You are on page 1of 14

PEMBOLEH UBAH KAJIAN

Definisi

• Pemboleh ubah ialah konsep ataupun konstruk


yang diselidik oleh penyelidik (Gay & Arasian,
2000), yakni merupakan ciri atau faktor dalam
sesuatu penyelidikan;yang berubah-ubah dari
segi kualiti atau kuantiti.
Jenis-jenis pemboleh ubah

• 1. Pemboleh ubah tidak bersandar -


independent variable (IV)
• 2. Pemboleh ubah bersandar - dependent
variable (DV)
• 3. Pemboleh ubah moderator -moderator
variable
• 4. Pemboleh ubah pengantara -mediating
variable
Pemboleh ubah tidak bersandar (IV)
• Pemboleh ubah tidak bersandar turut
dikenali sebagai pemboleh ubah penerang
atau pemboleh ubah peramal sesuatu
fenomena.
• Merupakan pemboleh ubah yang penyelidik
ingin tentukan sama ada memberi kesan ke
atas satu atau pemboleh ubah yang lain
(Fraaenkel & Wallen, 1990; Gay, 2006).
Contoh:

Pemboleh ubah tidak


bersandar Pemboleh ubah
bersandar
Kaedah pembelajaran
koperatif Pencapaian akademik
• Kaedah A pelajar
• Kaedah B
Pemboleh ubah bersandar (DV)
• Pemboleh ubah bersandar ialah pemboleh
ubah yang menerima kesan satu atau lebih
pemboleh ubah tidak bersandar, sama ada
pemboleh ubah yang dimanipulasi ataupun
yang diperhati oleh penyelidik (Gay, 2006).

• Perubahan yang berlaku diandaikan berikutan


pengaruh pemboleh ubah tidak bersandar.
Istilah yang digunakan untuk kedua pemboleh ubah


Pemboleh ubah
Pemboleh ubah tidak
bersandar (DV)
bersandar (IV)
• Akibat

• • Sebab Mempengaruhi
• Manipulasi
• Hasil yang diukur
• Rangsangan
• Gerak balas
• Peramal
• Aspek yang diramal
• Anteseden
• Kesan
• Rawatan
• Keputusan
Pemboleh ubah luaran
• Pemboleh ubah luaran ialah pemboleh ubah
tidak bersandar yang penyelidik percaya boleh
memberi kesan ke atas pemboleh ubah
bersandar dalam sesuatu penyelidikan
khususnya penyelidikan eksperimen(Gay &
Airasian 2000; Mohd Majid Konting,
2005;Pallant, 2001).
Contoh:

Pemboleh ubah X Pemboleh ubah Y

Pemboleh ubah Z

• Pemboleh ubah X : Pemboleh ubah tidak bersandar


• Pemboleh ubah Y : Pemboleh ubah bersandar
• Pemboleh ubah Z : Pemboleh ubah luaran
Pemboleh ubah moderator
• Dalam hubung kait antara pemboleh ubah,
terdapat sekurang-kurangnya satu pemboleh
ubah tidak berandar dan satu pemboleh ubah
bersandar. Sebarang pemboleh ubah yang
mengubah hubungan antara kedua-dua
pemboleh ini dinamakan pemboleh ubah
moderator iaitu pemboleh ubah tidak
bersandar yang tidak dimanipulasi tetapi
disedari oleh penyelidik dan diukur dalam
penyelidikan.
Contoh:

Pemboleh ubah X Pemboleh ubah Y

Pemboleh ubah Z

• Pemboleh ubah X : Pemboleh ubah tidak bersandar


• Pemboleh ubah Y : Pemboleh ubah bersandar
• Pemboleh ubah Z : Pemboleh ubah moderator
Pemboleh ubah pengantara (Mediating Variable)

• Pemboleh ubah pengantara (mediating


variables) merupakan pemboleh ubah yang
mewujudkan hubungan antara pemboleh
ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah
bersandar. Oleh itu, penyingkiran pengaruh
pemboleh ubah intervensi akan
menyebabkan ketiadaan sebarang hubungan
antara kedua-dua pemboleh ubah.
Contoh:

Pemboleh ubah X Pemboleh ubah Y Pemboleh ubah Z

• Pemboleh ubah X : Pemboleh ubah tidak bersandar


• Pemboleh ubah Z : Pemboleh ubah bersandar
• Pemboleh ubah Y : Pemboleh ubah pengantara

You might also like