You are on page 1of 9

NORTH BORNEO UNIVERSITY COLLEGE

GROUP ASSESSMENT COVER SHEET

Student Name NURUL HAFIKA BINTI JAPILI Student ID. 201908701

Student Name NOOR IZZA SALEHAH ANUAL MOHD Student ID. 201905407

Student Name ELLAVERA MAZUN Student ID. 201908716

Student Name Student ID.

Student Name Student ID.

Student Name Student ID.

Assessment Title REPORT SLIDE (TOPIK 11)

Program IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Course (Code) KPP 3730

Lecturer / Tutor ERRA NAZIRAH BINTI MARJOH

Date Submitted 18 NOVEMBER 2021

OFFICE USE ONLY

Date Received

KEEP A COPY
Please be sure to make a copy of your work. If you have submitted assessment work electronically make sure you
have a backup copy.

PLAGIARISM AND COLLUSION


Plagiarism: using another person’s ideas, designs, words or works without appropriate acknowledgement.
Collusion: another person assisting in the production of an assessment submission without the expressed
requirement, or consent or knowledge of the assessor.

CONSEQUENCES OF PLAGIARISM AND COLLUSION


The penalties associated with plagiarism and collusion are designed to impose sanctions on offenders that reflect
the seriousness of the University’s commitment to academic integrity. Penalties may include: the requirement to
revise and resubmit assessment work, receiving a result of zero for the assessment work, failing the course,
expulsion and/or receiving a financial penalty.

Page 1 of 2
All group members declare that all material in this assessment is our own work except where there is clear
acknowledgement and reference to the work of others. We have read the university’s statement on cheating
and plagiarism, as described in the Student Handbook.

All group members give permission for our assessment work to be reproduced and submitted to other academic
staff for the purposes of assessment and to be copied, submitted to and retained by the Institution's plagiarism
detection software provider for the purposes of electronic checking of plagiarism.

18 NOVEMBER 2021
Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

18 NOVEMBER 2021
Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

18 NOVEMBER 2021
Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

Student’s signature: ……………………………………… Date: ………………………………………

Note: An examiner or lecturer / tutor has the right to not mark this assignment if the above declaration has not
been signed.

Page 2 of 2
TOPIK 11: PEMBANGUNAN PROFESIONAL, KEPIMPINAN DAN
KOMUNITI

1.0 PENGERTIAN PEMBANGUNAN

Pengertian pembangunan merupakan satu keperluan dalam sesebuah organisasi. Ianya


juga merupakan satu peranan asas dalam pembangunan sumber manusia untuk nelihat
sejauh mana kesan pembangunan kerjaya keatas individu. Menurut Peel (1992),
mengatakan bahawa pembangunan merupakan satu keperluan yang wajib kepada
setiap individu, organisasi dan masyarakat secara keseluruhan. Dengan adanya
pembangunan kerjaya bagi sesuatu organisasi itu, ia akan meningkatkan tahap kerja
yang seseorang dengan lebih efektif dan dinamik.

Jika dilihat daripada hierarki keperluan Maslow, pembangunan dan


perancangan kerjaya merupakan pusat kepada self-actualization kerana Maslow
meletakkan self-actualization diperingkat yang teratas sebagai memberi keutamaan
kepada keperluan asas sebagai keinginan. Maslow mula memperkenalkan konsep
hierarki keperluannya dalam kertas 1943 iaitu "Teori Motivasi Manusia" dan
buku motivasi dan Kepribadiannya yang seterusnya. Hierarki ini menunjukkan
bahawa orang akan termotivasi untuk memenuhi keperluan asas sebelum bergerak ke
keperluan lain yang lebih maju. Namun, untuk mencapai matlamat utama ini,
beberapa keperluan yang lebih asas harus dipenuhi seperti keperluan untuk makanan,
keselamatan, cinta, dan harga diri. Terdapat lima peringkat yang ada dalam hierarki
Maslow.

Peringkat pertama ialah perigkat physiological. Di mana peringkat ini


merupakan peringkat asas yang sudah sinonim dengan setiap indivitu itu termasuk
perkara-perkara yang penting untuk kelangsungan hidup. Antara contoh keperluan
physiological adalah termasuk makanan, air, bernafas dan homeostasis. Di samping
keperluan asas pemakanan, peraturan udara dan suhu, keperluan physiological ini juga
termasuk perkara-perkara seperti perlindungan dan pakaian.

Peringkat kedua ialah peringkat safety ataupun keperluan keselamatan. Di


mana keperluan peringkat kedua ini akan mula menjadi lebih kompleks. Hal ini

1
kerana, pada peringkat ini keperluan keselamatan dan keselamatan adalah menjadi
keutamaan kepada setiap individu. Di mana, kebanyakkan individu menginginkan
kawalan dan ketenteraman dalam kehidupan mereka untuk keselamatan dan
keselamatan tersebut menyumbang kepada sebahagian besarnya kepada tingkah laku
di peringkat ini. Antara keperluan asas keselamatan dan keselamatan termasuklah
keselamatan kewangan, kesihatan dan kesihatan serta keselamatan terhadap
kemalangan dan kecederaan. Apabila seseorang individu itu mencari pekerjaan,
mereka hendaklah mendapatkan insurans kesihatan dan penjagaan kesihatan,
menyumbang wang ke akaun simpanan, dan pindah ke kawasan kejiranan yang lebih
selamat adalah contoh tindakan yang termotivasi oleh keperluan keselamatan dan
keselamatan. Oleh itu, tahap keselamatan dan fisiologi hierarki secara tidak langsung
akan membentuk apa yang sering disebutkan sebagai keperluan asas.

Peringkat ketiga ialah loving and belonging ataupun lebih dikenali sebagai
keperluan sosial. Di mana dalam peringkat ini adalah termasuk dalam perkara-perkara
mengenai seperti cinta, penerimaan dan kepunyaan. Dalam peringkat ini juga,
keperluan untuk hubungan emosi juga mendorong kepada kelakuan manusia.
Terdapat beberapa perkara yang memenuhi peringkat keperluan ini termasuklah
persahabatan, keluarga, kumpulan sosial, kumpulan komuniti dan pertubuhan agama.
Untuk mengelakkan masalah seperti kesunyian, kemurungan, dan kebimbangan ini
berlaku, penting bagi setiap individu tersebut untuk merasai dirinya disayangi dan
diterima oleh orang lain. Oleh itu, hubungan peribadi dengan rakan, keluarga, dan
pencinta memainkan peranan penting seperti penglibatan dalam kumpulan lain yang
mungkin termasuk kumpulan agama, pasukan sukan, kelab buku, dan aktiviti
kumpulan lain.

Peringkat keempat pula ialah berkaitan tentang esteem ataupun peringkat


keperluan kepuasan. Di mana peringkat keempat dalam hierarki Maslow ini adalah
berkaitan keperluan penghargaan dan penghormatan. Apabila keperluan di peringkat
pertama hingga ketiga telah dipenuhi, keperluan harga diri mula memainkan peranan
yang lebih menonjol dalam memupuk tingkah laku. Dalam peringkat ini, adalah
menjadi semakin penting untuk mendapatkan rasa hormat dan penghargaan terhadap
orang lain. Orang yang mempunyai keperluan untuk mencapai sesuatu dan
kemudiannya diakui. Di samping keperluan untuk perasaan pencapaian, keperluan

2
harga termasuk perkara-perkara seperti harga diri dan nilai peribadi. Hal ini kerana
setiap individu perlu merasakan bahawa diri mereka dihargai oleh setiap orang yang
berada di sekeliling dan merasa bahawa mereka membuat sumbangan kepada dunia.
Oleh itu, tahap harga diri dan sosial secara tidak langsung akan membentuk diri
seseorang individu yang dikenali sebagai keperluan psikologi hierarki.

Peringkat yang terakhir ialah peringkat yang teratas iaitu self-actualization


ataupun keperluan yang perlu ada dalam diri sendiri. Menurut Maslow definisi bagi
self-actualization ialah boleh digambarkan sebagai penggunaan yang penuh dan
eksploitasi mengenai bakat, keupayaan, potensi, dan sebagainya dalama diri setiap
individu tersebut. Setiap individu yang seperti ini adalah seolah-olah sedang
memperbaiki diri mereka dan melakukan yang terbaik yang mereka mampu lakukan.
Mereka juga adalah individu yang telah membangun atau sedang berkembang ke
tahap yang lebih tinggi semampu mereka. Contohnya moral, kreativiti dan sebagainya
yang terdapat dalam diri mereka. Oleh itu, individu yang menyebarkan diri mereka
menyedari diri mereka sendiri, prihatin dengan pertumbuhan diri, kurang prihatin
dengan pendapat orang lain, dan berminat untuk memenuhi potensi mereka.

1.1 PENGERTIAN PROFESIONAL

Pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan untuk meningkatkan


pengetahuan, kemahirn dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai
kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat.
Dalam perkembangan guru sebagai profesion adalah melibatkan duaaspek penting
iaitu aspek deskriptif dan juga aspek preskriptif. Aspek deskriptif ialh perkembangan
profesional yang merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil
tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Manakala aspek preskriptif ialah
menggabungkan faktor latihan dalam mencorakkan sikap profesionalisme
sebagaimana yang kita inginkan. Meurut Day (1999), beliau menyatakan bahawa
profesionalisme sebagai hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan
tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan
semula, pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen
perubahan terhadap tujuan pengajaran.

3
Terdapat beberapa ciri-ciri seorang guru profesional, antaranya ialah berilmu.
Di mana guru perlulah menguasai isi kandungan yang terdapat dalam sesuatu subjek,
mempunyai strategi dan kaedah dalam pengajaran serta menyediakan bahan-bahan
yang diperlukan untuk kegunaan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Seterusnya
ialah berkemahiran dan keterampilan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di mana,
guru telah sedia merancang pengajaran yang hendak di ajar kepada murid sebelum
berlangsungnya kelas. Guru juga perlu mengurus, memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang hendak di sampaikan kepada murid sehari sebelumnya. Antara
lainnya ialah bersahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada
golongan yang dipimpin. Di mana, dalam diri seorang guru itu perlulah mempunyai
sifat taqwa, berakhlak, berperibadi mulia, mempunyai komitmen, bersopan santun dan
sebagainya agar menjadi contoh teladan yang baik kepada kanak-kanak.

2.0 MODEL PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME


GURU

Wood et al. (1993) telah memperkenalkan model pembangunan prosefional readiness,


planning, training, implementation, dan maintanance (RPIM) setelah mengenal pasti
lima tahap yang saling berhubung kait dalam pembangunan profesional. Terdapat
lima peringkat, antaranya ialah peringkat kesediaan. Di mana pihak penganjur
mengenalpasti masalah dan perubahan yang diingini serta memilih program dan
proses yang sesuai. peserta hendaklah memahami dan memounyai komitmen untuk
berubah kepada tingkah laku yang profesional.
Peringkat yang seterusnya ialah merancang. Di mana, pada peringkat ini
adalah penting untuk memastikan matlamat dijelaskan kepada objektif yang lebih
khusus, keperluan mengadakan program dikaji, aktiviti program dirancang,
mengenalpasti sumber yang perlu digunakan dan merancang sementara peringkat
latihan dan perlaksanaan.
Peringkat ketiga ialah sekiranya rancangan dilaksanakan, isi kandungan,
kemahiran dan sikap yang perlu perubahan dalam tingkahlaku profesional dipelajari.
Peringkat keempat ialah perlaksanaan. Di mana, apa yang telah dipelajari dalam latihn
perlu dilaksanakan, oleh itu, persekitaran yang menggalakkan “transition” daripada

4
apa yang dipelajari semasa program latihan dalam aktiviti harian di tempat kerja
adalah perlu.
Peringkat yang terakhir ataupun peringkat yang kelima ialah peringkat
pengekalan. Di mana tingkah laku yang baru bukanlah satu yang kekal walaupun
ianya telah dilaksanakan. Peringkat ini memastikan pengesanan berterusan oleh
sekolah untuk menentukan sama ada tingkah laku masih dipraktikkan dan matlamat
dicapai.

3.0 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada budaya sekolahyang


menggalakkan pembelajaran dalam kalangan guru di sekolah. Di mana budaya pada
ketika itu, mengajar bukan dianggap kerja masing-masing, tetapi lebih transparen
untuk mendapatkan maklumbalas dan melaksanakan penambahbaikan. Komuniti
pembelajaran profesional juga merupakan pendekatan yang baharu dicetus oleh KPM
di atas rentetan daripada kejayaan beberapa buah negara maju lain seperti Jepun, UK
dan USA dalam pembangunan profesional guru. Terdapat lima strategi yang terdapat
dalam komuniti pembelajaran profesional. Antaranya ialah dialog reflektif,
perkongsian praktis fokus kolektif terhadap pembelajaran murid, kolaborasi dan
perkongsian norma dan nilai.

3.1 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU

Tokoh yang dipilih bagi teori behaviorisme ialah Edward Lee Thorndike dan B. F
Skinner.
Menurut Edward Lee Thorndike, beliau mempunyai teori yang tersendiri dan
hukum pembelajran yang digunakan oleh beliau. Di mana terdapat tiga hukum
pembelajaran menurut Thorndike, antaranya ialah hukum kesediaan. Hukum
kesediaan ialah persiapan seseorang individu untuk memulakan sesuatu aktiviti
pembelajaran. Bukan itu sahaja, seorang guru itu juga menekankan ganjaran yanh
hanya berkesan jika pelajar ada kesanggupan untuk menerimanya. Kesedian tersebut
ialah kesediaan dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Hukum yang kedua ialah

5
hukum latihan. Di mana semakin banyak latihan yang dijalankan, semakin kukuh
ikatan dengan rangsangan yang diperolehi. Hukum yang ketiga ialah hukum kesan. Di
mana rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika individu mendapat kesan
yang memuaskan selepas gerak balas dihasilkan.
Manakala menurut B. F Skinner pula, beliau juga mempunyai teori yang
tersendiri dalam mengkaji teori behaviorisme. Di mana konsep-konsep yang
dikemukanan oleh Skinner tentang belajar lebih mengungguli konsep para tokoh
sebelumnya. Ia mampu menjelaskan konsep belajar secara sederhana, namun
lebih komprehensif. Menurut Skinner hubungan antara stimulus dan respon yang
terjadi melalui interaksi dengan lingkungannya yang kemudiannya menimbulkan
perubahan pada tingkah laku, tidaklah sesederhana yang dikemukakan oleh tokoh-
tokoh sebelumnya.

4.0 ISU DAN CADANGAN DALAM PENDIDIKAN

Terdapat beberapa isu dan cadangan yang telah diutarakan oleh beberapa individu
yang terpilih. Isu yang pertama adalah diutarakan oleh Rohani arabaa (2020) iaitu
kurangnya amalan penguruasn strategik dalam menguruskan modal insan.
Cadangannya ialah program pengurusan sumber manusia seharusnya berfokuskan
kepada kompetensi guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta sistem
ganjaran.
Isi yang kedua ialah pengaggihan kerja yng sekata mengikut kemahiran. Di
mana, cadangan yang diutarakan ialah setiap tugas yang diberikan dan jawataan yang
diagihkan harusah berdsarkan kelayakkan dan kemahiran pekerja di samping
mempertimbangkan kempuan pekerja tersebut.
Isu yang seterusnya ialah faktor dasar yang jauh berkait rapat dengan kerjaya
guru adalah kepuasan kerja. Di mana cadangannya ialah kepuasan kerja guru perlulah
di tingkatkan kerana misi pendidikan bergantung kepada kualiti pelaksanaan dan
kepuasan yang dirasai atas pekerjaannya.
Isu yang terakhir ialah latihan yang diberikan adalah kurang efektif. Antara
cadanagn yang di berikan ialah pihak KPM perlu mempertingkatkan kualiti latihan
dan merancang dengan lebih efektif.

6
5.0 KESIMPULAN

Guru yang berkualiti adalah menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan


negara. Dalam menjana guru yang berkualitu selaras dengan aspirasi negara, maka
pemimpin sekolah harus berusaha untuk menyediakan program pembangunan yang
dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru seiring dengan keperluan dan
perkembangan semasa, memandangkan guru yang profesional akan dapat
meningkatkkan kualiti pengajaran pembelajaran serta menghasilkan pelajar yang
berkualiti. Justeru, kejayaan pemimpin sekolh dalam mengurus sumber manusia akan
menentukan sama ada sesebuah orgnisasi sekolah akan berkembang maju atau
sebaliknya dalam menghadapi perkembangan dan cabaran global pada abad ke 21
yang semakin pesat.

You might also like