You are on page 1of 12

Muka / Page : 1

Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)


Drpd /of : 11

KERTAS PENERANGAN

KURSUS RB – 050 – 2:2012 FURNITURE PRODUCTION OPERATION

TAHAP DUA (2)

NO DAN TAJUK
CO6: LOOSE FURNITURE PRODUCTION
MODUL

1. Identify work requirements


2. Identify pre-assembled and loose furniture components
3. Identify assembly jig & fixtures
4. Evaluate assembly machine and tools conditions
TUGASAN 5. Produce loose furniture
6. Verify loose furniture condition
7. Carry out loose furniture packing
8. Report loose furniture production activities

OBJEKTIF
PENCAPAIAN

TAJUK

Kertas penerangan ini membincangkan pemahaman tentang


mengenalpasti keperluan arahan kerja dan perabot separa siap.
TUJUAN
Dengan menyempurnakan task ini pelatih berketerampilan bagi
mengenalpasti kehendak arahan kerja dan jenis perabot pasang
siap.

TAJUK : PRE-ASSEMBLED AND LOOSE FURNITURE COMPONENTS WORK


REQUIREMENTS
Muka / Page : 2
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

PENERANGAN

1. Work order content and format.

Arahan kerja atau perintah kerja adalah suatu arahan yang diterima oleh organisasi
daripada pelanggan, atau secara dalaman di dalam organisasi. Sesuatu arahan kerja
mungkin untuk produk atau perkhidmatan.

Dalam persekitaran perkilangan , arahan kerja ditukar dari pesanan jualan kepada
tugasan kerja pembuatan bagi produk yang diminta oleh pelanggan.

Dalam persekitaran perkhidmatan, arahan adalah bersamaan dengan pesanan


perkhidmatan di mana arahan kerja merangkumi lokasi , tarikh dan masa
perkhidmatan yang dijalankan dan jenis kerja yang akan dilakukan. Pekerja atau
seksyen khusus juga boleh disenaraikan di arahan kerja tersebut. Kadar bayaran,
jumlah jam bekerja dan jumlah sasaran pengeluaran juga ditunjukkan pada perintah
kerja.

Kontraktor boleh menggunakan arahan kerja tunggal dan bentuk invois yang
mengandungi maklumat pelanggan, menerangkan kerja-kerja yang dilakukan,
menyenaraikan caj bagi bahan dan buruh, dan boleh diberikan kepada pelanggan
untuk rujukan.

Sesuatu arahan kerja adalah dokumen dalaman yang sering digunakan oleh projek
berasaskan pembuatan, pembinaan dan perniagaan. Satu arahan kerja mungkin untuk
produk atau perkhidmatan.

Dalam persekitaran perkilangan, perintah kerja digunakan untuk memberi isyarat


permulaan proses pembuatan dan mungkin dikaitkan dengan bil bahan. Oleh itu,
pesanan kerja yang mungkin akan menyatakan kuantiti/jumlah penggunaan:

1. Produk yang akan dikeluarkan, dibina atau direka.


2. Bahan mentah yang akan digunakan, harga dan jumlah.
3. Buruh yang diperlukan, kadar (setiap jam atau setiap unit) dan jumlah.
Jenis mesin bagi setiap mesin semasa proses yang diperlukan.
Muka / Page : 3
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

Contoh format arahan kerja:

2. Furniture product specifications.


Spesifikasi produk merupakan maklumat penting yang diperlukan oleh pembuat
perabot dalam memahami sesuatu produk secara terperinci. Spesifikasi produk
yang baik akan membekalkan maklumat seperti:
i. Jenis perabot
ii. Saiz/ukuran
iii. Jenis bahan yang digunakan
iv. Jenis kemasiapan yang
digunakan
3. Assembly Instruction (AI)
Muka / Page : 4
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

Arahan pemasangan merupakan dokumen sokongan yang tidak kurang penting


selepas lukisan teknikal kerana ia membantu operator atau pelanggan untuk
membuat pemasangan sendiri samada di kilang atau di kediaman. Arahan
pemasangan akan menunjukan turutan pemasangan yang betul untuk sesuatu
produk. Ia juga merangkumi peralatan yang diperlukan untuk pemasangan dan
senarai bahan yang dibekalkan.

Contoh Arahan pemasangan kerusi pejabat

4. Product drawing
Muka / Page : 5
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

Lukisan produk merupakan lakaran penting yang diperlukan oleh seorang pembuat
perabot dalam membangunan sesuatu produk atau perabot. Lukisan produk
mempunyai maklumat yang terperinci dalam memberi kefahaman tentang
bagaimana sesuatu produk atau perabot boleh dibangunkan. Maklumat-maklumat
yang terdapat didalam sesuatu lukisan produk adalah seperti:
i. Rekabentuk
ii. Saiz
iii. Struktur binaan
iv. Bahan Pengikat
v. Jenis sambungan
vi. Bahan
Muka / Page : 6
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

5. Product sample.

Sampel produk siap juga merupakan satu rujukan atau panduan kepada seseorang
pembuat perabot dalam membangunkan sesuatu produk atau perabot. Berdasarkan
sampel produk siap, pembuat perabot boleh mendapatkan maklumat yang terperinci
sama seperti yang terdapat pada lukisan produk.

Gambaran yang lebih jelas berkenaan komponen dan fungsi produk dapat
diperolehi kerana pembuat perabot dapat meneliti secara langsung struktur keatas
produk yang telah siap dan mengikut spesifikasi. Walau bagaimanapun, jenis dan
ukuran sambungan (tanggam) diantara komponen tidak dapat dilihat kerana produk
telah siap dipasang.

Contoh produk siap:


Muka / Page : 7
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

6. Type of pre-assembled and loose furniture components.

Loose furniture merupakan jenis perabot yang dihasilkan secara separa siap bagi
memudahkan pembungkusan dilaksanakan. Perabot jenis ini biasanya dihasilkan
untuk memenuhi permintaan eksport ke luar Negara. Perabot separa siap dihasilkan
bagi memudahkan aktiviti pembungkusan dan penghantaran produk kepada
pelanggan.

7. Component list.

Senarai komponen membekalkan maklumat berkenaan saiz dan kuantiti komponen


yang perlu dihasilkan untuk sesuatu perabot. Senarai ini lebih sesuai disediakan
dalam bentuk jadual agar ia lebih tersusun dan mudah dirujuk.
Muka / Page : 8
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

Contoh senarai komponen Meja Sekolah.

BIL. KOMPONEN SAIZ KUANTITI


1. Table top 20X500X700 1
2. Leg 20X65X740 4

3. Side Drawer 20X147X320 2


4. Back Drawer 20X147X560 1
5. Drawer Base 20X380X580 1
6. Drawer apron 20X45X560 1
7. Front apron 20X25X560 1
8. Side rail 20X65X320 2
9. Foot rest 20X65X560 1

Lukisan Produk Meja Sekolah:

8. Pre-assembled and loose furniture components

Perabot separa siap dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk pasaran eksport.
Penghasilan perabot jenis ini dapat menjimatkan kos penghantaran kerana ia lebih
lebih efisyen berbanding perabot konvensional dalam konteks pembungkusan.
Perabot jenis ini apabila dibuat pembungkusan ia lebih menjimatkan ruang dan
kuantiti didalam sesebuah kontena lebih besar berbanding perabot yang dipasang
Muka / Page : 9
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

secara konvensional. Kaedah pembungkusan untuk perabot jenis perlu


dilaksanakan dengan baik bagi memelihara komponen daripada bergeser dan
rosak. Dalam setiap bungkusan perabot separa siap mestilah disertakan langkah
atau arahan pemasangan dan senarai bahan pengikat yang diperlukan bagi
memudahkan pengguna akhir memasang produk berkenaan.

9. Storage/inventory system.

Kepentingan inventori bahan adalah bagi memastikan bahan yang diperlukan


sentiasa ada dan berkeadaan baik, supaya kos menunggu dapat dikurangkan.

Melalui inventori bilangan pesanan dapat ditentukan (EOQ: Economic Order


Quantity). Ini membolehkan pihak syarikat dapat merancang dan mengawal
keperluan bahan yang diperlukan oleh bahagian pengeluaran. Kawalan inventori
yang baik dapat memantau stok bahan daripada berkurangan ketahap kritikal. Ia
juga memberi petunjuk bila mana sesuatu bahan itu diperlukan untuk perolehan
semula.
Muka / Page : 10
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

Bahan inventori yang diterima oleh pihak syarikat perlu dibuat pemeriksaan
berdasarkan spesifikasi yang telah ditentukan oleh pihak syarikat. Bahan sedia ada
juga perlu diperiksa secara berkala bagi memastikan kualiti dan kuantiti bahan
sentiasa berada dalam keadaan baik.

Sistem inventori yang baik mestilah memberi kemudahan kepada pihak syarikat
dalam memantau dan mengawal keperluan bahan. Berikut adalah 4 ciri-ciri sistem
pengurusan setor yang baik:

i. Memelihara keselamatan bahan


ii. Merekod kuantiti bahan
iii. Memelihara Kualiti bahan yang disimpan
iv. Dicapai sekiranya diperlukan
Muka / Page : 11
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

SOALAN :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan arahan kerja dalam konteks perkilangan?

.........................................................................................................................
.........................................................................................................................

2. Senaraikan 5 maklumat yang terdapat didalam lukisan produk;

.........................................................................................................................
.........................................................................................................................

3. Senaraikan 3 ciri-ciri sistem pengurusan setoe yang baik;

.........................................................................................................................
.........................................................................................................................

RUJUKAN:

i. Nota kursus operasi kilang


Pusat pembangunan kemahiran industri kayu

ii. http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia
Muka / Page : 12
Kod Kertas RB-050-2:2012/C06/P(1/5)
Drpd /of : 11

iii. https://www.google.com.my

You might also like