You are on page 1of 3

Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia

Projek Tahun Akhir

Pembinaan Modul (Maklumat Umum)

Modul boleh ditakrifkan sebagai satu pakej pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar
sendiri yang lengkap dengan arahan dan tatacara yang sistematik tentang komponen-
komponen pengajaran pembelajaran seperti:

objektif,
bahan dan aktiviti pembelajaran, dan
aktiviti penilaian

Matlamat utama adalah untuk membolehkan pelajar, sama ada secara individu atau
berkumpulan, mengikuti atau melaksanakan setiap aktiviti atau langkah bagi menguasai
sesuatu unit pembelajaran (Kamdi Kamil, 1990).

Modul boleh dilaksanakan dalam bentuk akademik dan bukan akademik (Russell, 1974).
Pengajaran bermodul secara akademik boleh dilaksanakan sama ada di sekolah, kolej atau
universiti. Dalam konteks bukan akademik pula, penggunaan modul boleh dilaksanakan
seperti dalam aktiviti mempertingkat diri, latihan, kegemaran merekacipta, pengembaraan
dan rekreasi.

Jamaludin Ahmad (2002) membahagikan modul kepada empat jenis berdasarkan kepada
tujuan pembinaan sesuatu modul iaitu modul pengajaran, modul motivasi, modul latihan
dan modul akademik.

Modul Pengajaran
Modul jenis ini lebih berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
kolej dan universiti. Modul jenis ini diperkenal untuk membantu kumpulan sasaran
memahami atau menguasai aspek-aspek atau tajuk-tajuk tertentu dalam bidang
akademik.

Modul Motivasi
Modul ini dibangunkan untuk membantu kumpulan sasaran mempertingkat motivasi
dalamannya agar mencapai matlamat yang ditetapkan. Kebiasaannya modul jenis
ini mempunyai pelbagai aktiviti, latihan dan permainan. Modul ini kebiasaannya
dikendalikan oleh fasilitator atau moderator. Segala arahan, penerangan dan
pelaksanaan kesemua aktiviti dalam modul ini akan disampaikan oleh fasilitator dan
moderator dan kumpulan sasaran hanya mengikuti segala arahan dan penerangan
untuk dilaksanakan oleh mereka.

Modul Latihan
Modul ini merupakan modul berbentuk latihan perkembangan yang diusahakan oleh
pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan kecekapan warga kerja di sesebuah
organisasi. Modul ini kebiasaannya dikendalikan dalam bentuk kursus-kursus jangka
pendek atau jangka panjang dan peserta-peserta kursus pula akan mengikuti segala
arahan yang dikeluarkan oleh fasilitator.

Modul Akademik
Modul jenis ini merupakan modul yang berkonsep memberi kemudahan khususnya
kepada pelajar-pelajar universiti bagi mengikuti pengajian mereka di IPTA/IPTS.
Modul akademik ialah modul yang mengandungi bahan nota lengkap yang telah
disediakan oleh pensyarah untuk diberikan kepada pelajar.
Rujukan

Jamaludin Ahmad (2002). Kesahan, kebolehpercayaan dan keberkesanan modul program


maju diri ke atas motivasi pencapaian di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah
negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Putra
Malaysia, Serdang.

Kamdi Kamil (1990). Potensi modul sebagai bahan pengayaan kendiri dalam mata pelajaran
Alam dan Manusia. Jurnal Pendidikan Guru, 6, 53-70.

Russell, J.D. (1974). Modular instruction: A guide to design, selection, utilization and
evaluation of modular materials. New York: Publishing Company.

Pembinaan Modul (Maklumat Penulisan)

Penulisan laporan projek penyelidikan yang melibatkan pembinaan modul lazimnya


mengikut urutan seperti berikut:

BAB 1 Pendahuluan
o Bahagian ini memperkenalkan tujuan pembinaan modul, bidang ilmu atau skop
tajuk yang dikaji dan diberi penekanan dalam modul yang dibina, kerangka
konseptual, kepentingan pembinaan modul, dan definisi istilah.

BAB 2 Sorotan Karya Terpilih


o Bab ini dimulai dengan pendahuluan dan diakhiri dengan rumusan. Bahagian ini
hendaklah meliputi huraian penyelidikan terdahulu dan maklumat latarbelakang
berkaitan tajuk atau skop modul yang dibina. Tujuan bahagian ini adalah untuk
membolehkan anda menghubungkaitkan kajian (model/teori/pendekatan)
terdahulu dengan kerangka teori modul anda, memberi cadangan pengkaedahan
atau teknik serta idea baru yang boleh diguna dalam kajian anda, dan memberi
panduan sumber rujukan lain yang berkaitan.

BAB 3 Metodologi
o Bab ini membincangkan dengan mendalam rekabentuk modul yang dibina dan
komponen-komponen yang disenaraikan dalam modul, kumpulan sasaran,
persekitaran pembelajaran/latihan yang bersesuaian bagi perlaksanaan modul.
Tatacara perlaksanaan termasuk analisa keperluan (needs analysis), sumber dan
peralatan serta lain-lain perkara yang berkaitan dengan proses pembinaan dan
perlaksanaan modul turut dijelaskan.

BAB 4 Dapatan
o Bab ini menghuraikan hasil analisis data atau dapatan yang berkaitan tentang
kesesuaian rekabentuk modul yang dibina. Penganalisaan Kebolehlatihan
(Trainability Analysis) dan perkara berkaitan penyelesaian latihan dan bukan
latihan turut dihuraikan dalam bahagian ini. Perkaitan antara hasil atau
dapatan dengan sorotan karya

BAB 5 Modul Latihan


o Bab ini memberi penerangan lanjut tentang kandungan manual latihan
kumpulan tertentu iaitu jurulatih dan pelatih. Aktiviti dan tatacara
perlaksanaan yang diperincikan dalam manual juga dijelaskan. Bab ini turut
mengulaskan bentuk rancangan penilaian modul (evaluation strategies) dan
rancangan pengurusan kendiri (self-management). Manual yang dihasilkan perlu
disertakan sebagai Appendix.

BAB 6 Perbincangan
o Bab ini membentang dan mengulas hasil perlaksanaan dan penilaian modul yang
dibina. Implikasi teoretikal dan/atau praktikal, limitasi yang dikenalpasti turut
dihuraikan beserta dengan cadangan dan kesimpulan.
Pembinaan Modul (Cadangan Format Manual)

1.0 Tajuk Modul

Menerangkan tajuk atau subjek, atau kursus.

2.0 Grid Kurikulum/Program

Memaparkan isi kandungan modul yang mengandungi tajuk-tajuk dalam kurikulum serta
tajuk-tajuk bagi setiap unit.

3.0 Panduan Menggunakan Modul

Struktur modul perlu dijelaskan, terutamnaya jika modul dipecahkan kepada beberapa unit.
Prosedur penggunaan modul diterangkan serta simbol-simbol yang digunapakai untuk input,
aktiviti, maklumbalas dan lain-lain. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar
mestilah jelas.

4.0 Pernyataan Tujuan

Terdapat pernyataan tentang kumpulan sasaran dan di mana kedudukan modul itu di dalam
program pengajian, subjek atau kursus.

5.0 Prasyarat kemahiran dan pengetahuan

Menerangkan mengenai pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk mencapai


objektif modul.

6.0 Objektif Umum

Objektif umum perlu diberikan dalam bentuk umum dan khusus. Kedua-duanya mestilah
bersifat objektif tingkahlaku (behavioural objective) iaitu pencapaian yang boleh diukur
dan dilihat. Objektif ini perlu dinyatakan pada permulaan modul dan juga pada permulaan
unit-unit dalam modul berkenaan

7.0 Peralatan dan sumber yang perlu digunakan bersama-sama modul

Perlu disenaraikan dengan terperinci setiap peralatan dan tujuan peralatan yang digunakan
bagi menjalankan modul. Jika jawapan kepada soalan, hasil tugasan dan bentuk hasilan lain
perlu dibuat menggunakan sebarang jenis media, maka semua itu perlu dijelaskan.

8.0 Rujukan

Buku-buku rujukan, artikel, bahan ujian, bahan filem dan slaid, CD, VCD, DVD atau pegawai
personalia yang boleh dirujuk dinyatakan dalam modul.

9.0 Aktiviti-aktiviti pengajaran tersusun

Aktiviti-aktiviti pengajaran tersusun (sequenced instructional activities) adalah teras


kepada modul dan merupakan isi kandungan modul. Aktiviti ini dibuat dalam bentuk input-
process-output ataupun input-practice-feedback bagi setiap aktiviti. Semua soalan dalam
teks, penilaian kendiri dan maklumbalas perlu dimasukkan ke dalam bahagian ini.

10.0 Evaluation strategies


Jenis, tahap dan rekabentuk penilaian modul bagi mengenalpasti sama ada tujuan dan
objektif umum tercapai hasil daripada latihan yang diberi/dijalankan.

You might also like