You are on page 1of 30

PEMBINAAN MODUL

PENGENALAN

• Greager dan Murray (1985) menyatakan bahawa


modul adalah satu unit pengajaran yang lengkap
dan bebas dengan fokus utamanya ialah untuk
Definisi mencapai beberapa objektif yang dinyatakan.
• Rusell (1974), modul merupakan satu pakej
pengajaran berkaitan dengan satu unit konsep
mata pengajaran.
10 ANDAIAN MODUL
• Modul lebih berkesan jika disampaikan secara individu, namun begitu boleh juga
disampaikan secara berkumpulan.
• Modul mempunyai satu tajuk besar yang kemungkinan dipisahkan menjadi tajuk-tajuk yang
kecil.
• Modul mempunyai arahan-arahan serta penerangan yang mudah dan tepat.
• Modul adalah khas untuk pelajar yang boleh membaca dan memahami isi kandungan
bacaan yang dibaca, namun begitu bantuan audio boleh digunakan jika pelajar menghadapi
masalah.
• Modul boleh diubah suai mengikut tahap pencapaian pelajar.
10 ANDAIAN MODUL
• Modul dicipta kerana wujudnya tahap perbezaan pencapaian pelajar.
• Modul juga boleh digunakan untuk aktiviti yang bukan bersifat akademik.
• Modul kebiasaannya mempunyai pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelajar.
• Modul boleh dinilai melalui soalan-soalan atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
• Terdapat juga modul yang dilengkapi dengan gambar rajah, graf dan carta bagi
menarik minat pelajar.
KEGUNAAN MODUL
Bahan Pengajaran

Mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran

Menetapkan kebolehan yang sama diperingkat awal


sebelum memulakan satu pembelajaran baharu

Merancang kursus melalui pos atau pengajaran jarak


jauh
KRITERIA MODUL

• Sharifah Alwiah Alsagoff (1981) menyatakan bahawa ciri-ciri


modul sangat penting kepada pembina-pembina modul kerana ia
dapat memberi gambaran jelas bagaimana modul tersebut dapat
memberi manfaat kepada penggunanya.
13 KRITERIA PEMBENTUKAN
MODUL
Satu Golongan Pengguna
• Setiap modul mestilah ditujukan khas kepada satu golongan pelajar yang lebih kurang sama dari segi
kebolehan, penguasaan perbendaharaan kata dan sifar-sifat lain yang dianggap perlu.

Satu atau beberapa konsep


• Oleh sebab modul adalah satu unit kecil yang serba lengkap, jelaslah hanya satu atau beberapa konsep
sahaja yang boleh dimuatkan di dalam satu modul.

Objektif Tingkah Laku


• Penyataan pencapaian yang harus dicapai atau diperolehi oleh pelajar setelah mengikuti modul.
Penyataan ini dibuat dalam bentuk objektif tingkah laku yang boleh dilihat dan diukur.
13 KRITERIA PEMBENTUKAN
MODUL
Isi kandungan yang berkaitan
• Penjelasan yang disediakan adalah untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan di awal modul .

Pelbagai media
• Pemilihan media yang digunakan dalam modul adalah berpandukan kepada keperluan dan kehendak
objektif modul. Penggunaan media perlulah terjalin rapi dan bukannya digunakan sebagai sisipan.

Pengajaran lengkap atau tambahan

• Modul boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan atau tambahan mengikut keperluan keadaan
tertentu.
13 KRITERIA PEMBENTUKAN
MODUL
Memberi petunjuk sendiri
• Harus diletakkan semua arahan dan petunjuk kemajuan supaya pelajar boleh menilai sendiri. Pelajar
dapat menggunakan atau melaksanakan modul tanpa bantuan daripada guru.

Pelbagai strategi
• Modul juga boleh mengandungi pelbagai strategi atau aktiviti seperti aktiviti perbincangan, membaca
buku daripada perpustakaan, membuat uji kaji dan sebagainya.

Kecepatan sendiri
• Modul adalah salah satu pengajaran individu dan pelajar menggunakan kelebihan dan kecepatan
sendiri.
13 KRITERIA PEMBENTUKAN
MODUL
Peneguhan terus menerus
• Keteguhan ini merupakan jawapan-jawapan betul yang diberi dalam modul setelah pelajar menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan.

Latihan yang cukup


• Para pelajar diberi latihan yang cukup mengenai konsep, kemahiran dan sebagainya.

Penilaian
• Pelajar dinilai sebagaimana yang dinyatakan dalam objektif. Penilaian ini dikemukakan dalam ujian
awal, ujian akhir dalam pembelajaran modul tersebut.

Ujian luar
• Modul yang telah siap hendaklah terlebih dahulu diuji penggunaannya kepada golongan pelajar yang
dinyatakan. Setelah diuji, pembetulan boleh dibuat supaya modul tersebut akan lebih berkesan dan
mencapai objektif.
PRINSIP MODUL
Seseorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya dibenarkan belajar
mengikut kadar kefahamannya, iaitu secara tidak terdesak.

Seseorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya isi pelajaran disusun
secara logik dan bahagian-bahagiannya dikaitkan antara satu sama lain.

Seseorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya tidak disogok dengan
terlalu banyak bahan pada satu-satu masa.

Seseorang pelajar boleh belajar dengan berkesan sekiranya dia mengetahui tindak
balas (jawapan) betul atau salah dengan segera dan membetulkannya dengan segera.

Seseorang pelajar boleh belajar dengan berkesan jika motivasi pada dirinya cukup
tinggi.
JENIS-JENIS MODUL

Modul Pengajaran

Jenis-jenis Modul
Modul Akademik

Modul Latihan

Modul Motivasi
CONTOH STRUKTUR MODUL
PEMBINAAN MODUL

• Sesuatu modul yang dibina perlu mengambil kira pelbagai peraturan dan prosedur yang
harus diikuti agar modul yang hendak dihasilkan nanti benar-benar boleh memberikan kesan
yang terbaik.
• Contoh pembinaan prosedur pembinaan modul terdiri daripada Sharifah Alwiah Alsagoff
(1981), prosedur pembinaan Rusell (1974) dan pembinaan modul oleh Sidek Mohd Noah
(2003).
• Walaupun terdapat kelainan dari segi pembinaan dan prosedur namun begitu, maklamat
akhirnya adalah sama iaitu menghasilkan modul yang dapat memberikan kesan yang positif.
PENDEKATAN PROSEDUR PEMBINAAN
MODUL

• Pendekatan Sharifah Alwiah Alsagoff


• Pendekatan Russell
• Modul ubah suaian pendekatan Russell
• Model Pembinaan Modul Sidek
• Modul ADDIE
KESAHAN MODUL

• Mohd Majid Konting (1998) mendefinisikan kesahan sesuatu alat ukuran


merujuk kepada sejauh mana alat tersebut itu mengukur data yang
sepatutnya.
• Sidek Mohd Noah (1997) menegaskan bahawa sesuatu pengukuran
mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur
apa yang mesti diukur adalah tinggi.
PENENTUAN KESAHAN MODUL

Sidek Mohd Noah (1997) Syaharom Abdullah (1990) Murphy dan Davidshover
(1998)
• Kesahan kandungan • Kesahan lahir • Kesahan kandungan
• Kesahan kriteria • Kesahan kandungan • Kesahan gagasan
• Kesahan gagasan • Kesahan ramalan • Kesahan ramalan
• Kesahan serentak • Kesahan serentak
• Kesahan gagasan
JENIS KESAHAN DEFINISI PENGUKURAN
Kesahan Kandungan Merujuk kepada sejauh mana alat 1. Menggambarkan isi kandungan.
ukuran itu mengumpul data yang 2. Menentukan bahagian isi kandungan
merangkumi kandungan sesuatu yang diukur oleh setiap pengukuran
bidang yang dikaji (Mohd Majid item.
Konting, 1998). 3. Membandingkan struktur
pengukuran dengan struktur isi
kandungan.
Kesahan Kriteria Merujuk kepada sejauh mana 1. Perbandingan secara skala markah.
- Kesahan Kriteria perkaitan antara item-item soalan 2. Nilai korelasi.
Jangkaan dalam alat ukuran dengan kriteria
- Kesahan Kriteria luaran yang berkecuali (Sidek
Serentak Mohd Noah, 1998).
Kesahan Gagasan Sekumpulan konsep dalam 1. Pengukuran melalui analisis faktor.
penyelidikan yang tidak wujud
(Sidek Mohd Noah, 1997).
Gagasan ini terdiri daripada
faktor-faktor yang berinteraksi
sesama sendiri.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KESAHAN

• Item-item kandungan soalan mestilah menggambarkan tingkah laku yang


hendak dilihat.
• Item-item soalan dihuraikan dengan jelas.
• Item-item soalan berhubungkait dengan objektif dan alat ukuran.
• Sampel kajian telah mencukupi untuk mengukur kesahan alat ukuran.
• Maklumbalas terhadap item-item soalan dinilai secara konsisten.
SYARAT-SYARAT KESAHAN MODUL

• Perlu menepati sasaran populasi.


• Situasi pengajaran atau kaedah pelaksanaan modul adalah memuaskan.
• Masa yang diambil untuk menghabiskan modul adalah mencukupi.
• Berjaya meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.
• Berjaya mengubah sikap pelajar ke arah lebih cemerlang.
CONTOH SOAL SELIDIK KESAHAN
KANDUNGAN MODUL
KAEDAH PENGIRAAN KESAHAN
KANDUNGAN MODUL
KEBOLEHPERCAYAAN MODUL

• Murphy dan Davidshover (1998) menyatakan bahawa kebolehpercayaan adalah konsistensi


pengukuran.
• Syaharom Abdullah (1990) menyatakan terdapat empat cara pentaksiran pekali untuk
menentukan nilai kebolehpercayaan:
a) Pekali ketekalan dalaman (kaedah berbahagi-dua)
b) Pekali kesetaraan nisbah (kaedah alpha Cronbach)
c) Pekali kesetaraan (kaedah berbentuk setara)
d) Pekali kestabilan (kaedah uji dan uji kembali)
CONTOH SOAL SELIDIK MENILAI
KEBOLEHPERCAYAAN MODUL
CONTOH MODUL

• http://
studentsrepo.um.edu.my/5836/23/19_Lampiran_G_modul_mpk_menghasilk
an_tugasan_bercirikan_lm.pdf
• Modul+Pengajaran+dan+Pembelajaran+Sains+Tahun+6.pdf

You might also like