You are on page 1of 7

KELAS MAKANAN

KARBOHIDRAT

Membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk membolehkan kita membuat kerja serta menjalani
segala aktiviti fizikal.

Cth: nasi,roti,bijirin

PROTEIN

Membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baru untuk pertumbuhan

Cth: ayam,daging,ikan
LEMAK

Lapisan lemak bawah kulit berfungsi sebagai penebat haba dan lemak juga dapat melindungi organ
badan seperti jantung dan ginjal.

Cth: minyak, gajus

VITAMIN

Vitamin ialah sebatian organik yang tidak membekalkan tenaga, tetapi diperlukan oleh badan dalam
kuantiti yang sedikit untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin boleh dikelaskan kepada vitamin
larut air dan vitamin larut lemak

Cth: Susu,buah-buahan,sayur-sayuran
PELAWAS

Pelawas ialah bahan yang tidak dapat diuraikan oleh sistem pencernaan. Pelawas terdiri daripada
selulosa yang terdapat di dalam dinding sel tumbuhan.

Cth: buah-buahan,sayur-sayuran,bijirin

MINERAL

Mineral merupakan bahan bukan organik yang diperlukanoleh badan. Mineral tidak membekalkan
tenaga, namun masih diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengawal atur proses-proses badan
bagi mengekalkan kesihatan

Cth: garam
AIR

Air ialah sebatian yang sangat penting kepada badan kita. Air mengandungi unsur hidrogen dan oksigen.
Air bertindak sebagai pelarut bahan kimia dan medium pengangkutan nutrien dan oksigen ke dalam sel.
Ia mengangkut hasil perkumuhan seperti urea dan garam mineral berlebihan keluar dari sel serta
mengawal atur suhu badan melalui penyejatan peluh.

Cth: jus buah-buahan, tembikai


REHAT

- Jangka masa yang di ambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti atau mental.

- Boleh digunakan untuk mengurangkan waktu keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga.

-Tidur yang cukup (8–10 jam)

Menurut kajian yang dibuat oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Jepun, setiap individu
memerlukan 4 hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan satu jam tidur dalam sehari. Menurut Jurnal
Science Translational Medicine pula, kajian menunjukkan kekurangan tidur memberi kesan buruk yang
ketara ke atas kesihatan kita untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
SENAMAN

-Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur.

-Senaman dilakukan bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen
kecergasan.
-Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.

-Tekan tubi, jogging,berbasikal

Senaman yang baik adalah senaman yang dapat meningkatkan kadar degupan jantung. Bagi individu
dewasa yang sihat, senaman dengan intensiti sederhana diukur dengan peningkatan kadar degupan
jantung ke 130 hingga 140 degupan seminit, manakala bagi senaman berintensiti tinggi pula dikira jika
kadar degupan jantung melebihi 140 degupan seminit.Senaman cukup penting bagi memastikan
kesihatan kita berada dalam keadaan baik.

You might also like