You are on page 1of 25

AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

Seksyen 2 - TAFSIRAN

Pegawai

:Mana-mana pegawai agensi @ pegawai polis; b) Keadaan fizikal (tingkahlaku) mengambil dadah berterusan atau berkala untuk elak ketagihan; c) Mengalami kesan psikik

Penagih Dadah : a) Seseorang menggunakan dadah berbahaya;

Seksyen 3 PENAHANAN ORANG YANG DISYAKI SEBAGAI PENAGIH

Seksyen 3(1) : Memberi kuasa kepada mana-mana pegawai &2 agensi atau polis untuk mengambil dalam jagaan mana-mana orang yang dia dengan munsabah mengesyaki adalah seorang penagih dadah; :Orang ini boleh ditahan tidak melebihi 24 jam untuk menjalani ujian.

Seksyen 4TAHANAN BAGI MENJALANI UJIAN

Digunakan apabila ujian tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam 4(1) : Dilepaskan dengan jamin dengan penjamin @ tanpa penjamin 4(2) : Peruntukan mendapatkan Perintah Tahanan Majistret apabila seseorang yang disyaki penagih dadah ditahan untuk menjalani ujian-ujian melebihi 24 jam

Seksyen 5OBLIGASI PENAGIH YANG DISYAKI

Seksyen 5(1) : Penagih dadah yang disyaki WAJIB untuk menjalani prosedurprosedur ujian termasuk ujian urin; Sek. 5(2) :

satu kesalahan bagi penagih yang disyaki tidak Sub-Seksyen(1);


Hukuman : Penjara tidak lebih 3 bulan @ denda @ kedua duanya

mematuhi

Seksyen 6PERINTAH PEMULIHAN Pusat Pemulihan Seksyen 6(1)(a) Tempoh : 2 tahun Pengawasan : 2 tahun

Seksyen 6(1)(b)

Pengawasan Tempoh : Tidak kurang 2 tahun & tidak lebih 3 tahun

Seksyen 6(2) SYARAT-SYARAT PERINTAH PENGAWASAN

Seseorang penagih dadah yang diperintah menjalani pengawasan perlu mematuhi syarat-syarat berikut :i. ii. Tinggal di dalam Negeri atau Wilayah Persekutuan atau kawasan yang dinyatakan di dalam perintah; Tidak boleh meninggalkan kawasan tempat tinggal tanpa kebenaran Ketua Pengarah;

iii. Melaporkan diri di balai polis yang berdekatan;

iv. Tidak boleh mengambil, mengguna atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;
v. Menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan tempat yang diperintah oleh pegawai; dan

vi. menjalani program pemulihan yang diseliakan oleh kerajaan

Seksyen 8 RAWATAN & PEMULIHAN SUKARELA (DEWASA)

Penagih dadah yang secara sukarela memohon untuk menjalani rawatan dan pemulihan dengan AADK. Boleh memilih samada : a) PUSPEN

b) Pengawasan
Tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Sek 6(2) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan)1983.

Seksyen 9 RAWATAN & PEMULIHAN SUKARELA (BELUM DEWASA)

Ibubapa atau penjaga boleh memohon kepada Pegawai Pemulihan untuk anaknya yang belum dewasa dirawat atau dipulihkan Boleh memilih samada : a) PUSPEN b) Pengawasan Peruntukan Seksyen 8 digunapakai

Seksyen 10PUSAT PEMULIHAN

Pemberitahuan dalam Pemulihan oleh Menteri

warta

penubuhan

Pusat

Seksyen 11 LEMBAGA PELAWAT

Ditubuhkan di setiap PUSPEN dan ahlinya dilantik oleh Menteri

Seksyen 12 PENYINGKATAN KEDIAMAN DI PUSAT PEMULIHAN

Seksyen 12(1) - Ketua Pengarah boleh menyingkatkan tempoh kediaman di mana-mana Pusat Pemulihan berkenaan dengan mana-mana orang atas sebab-sebab yang didapatinya mencukupi jika orang itu telah menjalani tempoh kediaman selama genap 12 bulan.

Seksyen 12(2) - Ketua Pengarah boleh dengan keizinan bertulis Menteri, melepaskan dari Pusat Pemulihan itu seseorang yang belum lagi menjalani tempoh kediaman selama genap 12 bulan di Pusat itu atas sebab-sebab khas yang berhubungan dengan kebajikan orang itu.

Seksyen 16 PUSAT PERSENDIRIAN BAGI RAWATAN & PEMULIHAN DAN JAGAAN LANJUTAN

Pengendalian Pusat Rawatan Dan Pemulihan Penagih Dadah: Orang Perseorangan, Organisasi, Badan Dan Kumpulan Orang Seksyen 16(1) :
1. Menteri boleh membatalkan kelulusan yang di beri di bawah Seksyen 16(1) diatas tanpa notis 2. Pemberitahuan kelulusan dan pembatalan disiarkan dalam Warta Kerajaan 3. Seseorang masih menjadi penagih dadah tidak boleh mengendalikan atau membantu dalam pengendalian tempat rawatan, pemulihan atau jagaan lanjutan satu kesalahan boleh dihukum denda atau penjara tidak lebih 5 tahun atau lebih

Seksyen 17 PEMINDAHAN DI ANTARA PUSAT-PUSAT

Mana-mana orang yang menjadi penghuni di sesuatu Pusat Pemulihan boleh pada bila-bila masa diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dipindahkan untuk tinggal di sesuatu Pusat Pemulihan yang lain dan jika diarahkan sedemikian orang itu hendaklah dipindahkan ke Pusat Pemulihan yang lain itu.

Seksyen 18 PEMBERITAHUAN WAJIB MENGENAI PENAGIH DADAH

Pengamal Perubatan Berdaftar dan Pegawai Perubatan Kerajaan memberitahu kepada Ketua Pengarah AADK maklumat orang yang dirawat ketagihan dadah. Kesalahan - Jika melanggar peruntukan Seksyen Ini denda tidak lebih RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja)

Seksyen 19 JAGAAN YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Kesalahan ini disiasat di bawah Seksyen 19(3) seperti siasatan Kanun Acara Jenayah; Laporan polis perlu dilakukan oleh :1. Komandan Pusat Pemulihan jika penagih lari dari Pusat Pemulihan; dan

2.

Pegawai lari semasa di bawah jagaan pegawai yang menahan atau mengawalnya

Seksyen 20 KESALAHAN OLEH PENGHUNI DI PUSAT PEMULIHAN DAN JAGAAN LANJUTAN

Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:1. Melanggar Terma dan Syarat di Pusat Pemulihan 2. Melanggar Kaedah Pusat Pemulihan 3. Mengapi-apikan Penghuni Pusat Pemulihan supaya melanggari Kaedah Pusat 4. Menggunakan Perkataan Atau Gerak Syarat Lucah, Mengancam, Menghina Atau Mencela Kepada Pegawai/Kakitangan Pusat Pemulihan Apabila disabitkan, boleh dikenakan denda atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 21 TEMPOH PEMENJARAAN ATAU TAHANAN HENDAKLAH DISIFATKAN SEBAGAI TEMPOH KEDIAMAN, JAGAAN LANJUTAN ATAU PENGAWASAN

Antara kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:1. Melanggar Terma dan Syarat di Pusat Pemulihan 2. Melanggar Kaedah Pusat Pemulihan 3. Mengapi-apikan Penghuni Pusat Pemulihan supaya melanggari Kaedah Pusat 4. Menggunakan Perkataan Atau Gerak Syarat Lucah, Mengancam, Menghina Atau Mencela Kepada Pegawai/Kakitangan Pusat Pemulihan Apabila disabitkan, boleh dikenakan denda atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 22 SUMBANGAN KOS SARAAN, RAWATAN DAN PEMULIHAN

Majistret boleh membuat Perintah menghendaki mana-mana orang, jika orang belum dewasa ibubapa atau penjaga

membayar apa-apa amaun sebagai sumbangan kos kepada Ketua Pengarah Majistret menimbang laporan pegawai pemulihan dan orang itu boleh membuat representasi Majistret boleh membatal, mengubah atau membuat Perintah baru Apa-apa amaun yang kena bayar dan terhutang menjadi hutang sivil dan boleh dituntut oleh Kerajaan

Seksyen 23 PERWAKILAN OLEH KETUA PENGARAH

Ketua Pengarah boleh mewakilkan secara bertulis kepada mana-mana pegawai mengikut nama atau jawatan apa-apa kuasa yang diberi kepadanya.

Seksyen 25 PERLINDUNGAN ORANG-ORANG YANG BERTINDAK DIBAWAH KUASA AKTA INI

Orang yang melakukan apa-apa tugas menurut manamana peruntukan akta ini atau mana-mana undangundang perundangan kecil di bawah tidak tertakluk kepadanya apa-apa liabiliti sivil atau jenayah berkenaan dengannya.

Seksyen 26 AKTIVITI MEMBANTU RAWATAN DAN PEMULIHAN

Penghuni di Pusat Pemulihan boleh melibatkan diri dalam aktiviti di dalam atau luar Pusat Pemulihan yang boleh membantu program rawatan dan pemulihannya.

Seksyen 27 MEMISAHKAN ORANG BELUM DEWASA

Jika seseorang belum dewasa ditahan dalam jagaan atau dikehendaki tinggal di Pusat Pemulihan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, atau sedang dipindahkan ke sesuatu tempat atau dari sesuatu tempat semasa dalam jagaan tersebut, atau semasa dalam tempoh kediaman, mengikut mana yang berkenaan, perkiraan hendaklah dibuat supaya dia ditahan dalam jagaan itu atau tinggal sedemikian atau dipindahkan sedemikian, menurut cara yang akan memastikan bahawa dia tidak bercampur dengan dan dipisahkan dari orang dewasa atau orang-orang dewasa yang sedang ditahan dalam jagaan atau tinggal sedemikian atau sedang dipindahkan sedemikian.

Seksyen 28 KAEDAH-KAEDAH

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan akta ini tanpa mengurangkan keluasan peruntukan-peruntukan akta yang tersebut .

You might also like