You are on page 1of 2

NAMA:

TINGKATAN:

PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2021


BAHASA MELAYU
Bahagian A
( 35 MARKAH)
JAWAB SEMUA SOALAN
1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata hubung. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
anda pilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambah imbuhan,menukar imbuhan atau menggunakan perkataan
tersebut sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Santan kelapa mengandungi asid lemak tepu yang mempunyai rantaian


sederhana dengan pelbagai manfaat yang menakjubkan kesihatan. Selain itu, santan
kelapa juga tinggi serat serta kaya dengan vitamin B1, B3, B5 ,B6 , C dan E. terdapat
tiga jenis asid lemak tepu dalam santan.Kajian menunjukkan kandungan tenaga dalam
santan segar lebih tinggi berbanding santan segera. Namun masyarakat lebih gemar
untuk memilih santan segara di pasaran kerana mudah diperolehi, mudah disimpan,
tahan lama dan boleh digunakan pada bila – bila masa.

( dipetik dan diubah suai daripada “ Nilai Organoleptik Santan Segar dan Santan
Segera” Dewan Kosmo BIL.12,2019)

( 6 Markah)
2. Baca petikan di bawah dengan telitinya. Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan
kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Mereka sedang menyusun kerusi dan meja di dewan dengan menggunakan alat
ukur. Kerusi serta meja disusun mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Guru memberitahu bahawa dewan itu akan dikunci
oleh pihak sekolah.

( dipetik dan di ubah suai daripada Fail Pengarah Abdul Ghalib bin Yunus)

( 6 Markah)

You might also like