You are on page 1of 3

EDUP3053 M2

ELLY EZORA RONI

Tutorial 5: Kumpulan

 Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan rekabentuk pengajaran


(instractional design)
Reka bentuk pengajaran adalah suatu proses sistematik yang menterjemahkan
prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada bentuk
perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. RP merupakan proses untuk
menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. RP mengandungi tiga
peringkat proses, iaitu:
1. Penentuan objektif yang jitu
2. Perancangan pengajaran pembelajaran
3. Penilaian pengajaran pembelajaran

Terdapat tiga kategori reka bentuk pengajaran (RP):


1. Reka bentuk pengajaran sebagai suatu proses
2. Reka bentuk pengajaran sebagai suatu disiplin
3. Reka bentuk pengajaran sebagai suatu sains

. RP mengandungi empat bidang iaitu:


1. RP sistem pengajaran
2. RP strategi
3. RP bentuk mesej
4. Ciri-ciri murid

Pada umumnya, semua RP memiliki ciri-ciri asas yang sama berdasarkan teori dan
penyelidikan. Richey (1986) menggariskan enam elemen asas RP iaitu:
1. Menentukan keperluan murid
2. Menentukan matlamat dan objektif
3. Membina prosedur penilaian
4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
5. Menilai keseluruhan sistem

Gustafon (1991) sebagaimana yang disebut oleh Yusup Hasfim (1998)


membahagikan RP kepada tiga bahagian iaitu model berorientasikan bilik darjah,
model yang berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem.
EDUP3053 M2
ELLY EZORA RONI

 Pilih salah satu rekabentuk pengajaran dan terangkan ciri-cirinya,


kemudian huraikan bagaimana ia dapat digunakan dalam amalan membina
sesuatu proses atau produk pengajaran dan pembelajaran

- Model apa
- Ciri-ciri model
- Cara model digunakan dalam PdP (proses & produk)

 Bina satu rancangan pengajaran bagi topik mata pelajaran anda


- RPH Sejarah menggunakan pendekatan rekabentuk pengajaran model
- Isi kandungan:
Mata Pelajaran, Tarikh, Masa, Tahun, Bil. Murid, Tajuk, Unit, SK, SP, Objektif
pembelajaran, KPS, EMK, Penerapan nilai, ABM, Pengetahuan sedia ada, Standard
prestasi
- Langkah PdP (Terapkan model):
Set induksi, Langkah 1-3, Penutup

 Refleksi pembelajaran topik dalam bentuk infografik


Refleksi: Kepentingan rekabentuk pengajaran

Guru boleh memilih dan mengaplikasikan rekabentuk pengajaran yang bersesuaian


untuk digunakan dalam perancangan pengajaran. Model dalam rekabentuk
pengajaran memberikan garis panduan pemilihan matlamat pengajaran, penetapan
objektif pembelajaran, pemilihan strategi, isi pelajaran, sumber dan resos dan bentuk
penilaian yang sesuai. Antara kepentingan rekabentuk pengajaran ialah:
1. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur
2. Memungkinkan objektif PdP dan hasil pembelajaran mudah tercapai
3. Menjadikan penyampaian PdP selaras bagi kumpulan murid yang pelbagai

- Buat slide & infografik (Gill)


- Konsep RP & Refleksi topik (Bernard)
- Model Rekabentuk pengajaran(ciri2 & cara guna- liyana, insyi, elly
- Rancangan Pengajaran Sejarah (Fendy guide & akan dibantu oleh semua)
EDUP3053 M2
ELLY EZORA RONI

You might also like