You are on page 1of 4

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

LATAR BELAKANG KEHAKIMAN


• perlembagaan negara ini menentukan doktrin pengasingan kuasa
• perlembagaan memberikan kuasa kehakiman dan mahkamah
• jenis mahkamah yang ada di negara ini

FUNGSI BADAN KEHAKIMAN


 melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif , pihak tertentu atau orang perseorangan
 mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang yang digubal dan dipertanggungjawabkan kepada
Mahkamah Persekutuan
 menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan
 mengisytiharkan kesahan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta
 membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu
bercanggah
 menjadi pentadbir keadilan secara adil dalam kes sivil dan jenayah di negara ini
 menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia
( walaupun kapal tersebut berada di ruang atau lautan antarabangsa )
 Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu atau individu dengan kerajaan

BIDANG KUASA KEHAKIMAN


 bebas daripada pengaruh mana-mana pihak
 berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang diberikan dalam mahkamah
 Keputusan mahkamah – hukuman , denda ( boleh dirayu )
 YDPA boleh kurangkan hukuman / ampun di mahkamah tentera / syariah di negeri tak beraja / wilayah persekutuan /
mahkamah awam di wilayah persekutuan
 Raja/ sultan atau YDB - boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan
kesalahan di mahkamah awam dan syariah di negeri baginda sahaja 
 YDPN - Boleh kurang hukuman dan ampun di mahkamah awam negeri beliau sahaja

PERSONEL KEHAKIMAN
 Mahkamah Persekutuan :
 Ketua Hakim Negara , Presiden Mahkamah Rayuan , 7 orang hakim mahkamah Persekutuan , pendaftar ,
jurubahasa , bailif dan sebagainya
 Mahkamah Tinggi Malaya :
 seorang hakim besar dan 47 orang hakim lain beserta kakitangannya
 Mahkamah Tinggi Sabah Dan Sarawak :
 seorang hakim besar , 10 hakim lain dan kakitangan
 bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah YDPA
 pesuruhjaya kehakiman yang bertaraf hakim mahkamah tinggi juga dilantik
 Mahkamah Sesyen :
 hakim dan pegawainya
 Mahkamah Majistret :
 majistret sebagai hakim dan pegawainya
 Mahkamah Penghulu :
 penghulu sebagai hakim tanpa pegawai yang lain
PENAMATAN JAWATAN HAKIM
• Meletak jawatan
• Dipecat melalui syor tribunal oleh YDPA

HAK ISTIMEWA HAKIM


• Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dlm mana-mana Majlis Parlimen kecuali suatu usul yang di sokong oleh
tidak kurang ¼ ahli majlis Parlimen, tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam DUN dan tidak boleh dibincangkan
oleh badan lain atau perseorangan
• Hakim tidak boleh didakwa semasa menjalankan tugasnya dan tidak perlu menjawab komen
• Berkuasa menghukum mereka yang menghina mahkamah
• Bebas membuat keputusan kehakiman tanpa terikat kepada mahkamah tinggi atau keputusan kehakiman yang
terdahulu

PENGHINAAN MAHKAMAH
• Ingkar perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah
• Mengkritik secara terbuka dan melawan keputusan hakim
• Memberi komen sebelum hakim memutuskan kes
• Mengkritik cara hakim menjalankan tugas secara terbuka

CARA POLIS MENAHAN SESEORANG


 sebelum seseorang ditahan ia hendaklah melalui prosedur :
- Seseorang membuat laporan yang dicatatkan dalam buku laporan polis
- Polis membuat siasatan dan dakwaan jika terdapat bukti
- Polis menangkap orang yang disyaki dalam suatu operasi
- Polis mendapatkan waran tangkap / waran untuk menggeledah rumah yang disyaki / jika terdapat bukti , kes akan
dibawa ke mahkamah
 Bagi kes kesalahan kompaun , denda akan dikenakan – kalau tidak dibayar kes akan dibawa ke mahkamah
 Bagi kes jenayah yang menyalahi undang-undang kanun keseksaan jenayah , perbicaraan mahkamah diperlukan
 Seseorang yang ditahan boleh diikat jamin –KES BUKAN JENAYAH ( deposit wang dan penyerahan pasport kepada
mahkamah jika perlu)

CARA SESEORANG BOLEH DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ATAU DITAHAN POLIS


• SAMAN MAHKAMAH- Perintah Mahkamah
• WARAN TANGKAP- Perintah Mahkamah
• PENANGKAPAN TANPA WARAN

ATUR CARA PERBICARAAN KES DI MAHKAMAH


• KES JENAYAH
• KES SIVIL

PEGUAM NEGARA
 dilantik oleh YDPA atas nasihat PM
 status – sama dengan hakim mahkamah persekutuan
 memegang jawatan selama mana diperkenankan oleh YDPA
 boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa
 boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal

TUGAS
 Menasihati YDPA berkaitan undang-undang
 Menasihati kabinet atau mana-mana menteri tentang undang-undang
 Menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan
 Meninjau laporan siasatan polis, BPR dan badan penguatkuasa yang lain kemudian membuat keputusan untuk
mendakwa orang yang disiasat jika terdapat bukti yang mencukupi

BIDANG KUASA
 kuasa budi bicara untuk membawa , menjalankan atau menghentikan sebarang perbicaraan tentang sesuatu kesalahan
di mahkamah
 kuasa untuk menentukan mahkamah yang beliau akan memulakan pendakwaan kes
 kuasa untuk menentukan mehkamah sesuatu prosiding dipindahkan
 berhak untuk didengar dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di persekutuan
 mempunyai keutamaan yang mengatasi mana-mana yang lain yang hadir di mahkamah atau tribunal itu

PEGUAM CARA NEGARA


 membantu peguam negara 
 boleh menjalankan mana-mana fungsi yang boleh dijalankan oleh peguam negara fungsi yang boleh dijalankan oleh
peguam negara

 akan menggantikan tempat peguam negara jika beliau tidak dapat melaksanakan tugas beliau atas sebab-sebab
tertentu
 penggubal undang-undang parlimen
 menyediakan dan menyemak draf undang-undang yang dimaksudkan oleh parlimen
 menyediakan dan menyemak draf perundangan subsidiari yang hendak dibuat di bawah akta persekutuan , ordinan dan
enakmen

PESURUH JAYA SUMPAH


 dilantik oleh suruhanjaya sumpah Malaysia
 merupakan saksi yang sah kepada akuan bersumpah seseorang
 tugas – menasihati orang yang membuat afidavit / akuan bersumpah bertulis tentang kesan nya jika mereka berbohong
( boleh dipenjara )
 afidavit akan jadi dokumen sah di mahkamah
 menerima bayaran

BIRO BANTUAN GUAMAN


merupakan badan kerajaan yang memberikan bantuan perundangan dan nasihat/ bantuan guaman kepada orang yang
kurang berkemampuan / tak mampu lantik peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah

LEMBAGA PENGAMPUNAN
 ditubuhkan di setiap negeri
 untuk mendengar dan mempertimbangkan rayuan pengampunan daripada seseorang yang disabitkan dengan
kesalahan dan mahkamah
 menasihati YDPA , raja, YDPN dalam menjalankan kuasa pengampunan
 YDPA – boleh ampun , tangguh hukuman , meremit , menggantung dan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh
mahkamah awam ( WP ), mahkamah syariah ( negeri tak beraja ) dan mahkamah tentera
 YDPN – berkuasa di negeri masing-masing
 Anggota – YDPA/SULTAN/YDPN, peguam negara persekutuan , MB / KM / tidak lebih 3 orang yang dilantik oleh raja
atau YDPN
 Berkhidmat selama 3 tahun / boleh dilantik semula/ boleh meletak jawatan

You might also like