You are on page 1of 6

IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN ULUNG

PELAJARAN 27

BIODATA
Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Dilahirkan di Tunisia tahun 732 hijrah. Berketurunan Arab dari Yaman dan berhijrah ke Andalus. Meninggal dunia di Kaherah tahun 808 hijrah / 1406 masihi ketika berusia 87 tahun.

IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI BIDANG

Sejarawan
Menganalisis sesuatu tamadun (permulaan, kegemilangan dan kejatuhan). Menafsirkan sejarah berdasarkan psikologi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Diiktiraf mengatasi sejarawan terkenal lain seperti A-Tabari dan Al-Masudi.

Negarawan
Pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti
Setiausaha Negara Duta Granada Perdana Menteri (Hajib) Bougie Ketua Hakim di Mesir

Budayawan
Seorang penggiat budaya dan kesusasteraan Arab Menghasilkan banyak syair semenjak kanak-kanak lagi Kemahiran syair beliau terkandung dalam kitab Al-Muqaddimah ketika beliau membahaskan tentang syair

SUMBANGAN
Berjaya menganalisis sejarah dalam pelbagai aspek. Memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Sebagai pelopor pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi dan pendidikan. Karya beliau diiktiraf oleh para sarjana.

You might also like