You are on page 1of 5

MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

2.1 PERSAMAAN LINEAR DALAM SATU PEMBOLEH UBAH

1. Bentukkan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah bagi setiap pernyataan
yang berikut.

Pernyataan Persamaan linear


a) Apabila 9 ditambahkan kepada
5x, jumlahnya ialah 28.

b) Zamri mempunyai x biji guli. Anuar


mempunyai 15 biji guli. Jumlah guli
mereka ialah 60 biji.

c) Umur David ialah n tahun. Umur


Kumar ialah 17 tahun. Kumar
adalah 2 tahun lebih tua daripada
David.

d) Bulatkan persamaan linear yang


sesuai untuk persamaan linear 5–a=2
berikut.
a–2=5
“Satu nombor ditolak dengan 5,
bakinya adalah 2”. a–5=2

2. Huraikan pernyataan bagi persamaan linear berikut:

Persamaan linear Pernyataan

𝑥 + 16 = 26, diberi bahawa 𝑥 ialah suatu


nombor.

5𝑥 = 40, diberi 𝑥 ialah bilangan cermin


bagi sebuah tingkap

𝑥
= 6, diberi bahawa 𝑥 ialah bilangan
5
pen yang dibahagi sama rata antara
guru.

1
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

3. Selesaikan persamaan linear yang berikut.

a) 𝑛 + 2 = 3(4 − 𝑛) b) 3(𝑥 + 2) = 5𝑥 3(𝑛−1)


c) =𝑛−4
2

4. Rajah menunjukkan dua akuarium yang mempunyai jumlah ikan yang sama.

Berdasarkan rajah di atas,

(a) Bentukkan satu persamaan linear, (b) Cari nilai w.

5. a) Dua kali hasil tambah y dan 3 adalah sama dengan −2. Cari nilai y.

b) Panjang sebuah segi empat tepat adalah tiga kali lebarnya. Cari panjangnya
jika perimeter segi empat tepat itu ialah 32 cm.

2
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

2.2 PERSAMAAN LINEAR DALAM DUA PEMBOLEH UBAH

1. Aminah menjual nasi kuning dan mi goreng pada setiap pagi. Pada suatu pagi, dia
telah menjual 145 bungkus. Tulis satu persamaan linear dalam dua pemboleh ubah
bagi situasi ini.

2. Diberi 3𝑦 + 2𝑧 = 40. Cari nilai

a) y apabila 𝑧 = 5. b) 𝑧 apabila 𝑦 = 4.

3. Bentukkan persamaan linear dalam dua pemboleh ubah bagi setiap pernyataan
yang berikut.

Pernyataan Persamaan linear

a) Lydia berumur x tahun dan Sarah berumur y


tahun. Jumlah umur Lydia dan satu per
empat Sarah ialah 30 tahun.

b)

Perimeter segi tiga dalam rajah di atas ialah


32 cm.

4. Tulis tiga penyelesaian yang mungkin bagi persamaan 4𝑥 + 3𝑦 = 12.

3
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

2.3 PERSAMAAN LINEAR SERENTAK

1. Sebuah sekolah membelanjakan RM152 untuk membeli 100 buah buku rampaian. x
buah buku itu berharga RM1.20 sebuah dan y buah buku itu berharga RM2.00
sebuah.

(i) Berdasarkan situasi di atas, tulis dua persamaan linear dalam dua pemboleh
ubah.

(ii) Cari nilai x dan nilai y.

2. Daud dan Jerry berkongsi 30 biji durian. Daud mendapat 6 biji durian lebih daripada
Jerry. Cari bilangan durian yang diperoleh Daud dan Jerry.

3. Jumlah jisim Fatin dan Hanim ialah 68 kg. Fatin adalah 6 kg lebih ringan daripada
Hanim. Cari jisim setiap orang.

4
tc_fatimah2020@kvs
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR

4. 3 buah buku dan 2 batang pen berharga RM135 manakala 2 buah buku dan 3
batang pen berharga RM140. Hitung harga bagi setiap barang itu.

5.
Rajah di sebelah menunjukkan sebuah segi tiga. Diberi
bahawa x melebihi y sebanyak 18°. Cari nilai x dan y.

6. Dalam satu pesta buku, Sarah membelanjakan RM162 untuk membeli 42 buah buku,
x buah buku itu berharga RM3 sebuah dan y buku itu berharga RM4.50 sebuah.

a) Berdasarkan situasi di atas, tulis dua persamaan linear dalam dua pemboleh
ubah.

b) Cari nilai x dan nilai y.

5
tc_fatimah2020@kvs

You might also like