka-
dar larian air permukaan kerana liang pori tanah sudah tertutup untuk
proses resapan.

[Mana – mana 6 x 2 = 12M + 1M penegasan]

(b) Huraikan kesan kadar larian air permukaan yang tinggi terhadap alam
sekitar fizikal bandar. [12]

• Pencemaran air/badan air/sumber air – kelodak/lumpur yang dibawa


menyebabkan air sungai keruh.
• Banjir kilat/banjir – bahan/sedimen termendap di dasar sungai –
sungai cetek – banjir.
• Peningkatan kadar hakisan tanah – hakisan tanah di kawasan ce-
run/tanah runtuh.
• Tanah hilang kesuburan – bahan organik di bawa oleh larian air per-
mukaan.
• Peningkatan kadar pemendapan – tanih diangkut dan dimendapkan
di suatu kawasan – contohnya di dasar sungai.
• Kandungan air tanih berkurangan – kurang resapan.
• Kemusnahan habitat – air keruh menyebabkan habitat akuatik di tasik
musnah.

[Mana – mana 6 x 2M = 12M]


7

BAHAGIAN B : ALAM SEKITAR MANUSIA

[40 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan.

4 (a) Senaraikan tiga jenis aktiviti perikanan di Malaysia. [3]

• Perikanan pinggir pantai


• Perikanan laut dalam
• Akuakultur air payau/marin kultur/akuakultur air tawar

[3 x 1M = 3M]

(b) Pilih satu aktiviti perikanan di Malaysia yang telah anda nyatakan pada
(a) dan huraikan cirinya. [6]

• Taburan / Lokasi perikanan


- Laut dalam (ZEE) melebihi 30 batu nautika dari pinggir pantai.
- Pinggir pantai – kurang dari 30 batu nautika dari pinggir pantai.
- Akuakultur – dalam sungai/kolam.
- Marinkultur – di muara/teluk.
• Skala operasi
- Besar – besaran bagi laut dalam.
- Kecil – kecilan bagi pinggir pantai.
- Kecilan/sederhana bagi akuakultur/marinkultur.
• Orientasi pengeluaran
- Hasil tangkapan laut dalam – untuk pasaran eksport dengan
kuantiti tangkapan yang banyak.
- Hasil tangkapan pinggir pantai – lebihan diguna untuk keperluan
keluarga untuk jualan harian.
- Hasil akuakultur/marin kultur – untuk eksport dan juga pasaran da-
lam negara.
• Penggunaan modal dan pemilikan
- Laut dalam penggunaan modal besar. Dimiliki oleh syarikat atau
persatuan nelayan.
- Pinggir pantai modalnya kecil – milik persendirian/terikat dengan
orang tengah.
- Akuakultur/marin kultur – modal kecil/sederhana – pinjaman modal
daripada institusi kewangan.
8

• Tenaga buruh
- Laut dalam – tenaga buruh mahir/import, bilangan yang ramai.
Contoh buruh dari Thailand dan dibayar gaji.
- Pinggir pantai – tenaga buruh sedikit, kalangan ahli keluarga.
- Akuakultur/marin kultur – tenaga buruh sedikit juga diusahakan
sendiri atau ahli keluarga.
• Penggunaan teknologi/peralatan dan kaedah tangkapan
- Laut dalam – teknologi tangkapan moden seperti ecosonar, pukat
tunda, pukat Apollo dan bot berkuasa tinggi. Dijalankan oleh ne-
layan terlatih.
- Pinggir pantai – peralatan dan kaedah tradisional eperti jarring,
bubu, pancing, kelong dan pukat. Menggunakan bot – bot kecil/pe-
rahu.
- Akuakultur/marinkultur – kaedah kolam atau sangkar.
Menggunakan teknologi pembiakbakaan, makanan dan kawalan
penyakit.
• Masa operasi
- Laut dalam – berminggu – minggu di lautan dan dijalankan secara
berkumpulan.
- Pinggir pantai – aktiviti harian – ke laut pada waktu pagi dan pulang
pada waktu petang. Dijalankan secara individu.
- Akuakultur/marinkultur – harian.
• Jenis hasil tangkapan
- Laut dalam – ikan tuna, tenggiri, ikan merah dll yang bernilai
tinggi.
- Pinggir pantai – bilis, kembong, selayang, cencaru, sotong dll.
- Akuakultur – patin, tilapia, lampam.
- Marinkultur – udang harimau, udang kara, tiram dan siakap.

[Mana – mana 3 x 2M = 6M]

(c) Jelaskan kepentingan sektor perikanan kepada pembangunan


sosioekonomi negara Malaysia. [6]

• Pendapatan negara/KDNK. Tukaran wang asing contoh melalui ek-


sport hasil/produk perikanan ke Singapura dan Jepun. Juga pasaran
domestik.
• Peluang pekerjaan dan mempelbagaikan ekonomi. Kerja dalam
sektor perikanan dan peluang perniagaan. Penduduk dapat memen-
uhi peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti nelayan, pen-
ternak dll. Mengurangkan kadar pengangguran, meningkatkan pen-
dapatan perkapita dan taraf hidup penduduk.
9

• Kesan pengganda/rantaian ekonomi /industri berasaskan sum-


ber ikan. Memajukan industri hiliran (IKS) – membuat keropok, ikan
kering, belacan, cencalok dan industri mengetin. Perusahaan mem-
buat ais/air batu. Membina dan membaiki bot. Perniagaan seperti re-
storen makanan laut dan akuapelancongan.
• Bekalan protein. Gantian daging – kurang import daging/ikan.
• Pembangunan kawasan perikanan. Pelbagai kemudahan infra-
struktur dibina seperti pelabuhan perikanan, kilang ais, jalan raya dan
pusat pemasaran. Kawasan mundur boleh berkembang maju seperti
Kuala Muda, Kuala Dungun dan Mersing.
• Pembangunan teknologi. Pukat yang lebih moden, radar pengesan
ikan, pembinaan kapal dan R&D.
• Memajukan kawasan terbiar. Akuakultur. Memanfaatkan sumber
yang ada seperti kolam/tasik bekas lombong, paya, sawah padi ter-
biar, sungai dan muara sebagai sumber pendapatan.
• Aktiviti pelancongan. Akuapelancongan contoh Tasik Kenyir, Tasik
Bukit Merah dll. Pertandingan memancing ikan, homestay dll.
• Menarik pelabur asing. Penambahan modal dalam sektor peri-
kanan. Contoh kerjasama dengan Arab Saudi – ternak udang ha-
rimau di Kedah.

[Mana – mana 3 x 2M = 6M]


10

Jawab satu soalan sahaja.

Jika anda menjawab kedua – dua soalan, hanya satu jawapan pertama yang akan
diperiksa. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang anda sediakan.

5 (a) Bincangkan bagaimana aktiviti ekonomi menjejaskan kualiti alam


sekitar.[13]

• Pertanian – penggunaan racun seperti DDT / baja kimia menyebabkan


pencemaran air dan udara / pembukaan kawasan pertanian / pemba-
karan sisa.
• Perindustrian – mengeluarkan banyak asap dan gas pencemar / habuk
dan debu – contoh kilang simen. Sisa buangan – peningkatan BOD /
kandungan bakteria E – Coli / kandungan amoniakal nitrogen (NH3),
raksa dalam air – contoh kilang kimia / makanan. Juga menyebabkan
kesan rumah hijau – peningkatan suhu.
• Pembalakan – peningkatan suhu disebabkan proses pembalakan
secara besar – besaran. Kemusnahan spseies flora dan fauna. Me-
nyebabkan kemusnahan habitat. Juga menyebabkan hakisan tanah.
• Perikanan – tangkapan berlebihan menyebabkan kepupusan sumber.
• Perlombongan – pembukaan kawasan lombong – pencemaran udara /
pencemaran air.
• Pembinaan – pembuangan sisa pepejal binaan ke sungai / jentera pem-
binaan bunyi bising (pencemaran bunyi).
• Pelancongan – sisa kumbahan dari penginapan ke laut / pembuangan
sisa pepejal pelancong – pencemaran air.
• Pengangkutan / penggunaan kenderaan bermotor – membebaskan
bahan – bahan pencemaran – karbon dioksida / karbon monoksida.
• Perniagaan domestik – restoren, bengkel membaiki kenderaan – pem-
buangan sisa makanan / minyak dari bengkel – pencemaran air.
• Penternakan - ladang ayam dan khinzir – pencemaran bau.

[Mana – mana 6 x 2 = 12M + 1M kesimpulan yang sesuai]

(b) Cadangkan langkah pemeliharaan untuk mengekalkan kualiti alam


sekitar di Malaysia. [12]

• Undang – undang – tambah baik akta sedia ada / tingkatkan denda /


tambah anggota penguatkuasa / tingkatkan kekerapan rondaan.
• Menambahkan kempen sedia ada seperti Kempen 3R– contoh melalui
media sosial.
11

• Menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada – tema tentang


pemeliharaan alam sekitar dalam subjek seperti Pendidikan Moral, Geo-
grafi dll.
• Mempergiat R&D – cari kaedah baru mengawal pencemaran.
• Melaksanakan pembangunan yang lebih terancang (pembangunan les-
tari).
• Memperbanyakkan tenaga alternatif – selain KEH guna tenaga solar/bi-
omass.
• Penggunaan teknologi hijau – memperkasakan penggunaan insenarator
yang kurang mengeluarkan bahan pencemaran.

[Mana – mana 6 x 2M = 12M]

6 (a) Merujuk kepada satu segitiga pertumbuhan ASEAN, huraikan peranan


segitiga tersebut dalam memajukan wilayah berkenaan. [13]

Isi IMT – GT IMS – GT BIMP – EAGA


Perdagangan Kawasan bebas Perkhidmatan Kewangan dan
Meningkatkan aliran cukai seperti di Pu- kewangan dan perbankan khu-
perdagangan antara lau Langkawi (Ma- pelaburan hartanah susnya di Labuan
negara/sub wilayah laysia) dan sempa- seperti di Nusa sebagai pusat
dalam segitiga dan Malaysia – Jaya (Malaysia). kewangan luar
tersebut. Faedah Thailand. pesisir.
bersama daripada
segi penghapusan
sekatan
perdagangan, dasar
perlindungan dan
cukai/tarif yang lebih
rendah.
Meningkatkan
kerjasama
perdagangan antara
wilayah. Karenah
birokrasi/peraturan
yang rigid dalam
perdagangan boleh
diminimakan.

Pelaburan Projek pertanian Projek pertanian Projek pertanian


Menggalakkan dan perladangan dan perladangan dan perladangan
pelaburan. getah dan kelapa getah dan kelapa getah dan kelapa
Meningkatkan sawit di Sumatera sawit di Kepulauan sawit di Kepulauan
keupayaan (Indonesia) dan Riau (Indonesia). Kalimantan (Indo-
modal/dana untuk padi di Kedah – nesia).
memajukan Perlis (Malaysia).
pembangunan antara
12

wilayah berjiran.
Peningkatan modal
menerusi konsep
pelaburan silang dan
pelaburan bersama.

Pelancongan Projek pelancongan Projek pelan- Projek pelan-


Mempromosi pantai dan pulau congan pantai dan congan pantai, pu-
pelancongan dalam seperti Pulau pulau seperti di lau dan tanah
segitiga tersebut. Langkawi (Malay- Riau dan Sulawesi tinggi (Sabah).
Contoh BIMP – EAGA sia) dan Phuket (Indonesia).
adalah destinasi (Thailand).
ekopelancongan
terkemuka. 22
warisan dunia berada
dalam BIMP – EAGA,
8 di Indonesia, 5 di
Malaysia dan 9 di
Filipina.

Pengaliran buruh Memudahkan Memudahkan Memudahkan


Memudahkan aliran proses pengaliran proses pengaliran proses pengaliran
buruh dan kepakaran. buruh sesama buruh sesama buruh sesama
Pergerakan buruh negara / wilayah negara / wilayah negara / wilayah
lintas sempadan terlibat memu- terlibat – memu- terlibat – memu-
menjadi lebih mudah. dahkan urusan visa dahkan urusan visa dahkan urusan
Keperluan buruh dan imigresen. dan imigresen. visa dan imi-
dalam negara boleh gresen.
dipenuhi melalui
kemasukan buruh
import. Perkongsian
tenaga pakar antara
wilayah – misalnya
kerjasama antara
universiti.

Penggunaan sum- Perlombongan – Singapura Aktiviti perhutanan


ber mencari gali gas memerlukan – projek pemba-
Mempercepatkan asli di Perairan Ke- sumber bahan lakan dan pemuli-
pembangunan lantan – Projek mentah dari negara haraan hutan di
sumber alam. Sumber usahasama Malay- anggota lain seperti Kalimantan (Indo-
hutan di EAGA – sia dengan Thai- air bersih, nesia).
BIMP, sumber land. petroleum dan
pelancongan di IMG – makanan.
GT dan IMS – GT.
Sumber petroleum
dan gas asli di EAGA
– BIMP dan IMT – GT.
13

Pengangkutan Perkhidmatan feri Aktiviti pengangku- Aktiviti pengangku-


Laluan darat, udara Pulau Langkawi – tan – Projek Link tan – Jalan Raya
dan air seperti Jalan Phuket dan Medan. Kedua (Johor ke Trans Borneo dan
Raya Trans Borneo Singapura) dan ak- Projek landasan
(BIMP – EAGA), Link tiviti perkapalan di kereta api Trans
ke Dua (IMS – GT) Pelabuhan Tanjung Borneo.
dan Perkhidmatan feri Pelepas (Johor,
Langkawi – Phuket – Malaysia)
Medan (IMT – GT).
Darjah ketersampaian
antara wilayah
meningkat.

Perhubungan Perkhidmatan tele- Perkhidmatan per- Perkhidmatan per-


komunikasi seperti tukaran siaran ra- tukaran siaran ra-
projek internet dio dan televisyen dio dan televisyen
ASEAN dan juga RTM – TVRI. RTM – TVRI.
program pertukaran
siaran radio dan tel-
evisyen.
Teknologi Perkongsian Perkongsian Perkongsian
Meningkatkan teknologi sesama teknologi sesama teknologi sesama
kemajuan teknologi. negara / wilayah negara / wilayah negara / wilayah
Teknologi dari negara terlibat dalam pro- terlibat dalam pro- terlibat dalam pro-
yang lebih maju jek – projek pem- jek – projek pem- jek – projek pem-
seperti Singapura bangunan dan per- bangunan dan per- bangunan dan per-
menjana industrian – teruta- industrian – teruta- industrian yang
pembangunan manya dari Singa- manya dari Singa- berkaitan.
sumber alam antara pura dan Malaysia. pura.
wilayah. Teknologi
ICT dari Thailand
mempercepatkan
aliran data, maklumat
kewangan, pelaburan
dll. Perkongsian
inovasi melalui R&D.
Perindustrian Aktiviti pem- Aktiviti pem- Industri berasas-
prosesan sumber prosesan sumber kan sumber seperti
hutan dan per- hutan dan pembu- industri pem-
tanian. atan. prosesan per-
tanian.

[Mana – mana 6 x 2M = 12M + 1M contoh segitiga]


14

(b) Jelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam


sekitar. [12]

• Menjamin kelestarian sumber alam/perlindungan sumber


semula jadi – sumber sedia ada akan kekal untuk generasi akan da-
tang.
• Mengurangkan risiko alam sekitar/menangani pencemaran
rentas sempadan – isu – isu seperti peningkatan suhu dan pence-
maran alam sekitar boleh dikurangkan melalui kerja sama antara
negara maju dengan negara sedang membangun melalui MOU,
mesyuarat dan kawalan sempadan secara bersama.
• Perkongsian kemahiran dan tenaga pakar/idea – kepakaran
sesebuah negara terhad, jadi perlu perkongsian teknikal dan kepa-
karan seperti bomba dengan negara lain untuk menangani isu alam
sekitar.
• Modal / sumber kewangan/dana untuk pemulihan alam sekitar –
perlindungan alam sekitar memerlukan modal yang besar jadi perlu
ada kerjasama antara negara bagi meminimumkan kadar beban
kewangan yang perlu di tanggung oleh sesebuah negara untuk me-
nangani isu alam sekitar yang timbul. Kumpul dana bersama.
• Perkongsian teknologi – pemerolehan / perkongsian teknologi ka-
walan alam sekitar antara negara serantau – teknologi baru/hijau
/peralatan seperti dron.
• Peningkatan/memupuk kesedaran negara anggota serantau da-
lam penjagaan alam sekitar – melalui persidangan dll.
• Menjamin kelestarian pembangunan – menjamin kualiti hidup yang
selesa untuk generasi depan / pengekalan prestasi ekonomi.
• Mengukuhkan hubungan antara negara – Contoh : kerjasama
rentas sempadan dalam isu jerebu – mengukuhkan hubungan antara
Malaysia – Indonesia.

[Mana – mana 6 x 2M = 12M]

You might also like