You are on page 1of 45

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN
MODUL PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
BIL. 2/2019

KEBOLEHLAKSANAAN
MODUL

DR. MASHIRA BINTI YAHAYA


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
KEBOLEHLAKSANAAN MODUL

KANDUNGAN SLOT 3

Apakah Modul?

Proses Pembinaan Modul


Berdasarkan Model Russell (1974)

Membina Kekuatan Jiwa Melalui


Kunci Modul Pemantapan Sahsiah
(MOSPES)
APAKAH MODUL??
MAKSUD
Modul merupakan unit-unit
yang terkandung dalam satu
keseluruhan yang lebih besar
dengan tujuan menggerakkan
dan menguruskan tingkah laku
menuju kepada matlamat yang
ingin dicapai (Sharifah Alwiah,
MAKSUD 1981).
Modul merupakan satu pakej
pengajaran dan membolehkan
seseorang pelajar menguasai
satu unit kandungan mata
pelajaran sebelum bergerak ke
unit yang lain (Russell, 1974).
APAKAH MODUL??

• Modul Intervensi Jenayah Remaja (Juvana)”


dibahagikan kepada beberapa unit dan setiap unit
mempunyai objektif-objektif tertentu, aktiviti-aktiviti,
kaedah dan rasional pelaksanaannya (Hamidah &
Hamdan, 2003).

• “Modul Penyalahgunaan Dadah” oleh Jamaludin (2007)


mempunyai struktur yang terdiri daripada tajuk aktiviti,
tempoh masa, peralatan, objektif, langkah-langkah
aktiviti, rumusan dan falsafah.
APAKAH MODUL??

• Modul Pemantapan Sahsiah (MOSPES) dan E-MAN oleh


Mashira Yahaya (2017; 2015) mempunyai unit-unit kecil
yang di dalamnya pula ada tajuk kecil, tempoh masa,
bahan peralatan, objektif, set induksi, langkah-langkah
aktiviti, rumusan, falsafah, latihan pengukuhan dan
nota rujukan.
BIDANG MODUL

MODUL MODUL BUKAN


AKADEMIK AKADEMIK

Modul Modul Perkembangan


Pengajaran Kerjaya, Modul Latihan,
Modul Bimbingan dan
Modul Motivasi

Page 6
JENIS-JENIS MODUL

1. MODUL PENGAJARAN
Modul pengajaran iaitu modul yang berfokus kepada
pengajaran dan pembelajaran sama ada di sekolah
rendah, menengah, kolej dan universiti.

Setiap pelajar akan melaksanakan sendiri modul dan


guru tidak perlu berada bersama dengan pelajar.

2. MODUL MOTIVASI
Membantu pelajar meningkatkan motivasi dalaman.
Modul ini biasanya disediakan untuk guru, fasilitator
atau moderator untuk mengendalikan pelbagai aktiviti
yang terdapat dalam modul itu.
JENIS-JENIS MODUL

3. MODUL LATIHAN
Modul berbentuk latihan perkembangan
untuk meningkatkan kecekapan kakitangan
sesebuah organisasi.

4. MODUL AKADEMIK
Modul yang berkonsepkan memberi kemudahan
khususnya kepada pelajar universiti atau kolej.

Modul ini mengandungi bahan nota lengkap yang


telah disediakan yang akan diajar oleh para
pensyarah.
JENIS-JENIS MODUL

5. MODUL BIMBINGAN

•Membimbing pelajar untuk memahami dirinya,


menyesuaikan diri dan alam sekeliling sehingga
dapat mengambil tindakan yang betul masa
sekarang dan masa hadapan.

•Modul ini mempunyai aktiviti-aktiviti dan nota


yang disediakan.
KATEGORI MODUL

TIDAK
BANTUAN MEMERLUKAN
FASILITATOR BANTUAN
FASILITATOR

Page 10
PROSES PEMBINAAN MODUL BERASASKAN MODEL

•Modul yang dibina akan menjadi lebih


sistematik dengan berpandukan suatu
reka bentuk suatu model dan peringkat-
peringkat tertentu dalam proses
menyiapkan dan melaksanakannya.
PROSES PEMBINAAN MODUL BERASASKAN MODEL

i. Bilik Darjah: Model Gerlach dan Ely, Dick dan Reiser,


Heinich, Molenda, Russell & Smaldino (ASSURE), The
Kemp Model dan Model Sharifah Alwiah Alsagoff (1981).

ii. Produk/Bahan: Model Van Patten, Leshin, Pollock dan


Reigeluth.

iii. Sistem: Dick dan Carey; Seel dan Glasgow; Diamond.

• Contoh lain; menggunakan model pembinaan modul


Sidek Mohd Noah (2003) dan model Russell (1974).
PROSES PEMBINAAN
MODUL
BERDASARKAN
MODEL RUSSELL
(1974)
PROSES PEMBINAAN MODUL
Membina Modul

Menentukan Objektif Modul

Membina Soalan/Item Pengukuran

Analisis dan Penentuan Pencapaian Pelajar/Klien

Susun Modul Mengikut Urutan dan Pemilihan Media

Proses Mencuba Modul Ke Atas Pelajar/Klien

Menentukan Kesahan Modul (Kesahan Pakar)

Menentukan Kebolehpercayaan Modul (Kajian Rintis)

Modul Sedia Digunakan


Rajah 1: Proses Pembinaan Modul (Russell, 1974: 33)
1. Menentukan Objektif Modul

Langkah pertama iaitu menetapkan objektif yang


spesifik yang perlu dicapai.

Objektif tingkah laku yang hendak dicapai memadai


sebanyak tiga atau empat objektif sahaja.
2. Membina Item Pengukuran Modul

Langkah kedua ialah membina item pengukuran modul


bagi menguji kefahaman pelajar/klien tentang modul
yang dibina.

Soalan yang dibina adalah berdasarkan objektif yang


telah dibina atau kandungan modul tersebut.

Item pengukuran modul boleh digunakan semasa


menggunakan modul dan semasa sesi penilaian
modul/rintis modul.
3. Analisis dan Penentuan Pencapaian
Pelajar/Klien

Langkah ketiga, pengkaji atau pembina modul perlu membuat


analisis kategori pelajar/klien dan menentukan pencapaian
mereka supaya penggunaan modul berjalan lancar.

Perlu mengambil kira kebolehan, kecerdasan dan kemampuan


pelajar/klien.

Contoh MOSPES: membuat analisis tentang keupayaan klien


membaca al-Quran kerana modul ini memerlukan pelajar/klien
membaca surah al-Fatihah, surah al-Hasyr 59: 21-24 dan surah
Taa Haa 20: 1-5. Justifikasi menggunakan surah tersebut sebagai
ikhtiar penyembuhan penyakit keras hati.
4. Susun Modul Mengikut Urutan dan Pemilihan Media

Menyusun instruksi (modul atau unit-unit kecil dalam


modul) dan memilih media yang sesuai.

Beri justifikasi berapa unit-unit kecil tersebut.

Penyusunan modul mengikut urutan dan pemilihan


media bertujuan untuk mengoptimumkan pengurusan
dan penyampaian dalam modul. Contoh-contoh media
seperti gambar-gambar dan video compact disk.
5. Mencuba Modul

•Untuk mengetahui kebolehlaksanaan


Modul.

•Pembina modul akan dapat mengesan dan


memperoleh pelbagai maklumat berkaitan
dengan modul iaitu dari segi tempoh masa,
pemahaman setiap aktiviti yang dijalankan,
kesesuaian urutan modul, kesesuaian bahan
media dan sebagainya.
5. Menentukan Kesahan Modul (Kesahan Pakar)

- Untuk mengetahui kebolehlaksanaan Modul.

-Menilai struktur dan isi kandungan modul.

-Siapakah pakar tersebut?? Berapa?? Kepakaran apa??

- Pembina modul perlu menulis tentang maklum balas pakar, komen


lisan dan gerak isyarat bukan lisan untuk keperluan semakan dan
pemurnian modul.
6. Menentukan Kesahan Modul (Kesahan Pakar)

Menurut Russell (1974), syarat-syarat yang meletakkan


bahawa sesebuah modul mempunyai kesahan adalah seperti
berikut:

i. Modul Perlu Menepati Sasaran Populasi

ii. Situasi Instruksi atau Kaedah Pelaksanaan Modul

iii.Masa yang diambil untuk menghabiskan modul

iv.Modul Berjaya Meningkatkan pencapaian pelajar

v. Modul berjaya mengubah tingkah laku pelajar ke arah


lebih cemerlang
Soal sldk
5. Menentukan Kesahan Modul (Kesahan Pakar)

Jumlah Skor Pakar (X) x 100 % = Tahap


Skor Maksimum (25) Penguasaan Kesahan
Kandungan

Sumber: Jamaluddin Ahmad (2010)


7. Menentukan Kebolehpercayaan Modul (Kajian Rintis)

• Merupakan proses menguji keberkesanan modul.

• Berdasarkan pendapat Russell (1974) iaitu


menguji kebolehpercayaan modul adalah
untuk melihat sejauh mana pelajar dapat
mengikuti langkah-langkah aktiviti dalam
modul dengan jayanya.
MODUL PEMANTAPAN SAHSIAH (MOSPES)

•Strategi untuk seseorang memperoleh


kawalan kendiri.

•MOSPES menggunakan pendekatan spiritual.

•Merupakan cara-cara mengelakkan diri


daripada terlibat dalam gejala sosial
MANTAP DIRI
MELALUI PENGAWASAN DIRI
SENDIRI

01 02 03 04

AMALAN AMALAN TINGKAH LAKU


AKIDAH
PENGAWASAN AGAMA DAN AKHLAK
DIRI 6M POSITIF
(Kunci
MOSPES)
Bagaimana KITA MENGAWASI
DIRI SENDIRI???
FORMULA 6M
i. Menghitung Diri (Muhasabah)
ii. Menyesali Diri (Mu’atabah)
iii. Menetapkan Azam (Musyaratah)
iv. Berusaha Bersungguh-Sungguh (Mujahadah)
v. Mengawasi Diri (Muraqabah)
vi. Menghukum Diri (Mu’aqabah)
1. AKIDAH

Adanya pengawasan Ilahi dalam setiap


tindakan. Allah SWT Maha Melihat.

1. Takut Kepada Allah SWT


2. Balasan Azab Api Neraka
3. Balasan Azab Kubur
4. Dosa dan Pahala
• NOTA 2
2. AMALAN AGAMA

1. Solat Wajib
2. Solat Sunat contoh Solat Tahajud dan Solat
Taubat
3. Membaca al-Quran
4. Berselawat
5. Berdoa
6. Berzikir
7. Menjaga Tujuh Pancaindera
8. Menjaga Makan dan Minum Sama Ada Halal
atau Haram.
TINGKAH LAKU DAN AKHLAK

1. Latihan Jiwa
2. Kaedah Berlawanan Dengan Tingkah
Laku Negatif
MODUL UNIT 1

•Surah al-Fatihah
•Surah Taa Haa: 1-5
•Surah al- Hasyr: 21- 24
MUHASABAH (MENGHITUNG DIRI)

Menghitung diri sendiri dengan merenung


diri, menilai setiap tindakan dan tingkah laku
yang dilakukan setiap hari selama ini, sama
ada lebih banyak melakukan kebaikan atau
kejahatan.

Semua kebaikan dan keburukan diri perlu


disenaraikan.

PUNCA?
MU’ATABAH (MENYESAL)

• Mu’atabah ialah perasaan menyesal seharusnya


timbul dalam diri selepas penilaian terhadap diri
sendiri telah dilakukan (refleksi diri).
• Harus berasa bersalah apabila sedar bahawa diri
tidak bertindak dengan betul sebagai seorang
Muslim.
• Mesti berani mengkritik dan menasihati diri
sendiri. Hal ini merupakan tanda berani
menghadapi kenyataan hidup.
MUSYARATAH (TETAPKAN AZAM)

Kaedah Musyaratah iaitu menetapkan syarat untuk


diri dan berazam untuk membaiki kelemahan diri.

Mempunyai satu wawasan dengan matlamat dalam


pembelajarannya atau dalam kehidupannya secara
bertulis.

Seterusnya berazam kuat untuk merealisasikannya


terutama mengubah tingkah laku negatif kepada
positif.
MUJAHADAH (BERJUANG)

Untuk memperoleh azam yang ditetapkan


itu memerlukan semangat, usaha dan
berjuang dengan bersungguh-sungguh
bersungguh-sungguh untuk meninggalkan
semua salah laku atau dikenali dengan
MUJAHADAH (BERJUANG).

Perlu ada ketahanan diri!


PENGAWASAN DIRI (MURAQABAH)

Muraqabah bermaksud mengawasi sendiri segala


tingkah laku dan tindakan yang akan diambil.

Kesedaran tentang konsep pengawasan dari Ilahi.


Perlu selalu berhati-hati agar tidak mengulangi lagi
tingkah laku yang buruk.

Justeru, perlu mengingat dan menghafal azam dan


matlamat yang telah digariskan sehingga apabila
terbit perasan hendak melakukan kejahatan bayang-
bayang pengawasan Ilahi akan timbul.
MU’AQABAH (MENGHUKUM DIRI)

• Mua’qabah bermaksud berani menghukum diri


setelah gagal mengawas diri sendiri.

• Melatih diri menerima hukuman atau denda


terhadap diri sendiri untuk kebaikan diri sendiri.

• Cadangan hukuman iaitu menetapkan denda yang


bersesuaian seperti membaca al-Quran dengan
tujuan memperbaiki tingkah laku dan jiwa,
melatih sabar dengan berpuasa, berzikir dan solat
sunat.
CADANGAN MENANGANI MASALAH
PENAGIHAN DADAH

TERAPI ZIKIR

•APA ALASANNYA?

TERAPI MANDI

•APA ALASANNYA?
TERAPI ZIKIR

Berzikir kepada Allah S.W.T. (zikrullah) yang


merupakan satu amalan yang boleh mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T. dan memperoleh
ketenangan. Seperti mana firman Allah S.W.T. yang
bermaksud:

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram


hati mereka dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah
hati manusia”
(Surah al-Ra’d 13: 28)
TERAPI MANDI
Dalam al-Quran Surah al-Anfal 8: 11 yang bermaksud;

“…..dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu


hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air
hujan itu dan menghapuskan dari kamu gangguan
syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan
menetapkan dengannya pendirian (kamu di medan
perjuangan)”

Ayat di atas menggambarkan bahawa air hujan boleh


menyembuhkan penyakit gangguan syaitan dan
mengubati jiwa manusia agar menjadi baik.
TERAPI MANDI

Dalam al-Quran Surah Sad 38: 42 yang bermaksud;

“(maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami


perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) Dengan
kakimu" (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu
Kami berfirman kepadanya): "Ini ialah air sejuk untuk mandi
dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan
batin)”

Dalam hal ini Allah S.W.T. memerintahkan nabi Ayyub A.S.


agar menghentakkan kakinya sehingga keluar air dari bumi
dan mandi serta minum air tersebut bagi merawat penyakit
yang dihidapinya.
TERAPI MANDI

• Kajian Masaru Emoto (2005) mendapati bahawa bentuk-


bentuk molekul boleh berubah mengikut ucapan yang
dibacakan ke atas air tersebut iaitu sekiranya dibacakan
dengan doa ayat suci al-Quran dan kata-kata yang baik,
bentuk molekul air akan menjadi cantik seperti kristal.

• Sebaliknya jika diucapkan dan diperdengarkan pada air


ucapan, kata-kata yang kesat dan buruk atau didengarkan
muzik rock dan sebagainya, pembentukan molekul air tidak
lagi indah seperti kristal sebaliknya berkecamuk, tidak sekata
dan tidak mempunyai sebarang bentuk (Masaru Emoto,
2005).

RAWATAN PYKT DADAH


AKTIVITI MEMBINA UNIT
DALAM MODUL
BERDASARKAN OBJEKTIF
YANG DIRANCANG
RUMUSAN
Pelaksanaan modul ini sudah dianggap berjaya sekiranya
dapat mengubah sikap klien menjadi lebih baik dari
sebelumnya dari segi penampilan tingkah laku dan sahsiah
pelajar, menghormati guru dan minat untuk belajar yang
semakin meningkat.

Harus diingatkan dalaman manusia adalah tidak sama antara


satu sama lain iaitu ada orang boleh diubah dengan cepat
dan ada orang memerlukan masa yang panjang untuk
berubah, di samping hidayah dari Allah S.W.T.

Justeru, pencapaian perubahan seratus peratus tingkah laku


serta akhlak yang positif memerlukan pemantauan yang
berpanjangan.
Q&A
TERIMA KASIH

THANK YOU SO MUCH

You might also like