You are on page 1of 3

IBNU BATUTTAH.

Pendahuluan

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati. Dilahirkan pd tahun
730 Hijrah (1304 Masihi) di Tanjah, Maghribi. Bapa dan datuknya terdiri daripada ulama.
Beliau menerima pendidikan agama Islam sejak kecil. Sumbangan terpenting dalam bidang
pelayaran melalui karya Tuhfat al-Nazar. Pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu
merentasi Afrika Utara ke Makkah pada peringkat pertama, dari Makkah ke selatan Iraq
(Baghdad) dan balik semula ke Makkah pada peringkat kedua, dari Makkah menuju ke
Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan dan Turki pada peringkat ketiga dan dari Makkah ke
selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan Andalusia pada peringkat keempat. Sarjana
Barat menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers.

Sumbangan.

Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan.

Ibnu Batuttah merupakan seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang
terkenal pada abad pertengahan dan terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Hasil
pelayaran beliau banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat dunia dalam pelbagai
aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan. Sebagai contohnya, di India,
beliau memfokuskan tentang kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee
(adat membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu) dan kepentingan Sungai Ganges
kepada masyarakat di India untuk upacara penyucian diri. Dari aspek yang lain pula, beliau
mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara di Asia
Tenggara, China dan lain-lain.

Gambaran umum tentang negara Islam.

Ibnu Batuttah banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan
Muhammad Tughliq (era Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara
Maldives. Catatan pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal seperti
Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Isfahan. Beliau turut mencatat
sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram, Kaabah,
makam para imam.Hasil pelayaran ini memberikan gambaran perkembangan yang berlaku di
negara-negara Islam.
Kepentingan karya al-Rihlah.

Ibnu Batuttah telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar.


Kitab ini lebih dikenali sebagai al-Rihlah Ibnu Battutah. Hasil catatan beliau telah mendapat
perhatian dan menjadi rujukan oleh sarjana sejarah di seluruh dunia. Karya ini diterjemah ke
dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan
sebagainya. Karya beliau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh Profesor H.A.R. Gibb
yang dikenali sebagai The Travels of Ibn Battutah.

Motivasi kepada pelayar lain.

Kejayaan Ibnu Batuttah dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar
Islam yang lain untuk mengikut jejak langkahnya. Hasilnya, muncul beberapa tokoh baharu
seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-Mahri. Sebagai contohnya, pada tahun 947 – 973
Masihi, Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara, Sepanyol, selatan Sahara, negara-negara
Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily.

Sumbangan dalam bidang geografi.

Sumbangan Ibnu Batuttah juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu


geografi. Beliau gemar mencatat keadaan geografi kawasan yang dilawati. Antara catatan
beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di Afrika
utara. Catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk
disinggahi oleh mereka

Sumbangan dalam bidang sejarah.

Ibnu Batuttah banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati.
Ketika sampai di negara tersebut, beliau berjumpa dengan pemerintah, wazir dan pegawai
tinggi. Dalam catatan beliau, banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong
dengan sumber-sumber lain. Sebagai contohnya, di kota Konstantinople, beliau mencatat
keindahan kota itu yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu,
kewujudan gereja besar seperti St Sophies manakal di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan
sebagai kawasan yang amat subur dan dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu

Kesimpulan.

Kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah meletakkan
beliau sebaris dengan ahli pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo. Yang paling
penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan ilmuwan yang berikutnya.
Sumbangan beliau telah membantu mencorakkan perkembangan intelektual sejagat.

You might also like