You are on page 1of 5

MPM/P13.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PENJAWAT MAJLIS


PEPERIKSAAN MALAYSIA BERKENAAN DENGAN
AKTA 225 AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980
SEPERTI YANG DIPINDA SEHINGGA 1985 (AKTA A617)

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-
peruntukan Akta 225 Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 seperti yang dipinda sehingga
1985 Akta A617, dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya segala yang dimaksudkan dalam
Akta-Akta itu. Khususnya saya faham bahawa memiliki, menyampaikan, menjaga atau
mengawal, menggunakan atau menyimpan dengan salah sesuatu benda rahsia/sulit, tidak
menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu benda rahsia/sulit atau apa-apa tingkah laku yang
membahayakan keselamatan sesuatu benda rahsia/sulit adalah menjadi suatu kesalahan di bawah
seksyen 12 (Akta 225) dan/atau seksyen 25 (Akta 225) dan/atau seksyen 28 (Akta 225 Akta
Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 seperti yang dipinda sehingga 1985 Akta A617) yang boleh,
apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen 12 (Akta 225),
dan/atau dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tidak
lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen 25 (Akta 225), dan/atau dikenakan
denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada
tiga tahun atau kedua-duanya di bawah seksyen 28 (Akta 225 Akta Majlis Peperiksaan Malaysia
1980 seperti yang dipinda sehingga 1985 Akta A617).

Saya faham bahawa segala maklumat rasmi/sulit yang saya peroleh dalam perkhidmatan
Majlis Peperiksaan Malaysia adalah milik Majlis Peperiksaan Malaysia dan tidak boleh
dibocorkan, disiarkan, atau disampaikan, sama ada secara lisan atau secara bertulis, kepada
sesiapa jua dalam apa-apa bentuk kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan
rasmi/sulit saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Majlis
Peperiksaan Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan: .………….………………………........................…………

Nama dengan huruf besar: ……….......................................……………………………..…….….

Nombor kad pengenalan: ……………….................… Dilantik sebagai: .............….……………

Tempat: ……………….......................…………………………. Tarikh: ......................………....

1 SULIT
[Lihat sebelah
AKTA 225 AKTA MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA 1980
SEPERTI YANG DIPINDA SEHINGGA 1985 AKTA A617

12. (1) Majlis boleh melantik orang-orang yang mempunyai kelayakan yang sesuai, sama ada yang
tinggal dalam Malaysia atau luar Malaysia, untuk menyediakan, menilai, atau memeriksa soalan atau
jawapan bagi sesuatu peperiksaan tertentu.

(2) Mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1) yang, tanpa kebenaran Majlis,
mewakilkan tugasnya untuk menyediakan, menilai, atau memeriksa soalan atau jawapan peperiksaan
kepada seseorang yang takberkuasa adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada
satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Majlis berhak untuk menahan kesemuanya atau sebahagiannya daripada apa-apa jua elaun atau
fee yang kena dibayar kepada mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen-kecil (1) jika sekiranya
Majlis dapati kerjanya itu tidak memuaskan.

25. (1) Kecuali sebagaimana yang perlu untuk menjalankan atau melaksanakan apa-apa tugas atau
fungsi di bawah Akta ini atau untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan dan maksud-maksud Akta
ini, tiap-tiap orang yang dilantik di bawah Akta ini, atau yang sedang atau telah diambil kerja untuk
menjalankan atau membantu mana-mana orang untuk menjalankan peruntukan-peruntukan dan maksud-
maksud Akta ini –
(a) hendaklah menyimpan dan membantu menyimpan rahsia berkenaan dengan semua
perkara yang sampai kepada pengetahuannya semasa menjalankan atau melaksanakan apa-
apa tugas atau fungsi yang ada berkaitan dengan pelantikan atau pekerjaannya;
(b) tidak boleh memberitahu apa-apa perkara sedemikian itu kepada mana-mana orang;
(c) tidak boleh membiar atau membenarkan mana-mana orang mendapat akses kepada apa-
apa rekod yang ada dalam milik, jagaan, atau kawalan mana-mana orang yang baginya
seksyen-kecil ini dipakai.

(3) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen-kecil (1) adalah melakukan
suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.

28. (1) Mana-mana orang yang ditugas menyediakan, menyederhanakan, menyemak; menapis atau
mencetak atau mengumpul, menyimpan, membahagi-bahagikan atau menjaga apa-apa kertas soalan atau
arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu, atau membuat draf, salinan atau rekod kertas soalan atau
arahan itu, atau ditugaskan sebagai seorang penyelia, pengawas peperiksaan, pembantu atau atas apa-apa
sifat lain bagi sesuatu peperiksaan tertentu yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi
mata pelajaran yang berkaitan dengan kertas atau arahan itu, dengan diketahui atau tak berhematnya dan
tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, menzahirkan kandungan kertas atau arahan itu,
atau kandungan mana-mana draf, salinan atau rekodnya kepada mana-mana orang, sama ada seorang calon
bagi peperiksaan tersebut ataupun tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau kedua-duanya. (A617)

(2) Mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi sesuatu peperiksaan tertentu ataupun tidak,
yang sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu
kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu, dengan diketahuinya menggunakan
kandungan kertas atau arahan-arahan atau kandungan apa-apa draf, salinan atau rekodnya dengan apa-apa
cara jua pun dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, adalah melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya. (A617)

(3) Mana-mana orang yang sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran
yang berkaitan dengan sesuatu kertas atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu didapati memiliki,
menjaga, atau mengawal kertas soalan atau arahan-arahan atau sebahagian darinya atau mana-mana draf,
salinan, atau rekodnya tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu

2 SULIT
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (A617)
MPM/P13.4

KP (PP) Sulit 0073/3 ( ) Pin. 1/88

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH PENJAWAT AWAM BERKENAAN


DENGAN AKTA RAHSIA RASMI 1972

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-
peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan
segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan,
menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga dengan
cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan
keselamatan atau rahsia sesuatu benda rahsia adalah menjadi suatu kesalahan di bawah
Akta tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara seumur hidup.

Saya faham bahawa segala maklumat rasmi yang saya perolehi dalam perkhidmatan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam
Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau
menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-
apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada
dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku
akan menandatangani suatu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila meninggalkan
Perkhidmatan Kerajaan.

Tandatangan .......................................................................................................................

Nama dengan huruf besar ...................................................................................................

No. Kad Pengenalan .............................................................................................................

Jawatan .............................................................................................................................

Jabatan .............................................................................................................................

Tarikh .............................................................................................................................

Disaksikan oleh ...................................................................................................................

(Tandatangan)

Nama dengan huruf besar ...................................................................................................

No. Kad Pengenalan .............................................................................................................

Jawatan .............................................................................................................................

Jabatan .............................................................................................................................

Tarikh .............................................................................................................................

3 SULIT
Cap Jabatan ..........................................................................................................................

AKTA 88

8. (1) Jika seseorang yang ada dalam miliknya atau kawalannya sesuatu perkataan kod,
isyarat timbal atau katajodoh rasmi yang rahsia atau sesuatu benda, suratan, atau
maklumat yang -
(a) berhubung dengan atau digunakan di sesuatu tempat larangan atau
berhubung dengan apa-apa jua di sesuatu tempat itu; atau
(b) berhubung dengan kelengkapan perang; atau
(c) telah dibuat atau didapatkan bersalahan dengan Akta ini; atau
(d) telah diamanahkan sebagai rahsia kepadanya oleh seseorang pegawai
awam; atau
(e) telah dibuat atau didapatkan atau dilihat olehnya, oleh kerana
kedudukannya sebagai seorang yang memegang atau telah memegang
jawatan dalam perkhidmatan awam, atau sebagai seorang yang memegang
atau telah memegang suatu kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan, atau
sebagai seorang yang bekerja atau telah bekerja dengan atau di bawah
seseorang yang memegang atau telah memegang jawatan atau kontrak itu.
Melakukan mana-mana daripada yang berikut -
(i) menyampaikan secara langsung atau secara taklangsung sesuatu
maklumat atau benda tersebut kepada sesuatu negeri asing yang lain
daripada negeri asing yang kepadanya ia diberikuasa dengan sempurna
bagi menyampaikannya atau kepada seseorang yang lain daripada orang
yang kepadanya ia diberikuasa dengan sempurna bagi menyampaikannya
atau yang kepadanya ia adalah berkewajipan bagi menyampaikannya; atau
(ii) menggunakan sesuatu maklumat atau benda seperti tersebut di atas untuk
faedah sesuatu negeri asing yang lain daripada negeri asing yang bagi
faedahnya ia diberikuasa dengan sempurna bagi menggunakannya atau
dengan apa-apa cara lain yang mudarat kepada keselamatan atau
kepentingan Malaysia; atau
(iii) menyimpan dalam milik atau kawalannya mana-mana benda seperti
tersebut di atas manakala ia tidak berhak menyimpannya, atau manakala
berlawanan dengan kewajipannya bagi menyimpannya, atau tidak
mematuhi segala arahan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak-berkuasa
yang sah berkenaan dengan pemulangan atau pelupusan benda itu; atau
(iv) tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkah-laku sehingga
membahayakan keselamatan atau rahsia, sesuatu maklumat atau benda
seperti tersebut di atas,
Maka orang itu adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara
tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau
penjara dan denda itu kedua-duanya.
(2) Jika seseorang menerima sesuatu perkataan kod, isyaratimbal atau katajodoh
rasmi yang rahsia, atau apa-apa benda, suratan atau maklumat dengan
mengetahui atau ada alasan yang munasabah bagi mempercayai, pada waktu ia
menerimanya itu, bahawa perkataan kod, isyaratimbal, katajodoh, benda, suratan
atau maklumat itu adalah disampaikan kepadanya bersalahan dengan Akta ini,
maka ia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara
tidak lebih daripada tujuh tahun atau denda tidak lebih daripada sepuluh ribu
ringgit atau penjara dan denda itu kedua-duanya melainkan jika ia membuktikan
bahawa perkataan kod, isyaratimbal, katajodoh, benda, suratan atau maklumat itu
telah disampaikan kepadanya dengan tidak dikehendaki olehnya.

4 SULIT
5 SULIT

You might also like